Sunday, January 31, 2010

sebulan berlaluuuu

sebulan berlalu,

assalamualaikum,
sedar ataupun tidak,
saya dan kamu sudah menghampiri bulan yang kedua dalam tahun masihi,

perkara 1
mungkin kita semua sedar,
ye la,,asyik duk membilang hari menunggu duit M*** masuk,
mungkin takkan ada sape2 yang tak ingat tarikh skrg ini..
betul??
penantian yang agk lama,
membuatkan saya dan kamu resah,
hilang arah,
mungkin sbb dh lama tak makan sedap2,
mungkin juga tak bertukar baju baru...
mmbuatkan hari2 kita dipenuhi dengan tanda tanya..(???????)
bila nak dapt duit ini......
betul??

tika ini,
buat sy sedar,
tak selalunya kita akan hidup mewah,
berjimat cermat dlm apa jua keadaan,
jangan terlalu ikt nafsu,
dan yang paling penting,
SABAR..
betul??

fullstop.

perkara 2
assignment dah makin banyak,
pembentangan, drama pun not yet completed..
kelas bahasa pun tak ramai kawan lagi,
aras pun selalu blackout,
wireless pun tak dapat apply,
bila dah banyak kesusahan dan kesulitan yg kita rasa,
buat kita terfikir,
RINDUnya kat puncak...
betul??
past was a history..

saya dan kamu,
jangan mengeluh dengan kesulitan,
krn itu yang mematangkan kita,
sebaliknya,
'senyumlah apabila mendpt kesenangan dan kesulitan,
kerana senyuman apabila gembira menujukkan kita bersyukur dengan nikmat Allah swt,
dan senyuman apabila mendapat kesulitan itu menujukkan kita redha dengan ujian yg ALLAH berikan'
(maksud Hadith)

perkara 3
pilihan raya kampus berakhir sudah,
walaupun saya masih tak tahu JPP mana yang menang ni??
(dapat air kotak n biskut time buang undi)
seronok melihat poster2 digantungkan,
undilah calon fakulti anda,
badge 'undilah saya'diagihkan untuk menagih undi pelajar,
juga sudut2 pidato oleh bakal2 Jpp turut mendapat sokongan penyokongnya,
pertama kali melihat situasi seperti ini di uni (kagum)
tapi,
berbalik kepada cerita..
bukan semua calon melemparkan manifesto mereka,
bukan semua yang turun padang,
bukan semua yang memperkenalkan siapa mereka,
mengapa?
(sedikit kekesalan)
bukankah mereka yang akan mewakilkan kami untuk menyuarakan hak2 kami di sini?

saya,
fikir positif.
jangan terlalu cepat'jump into a conclusion',
semoga JPP pada sesi ini dapat menjalankan tugas mereka dengan baik,
InsyaAllah.

fullstop.

sebulan berlalu,
pastikan resolusi kamu masih teguh di hati,
apa yang saya dan kamu nak capai,
ingat tujuan kita ke sini,
semoga saya dan kamu masih berada on the right track,
tidak mengalah dalam pejuangan kita sebagai seorang mahasiswa,
buktikan kepada semua,
kita juga boleh berjaya seperti juga mereka..
dengan izin ALLAH.

salam sayang,
-saya-

Wednesday, January 13, 2010

PUNCAK menara

assalamualaikum.

setelah hampir satu bulan setengah di rumah,
setelah puas menjadi anak emak yang di'manja'kan,
ataupun setelah menambah berat dompet dengan hasil pendapatan kerja sementara,
juga setelah jemu menonton aksi2 dongeng dan lagenda dari seberang sepanjang cuti sekolah,

ALHAMDULILLAH,
kita semua masih berpeluang menatap wajah rakan2 kuliah,
menceritakan seribu satu kenangan, pengalaman sepanjang cuti semester,
dan yang paling utama,
kita masih dapat menruskan tanggungjwab kita sebagai seorang pelajar,

pengalaman di kampus induk membuatkan saya terfikir,
tidak selalunya kita akan berada di posisi yang selesa,
sentiasa berada di atas,
sentiasa berada di puncak,
kerana hidup ini seperti putaran roda yg bergerak ats dan bawah,
kita akan merasai betapa susahnya untuk menyesuaikan diri pada awlnya sepanjang di base point,
satu pengalaman yang saya dan juga kamu tidak akan rasai ketika di puncak,

thousands of people,different courses in one uitm,
always rushing  here and there,
trafik di bilik air, jalan raya, elevator,dalam bas,atm,surau,
makan ala kadar untuk mengalas perut,
membilang anak2 tangga menara sepanjang pagi,

saya perlu menerima hakikat,
tiada lagi continuation of sleeping selepas subuh,
juga lenggangang kankung berjalan kaki utk ke kelas,
malahan,tiada lagi suasana 'calm environment,(padang jarak, padang tekukur)
juga tiada lagi kedengaran suara student teka menari, menyanyi di kerusi2 batu..

terasa rindu brada di puncak semakin menebal hari ke hari,
rindu utk makan di kandang,
betul seprti kata pepatah
kita akan menghargai benda yang sudah hilang di mata..
namun,
saya perlu ingt,
setiap kesenangan bermula dengan kesusahan.
tanggungjwab saya dan kamu untuk menimba ilmu,
tidak kira di puncak atau di menara,

oleh itu,
always positive,
sentiasa senyum,
berdoa,
semoga Allah akan permudahkan segala urusan kita,
permudahkan kita dalam menerima ilmu,
diberi keredhaan dalam setiap perkara yang kita lakukan,
Insya Allah..

we will determine ourselves~

note: manusia tidak diciptakan sempurna,
ada kelebihan dan kekurangannnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...