tulis. padam. tulis. padam.

Assalamualaikum. :)



xyz is typing....


'salam'


'sihat?'

dan kadang-kadang itu,

'buzz!'

mesej pop out dari skype dan yahoo messenger terpampang di skrin laptop.

kalau sahabat perempuan saya,
hah,
laju saja tangan ini menaip.
membalas.

tapi,
ini bukan mesej dari jijah, teha, atau cenun.

tapi......
kawan yang bukan sejantina dengan saya.

errk.
nak reply ke tak,
nak ke tak,

dan hati mula berbicara.

'ala, reply je la, lagi pun dah lama kot dia tak msg kau. kawan lama tu..'


'aah balas je. ala, setakat msg Windows live messenger je. bukan ada apa2 pun'

akal mula menentang.

'eh, tak boleh2, nanti meleret-leret, 
better jangan start kalau tak nak hati kita ter'usik' di kemudian hari'

lama berfikir,
dan mesej itu dibiarkan.
sepi.
dan berdoa dengan penuh pengharapan,
agar si penghantar itu faham.
InshaAllah.

....mesej alam maya.....

betul,
hati kita gembira,
hati kita senyum.

tambah-tambah kalau si penghantar itu,
seseorang yang awak minati dalam diam.

melompat-lompat kita suka,
tersengih depan laptop,
ehem. ehem.
tulis. padam. tulis .padam.
sangat 'control' ye ayat-ayat kita.
nak bagi nampak elok je depan dia.
tak comel la kalau ada typo-typo ni.

haha.
siapa tak setuju angkat tangan?

kerana sepucuk mesej itu.
tapi adakah perbuatan kita itu Allah redha?

tanya diri kembali.
"boleh jawab ke kalau Allah tanya apa urusan kita berhubung dengan dia?"


'habis, tak boleh ym, skype, facebook chat ke?'
hmm.
tidak salah.
kerana itu fitrah manusia.

terutama yang gurls ni,
suka bila dapat luahkan perasaan,
tanya pendapat pada boys.
tak gituww?


bukan simbol telefon di lebuh raya. ;P
psst, hijau dan putih. hehe

tapi,
takut,
andai terselit satu dosa.

zina hati.

kita tidak nampak.
tapi Allah tahu.

hati kita mula menunggu mesej dari nya.
rasa tidak senang bila tak bukak ym dalam sehari.
terbuai-buai dengan alam maya ciptaan sendiri.
senyum, sengih, depan laptop.
berangan-angan tentangnya.

apa erti semua itu?

malu.
bila di luar,
kita begitu menjaga,

untuk berhubung dengan lelaki bukan mahram, sukar sekali.
jalan menunduk malu.
suara dikeraskan,
tidak mahu dikatakan mendayu.

tapi di alam maya,
wahh,
kencang sekali!


Astaghfirullah.


takut.
Allah, aku takut.


jom.
muhasabah.

adam dan hawa,

beringatlah.
jagalah batasan,
jangan memulakan perbualan dengan berlainan jantina melainkan ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

'macam mana nak tau kita ada urusan ke tak dengan dia?' 


urusan itu bererti kita tahu apa yang patut di jawab bila mana Allah tanya di Akhirat kelak.
jika tidak berkepentingan,
lupakan sahaja,
dari bertanya khabar,
lebih baik kita mendoakan kesejahteraan semua saudara-saudara seIslam kita. :)

hentikan saja perbualan sebaik sahaja urusan diselesaikan.
jangan meleret!

sahabat saya hawa sekalian,
jangan terlalu murah.

harapan
buat mereka,
sms yang tidak berbalas, ym yang tidak di'available' kan, skype yang tidak ber'sign-in',
maaf dipinta.
sungguh.

bukan berniat untuk biar hati terluka,
tapi ada hati yang perlu dijaga.
hati saya, hati kamu, hati kita.
kita sama-sama perlu menjaga.

buat mereka yang bertanya,
Alhamdulillah.
saya sihat sahaja,
beginilah.
comel-comel sahaja.
(oops)

doakan saya dalam doa kamu.



semoga hati kita sentiasa dan sentiasa takut kepada Pencipta kita, InshaAllah.
sebab Allah tahu apa sahaja tentang kita, semuanya.
niat kita,
tujuan kita.
sedar.
setiap masa.


jom didik hati.
'katakan tidak kepada pergaulan bebas di alam maya dan di luar maya'
:)



p/s : mencuba untuk hanya me'reply' urusan yang penting sahaja.
tidak biasa, tapi harus mencuba!

p/s/s : kalau kawan-kawan perempuan,saya balas je tau. :D



Comments

Cik Suria said…
ipah2..bkpo la traso sgt ni? :(
btw, tQ syg...

xyz tu stil yg lama @ dah ada yg baru??
incek.loyer said…
tp saya? kawan lelaki awak :(
umi Hamraa said…
atie,

kito kei samo.
ipah tulis kat diri ipah sebenanyo.
:)

eh, kebetulan je tu.
buke xyz dulu, takdok xyz skare.
ipah letak je tu..hehe.
umi Hamraa said…
incek lowyer,

maaflah.
kita kawan ke?

haha. ;P
Tiara Fazlin said…
i love ur style of writing!
umi Hamraa said…
Tiara Fazlin,

ada style ke?
:P
time kasih sudi baca, :)

*malu*
beribiru said…
TQ iffah..huuu..rase sgt bersalah dgn diri sndri n Yg Mencipta..sgt2..sbb sy telah memulakannya..sebelum ni pon x berani..tp bile dah abes blaja n dah keje ni rse nk mulakan sbb sy rse dah dewasa..(kononnya)..sy tahu berhubung di alam maya dgn ada niat yg tersembunyi 'itu' x boleh dilakukan, lg2 sbg seorg muslimah..sy mula berani mencuba sbb berpegang dgn kata2 'saya perlu mencuba, kalau x cuba xtau'...

aduhh, jahilnya sy..Y_Y
umi Hamraa said…
@beri biru,

takpe,
yang berlalu, kita ambil ibrah (pengajaran) dari nya.
InshaAllah, semoga kita jadi Muslim yang lebih baik dan bertambah baik dari hari ke hari.. :)
Cik Suria said…
ipah, nk copy buleh? sy edit la cket2..n xlupa credit to u la.. :)

btol ke xdop xyz dah? pahtu, ada abc plop? hee~
umi Hamraa said…
atiiee,

copy jahh. :D

ha, edit bagi sedak sikit eh.

err. abc sedak jugok kei? minum time panas2 ni. hehe
Cik Suria said…
jom pah g minum abc..
ado jupo ko abc sedak kt kl tuh? hee~
umi Hamraa said…
jom tie. tu la.
ipah nk minum abc tepi pantai.
sambil makan kerepok and ikan celuo tepung. hehe. :)

*demand tinggi* haha

Popular posts from this blog

NGO : Perlu Audit Ke?

baju kurung.tarikan mata lelaki?

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN