www.tudungnur.com : Ceritaku dan tudung Bidang 60

Bas T603 meluncur laju. Mulutnya masih tidak henti-henti bercerita perihal seorang teman yang sudah berubah dari free hair kepada memakai tudung. Kakak di sebelahnya tersenyum sahaja. “Apa kata lepas ni, Iffah pula yang start pakai tudung labuh” Senyap. Dia senyum tapi tidak sepenuhnya. Dibiarkan saranan penuh kebaikan kakak itu sepi seketika. Entah kenapa, hatinya sedikit terguris. Tidak cukupkah lagi dengan tudungnya yang melebihi syarat wajib menutup aurat? Mungkin bezanya, dia bertudung bawal dan kakak bertudung labuh, dan tambahan lagi kakak bertudung labuh bulat berjahit tengah. Teringat arahan emak pada suatu masa dahulu. “Mak tak nak tengok dah angah pakai macam ni” Err. Diteliti pakaiannya setelah pulang balik bermalam dari sekolah menengahnya. Ber’t-shirt’ hitam, ber’slack’ putih dan bertudung bawal putih dipinkan rama-rama. Dia mungkin kelihatan biasa pada pandangan gadis seusianya, tapi bukan pada kaca mata seorang emak. Hanya kerana dia memakai...