Posts

NGO : Perlu Audit Ke?

  NGO : Kuasa ketiga Badan bukan kerajaan atau Non- Governmental Organisation (NGO) atau badan bukan keuntungan ( Non-Profit Organisation ) merupakan organisasi yang tidak kurang penting di dalam sesebuah negara selain daripada badan kerajaan dan syarikat bermotifkan keuntungan. Kuasa NGO dilihat besar bukan sahaja untuk membantu rakyat dari segi kebajikan malahan mampu untuk menggesa kerajaan mengubah polisi dan dasar negara. Perbezaan ketara sesebuah NGO dibandingkan organisasi lain adalah sumber pendapatan yang diperoleh dibenarkan untuk mengumpul dana awam bagi menjalankan objektif penubuhan. Tidak hairanlah jumlah pendaftaran NGO di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Namun, banyak persoalan timbul apabila NGO ini terpalit dengan tuduhan seperti pecah amanah, mengambil kesempatan atas kemurahan rakyat dalam menderma, bantuan yang tidak sampai kepada sasaran utama dan lain-lain. Hal ini mungkin disebabkan kurang pemantauan efektif yang diberikan kepada NGO dan kurang keseda

PENGALAMAN WEAN OFF GENAP 2 TAHUN

Image
Assalamualaikum,  Nak save pengalaman di blog pula. Rujukan untuk saya terutamanya (untuk adik Hamraa pula nanti, Aminn) Sebelum ni, saja berkongsi di group di FB. Tanpa disangka admin Pa & Ma dah publish di website mereka. Alhamdulillah, saling berkongsi kan?  https://www.majalahpama.my/hati-kena-cekal-pengalaman-dan-cara-ibu-ini-cerai-susu-badan-bila-anaknya-2-tahun/?fbclid=IwAR2espJZNH5iQP-AuA-LfKQiUhTJ9arelKroMAKAsYZzYgpnTkAeRMWZLKs . . Alhamdulillah, 12 Disember lepas, genap 2 tahun menyusukan penyejuk mata, Ameena Hamraa. Nak berkongsi pengalaman dengan  # bfmembers   semua  :) 1. Mak dan ayah kena bersedia , nak dekat dekat anak 2 tahun tu, kena kerap remind anak.  "Hamraa dah nak 2 years, dah besar, tak boleh minum susu umi dah, nanti minum susu yang abi buat ya." 2. Start introduce susu yang nak bagi pada anak lepas umur 2 tahun nanti. Contohnya fresh milk, susu full cream. Saya start perkenalkan pada anak masa umur setahun lebih lagi

bangun, mencari diri

28 august 2016 entri terakhir tahun lepas lamanya terasa tangan tidak menulis dari status bujang kepada berkahwin dan alhamdulillah dikurniakan seorang puteri sulung dari seorang pelajar master kepada suri rumah sepenuh masa dan sedang menunggu untuk 'posting' di uitm (saya mengambil biasiswa tpm-uitm) terasa sangat banyaaaaaaak yang ingin dikongsikan banyak perkara yang dilalui, dan semestinya perasaan suka duka yang silih berganti kerana kehidupan ini, begitulah fitrahnya rasa cemburu bila mana melihat teman seperjuangan yang sudah jauh ke depan, dalam kerjaya, boleh dikatakan majoritinya lepasan uitm fast track accountancy memiliki pekerjaan yang mashaAllah hebat, alhamdulillah. dan saya me'rasa'kan masih di tempat sama, berjuang dengan tesis master yang memakan masa agak lama berbanding ipt lain, masih menunggu surat senat dari uia dan kini menjaga baby AH yang baru berusia 2 bulan bila mana melihat kejayaan yang lain, pasti timbul di benak fikiran

