kerana kita, insan istimewa

Assalamualykum, Kanak-kanak lelaki itu terdiam, dia tidak tahu membaca, huruf-huruf yang dilihat di atas muka buku bahasa inggeris itu seakan-akan menari, dan dia tidak bohong. namun, guru kelas semakin meninggikan suara, diingatnya murid itu memerli, siapa percaya huruf-huruf itu boleh menari? akhirnya murid itu diarahkan keluar dari bilik darjah, dengan alasan tidak tahu membaca dan memerli guru. murid itu lama-kelamaan semakin bosan, banyak termenung, berkhayal, umur semakin meningkat, namun darjahnya tetap sama, gelaran bodoh, lembab rasanya kian sebati, bukan dia tidak mahu berjaya seperti yang lain, tapi apakan daya, dia tiada upaya. kerana dia, dilahirkan istimewa. . . . ini, sedikit sedutan satu cerita, cerita hindustan yang luar biasa! 'Every child is special' tagline cerita ini ringkas, tapi besar ertinya. kerana setiap dari kita, diciptakan dengan keupayaan yang berbeza, Allah Mah...