dia dan 'high heels'nya.

Assalamualaikum :) ‘tuk tak tuk tak’ Derap kaki yang lengkap berstokin coklat itu melangkah, Langkahnya begitu teratur, tersusun sekali, Satu persatu, Menuruni tangga, Bimbang kalau-kalau high heels coklatnya tercium tangga, Ditambah dengan stokin dan permukaan kasutnya yang agak licin, Menambah ketidakstabilan dia yang memakai. Hari itu hari pertama dia, Biar dalam hatinya terselit seribu satu rasa, ‘malu la, tak pernah-pernah pakai, mesti orang tengok aku pelik’ Tapi dia tekad. Bagaimana mahu jadi kebiasaan bila tiada langkah pertama? Peristiwa lama kembali terlintas. Sedang bersiap ke kelas, Stokin disarungkan, Kemudian dicabut kembali, Dilemparnya ke sebelah loker. Hatinya berbolak-balik. Resah. Antara tuntutan dan kebiasaan. Dia termenung di penjuru katil bilik. Berfikir. Niat sudah ada, tapi takut untuk melaksanakannya. ‘Dulu kat MRSM bole...