reflections: tesis dan viva

Image
bismillah, walhamdulillah 24th August 2016 "Congratulations Nurul Iffah, we have decided to give you a pass with..." alhamdulillah, rasa lega biar terasa 3 bulan pembetulan yang diberikan terlalu lama tapi sebenarnya atas daya usaha sendiri berapa lama yang diambil untuk menyiapkan 'corrections' "it does not the matter of minor/major. most students sometimes will feel down with the term. in fact, we actually give extra times to finish the corrections" -SV InshaAllah sir, akan buat yang terbaik. ... ternyata perjalanan post grad tidak sama jangan bandingkan yang bekerja dengan yang belajar jangan samakan post-grad research dan coursework jangan rendahkan yang sedang struggle Graduate On Time dengan yang lama sedikit masa yang diambil pengalaman 10 subjek yang diambil sebelum tesis berjalan seperti yang dirancang kurang lebih pengajian seperi degree sahaja attend class, assignment and presentation, dan di hujung sem ada exam yang mena

dia, raya dan kakak penulis novel

Image
Bismillah. destinasi rumah pokcik di teluk ketapang,  menjadi tempat pertama #teamrayaibnghazali di kampung sebelah abah. lama sudah tidak menjengah dan pastinya, kepek-kepek di rumah pokcik  yang pertama di ambil untuk menjadi santapan tidak lama selepas itu ada salam diberi. beberapa tetamu melangkah masuk 'ohh adik beradik isteri pokcik ni. muka ada meh' dalam pada janggal kerana ada tetamu yang lain, dia perasan salah seorang tetamu tadi, seorang kakak senyum ke arahnya. "iffah ya" "err" "saya cam awak. kita kawan di facebook." akal mula bergerak pantas. macam pernah nampak, tapi siapa ya takkanlah.. kak Fatin? ... karya kakak osem :D Allahu, rezeki bertemu kak Fatin lewat tengahari itu terasa seperti ada semangat baru yang menerjah ke dalam diri mana mungkin dia lupa saat kak Fatin membalas komen di muka-bukunya suatu ketika dahulu. dan pada waktu itu masih dikenali s

dan monyet itu bersuka ria

berjalan menuju ke mahallah butang power pada hp nya dibuka ada missed call dari rumetnya sekeping mesej masuk. 'Iffah, there are so many monkeys in your room. Sorry, I don't know what to do' - Rihana langkahnya terhenti monyet.. lagi? belum reda dengan igauan monyet yang 'melawat' bilik bulan lalu, ada pula kawan mereka yang ingin ziarah sama akal ligat memikirkan apa lah makanan-makanan yang ada di bilik sebagai 'santapan tetamu istimewa' ohhhh! kuih raya. dan kerepek-kerepek raya yang niatnya ingin dijamu pada kawan-kawan nanti excited terlebih, mungkin kerana kuih yang dibuat sendiri *walaupun  terlebih bakar sikit heh* langkah dicepatkan diminta rumetnya membukakan pintu biliknya takut sekiranya ada lagi seekor dua yang masih 'bermain' di dalamnya. alhamdulillah, .. dari tingkap biliknya tudung merah kosong dilihatnya sepi baru saja tadi beberapa ekor monyet sibuk berebutkan balang putih biskut raya sudah

#akudanramadhan

Image
"Memberi bukan kerana mereka yang kekurangan, tapi kita yang memerlukan" Mak menyusun kuih satu persatu ke dalam dulang.  Nampak mak letih. Tapi mak tak pernah mengeluh. Untuk sesuap nasi kami. Seawal 730 pagi mak mula mengadun adunan, menguli, dan menggoreng. Sehinggalah jam 330 petang gerai mak di bazar ramadhan dibuka.  "Kalau orang lain boleh sedeqah banyak-banyak bulan ni, mak takde apa yang nak bagi. Tapi bila orang datang gerai mak, mak akan letakkan kuih lebih dari jumlah yang dibeli. Sebab mak yakin, rezeki dari Allah tak kan pernah habis kalau kita selalu memberi" Allah.  Mak bukan orang senang. Tapi hati mak, akhlak mak, sentiasa menyenangkan ramai orang. :') Bukan ibadah itu tersekat pada banyaknya juzuk Quran yang dibacakan, namun ramadhan yang sebenar, lebih kepada amalan kebajikan yang dilakukan dengan sepenuh penghayatan.  Walau mungkin sekecil amalan, namun besar di mata Tuhan.  Ramadhan, bulan tarbiyah.  Bulan memberi sebanyaknya.  Kerana amala