sampaikan rindu ini padanya.
Assalamualaikum [ding] bunyi tone whatsapp nya pagi itu. terus dibaca. dari teman lama, di universiti. 'Rindu nak berbulatan gembira' Mesej itu pendek. tapi, cukup buat dia tersenyum. Alhamdulillah, sekurangnya ada teman yang merasa seperti apa yang dia rasa. Rindu. Rindu untuk bertadabbur ayat-ayat cinta, rindu untuk mendengar pengisian yang zapp terus ke hati dari naqibah dan usrah-mates yang lain, rindu untuk ke konferens riang hujung minggu, rindu untuk sharing heart to heart sebelum tidur, rindu untuk bangun qiam, solat jemaah, kuliah subuh , rindu untuk makan bersama-sama, rindu untuk jaulah, shopping, rehlah bersama-sama. rindu untuk menatap wajah-wajah akhawat yang bersama-sama berjanji setia untuk mendokong syariatNya dan berpimpinan tangan ke Syurga! ... rindu yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata, dengan bicara. cukuplah, hati-hati itu yang merasa. walaupun kita tidak lagi dapat berbulatan bersama, ingat dan sentiasa ingat. usrah...