Thursday, December 17, 2009

selamat datang

bismillahirrahmanirrahim.

ahlan wasahlan 1431 Hijrah.

dalam sedar atau tidak,
kita telah pun memasuki tahun Hijrah yang baru,
bertarikh 1 muharam 1431 H,

adakah kamu telah menetapkan azam baru untuk tahun ini?
atau
anda masih menunggu berakhirnya 31 Disember 2009 untuk menetapkn azam?
atau
anda masih mengharapkan sorakan happy new year 2010 besertakan percikan bunga api
untuk meraikan kedatangan tahun baru?
atau,
adakah anda lebih tegar untuk menonton perlawanan akhir bola sepak sukan Sea antara Malaysia menentang Vietnam
daripada membaca doa awal dan akhir tahun?

ternyata,
kita semua lebih mengagungkan sambutan tahun baru masihi
berbanding tahun penghijrahan nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah,
kenapa agaknya?
tepuk dada, tanyalah iman..

seharusnya,
1 Muharam ini dihayati dan diraikan oleh umat Islam,
hari yg sangat mulia,
hari yang mana kita bertukar amalan,
dosa dan pahala yang tlh dicatat dahulu akan dihantar oleh malaikat, mengadap Allah SWT,
Hari ini, buku yang baru dibuka,
untuk Raqib dan Atid mencatat amalan kita,
sama ada baik ataupun sebaliknya,


semoga amalan pertama yang dicatat dalam buku amalan kita adalah PAHALA,
insafi diri,
adakah buku tercatatnya amalan kita untuk tahun 1430 Hijrah lebih banyak pahala atau dosa?
tetapkan hati kita,
semoga kita sama2 berhijrah,
dari yang buruk kepada yang baik,
dari yang baik, ke arah yang lebih baik,
sama2 kita perbetulkan diri,
Insya Allah,,

Thursday, December 10, 2009

hari ini 10hb12

salam alaik~

Nurul Amalin,


Selamat Hari Lahir..
10 Disember 2006

semoga jadi anak yg solehah ,
dengar ckp mak, abah..
insan yg berguna utk agama, bangsa dan negara..


kami sayang adik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...