Posts

Showing posts from December, 2014

malaysia, bertabahlah.

"Aku tidak takut sekiranya doaku tidak dimakbulkan, namun aku bimbang sekiranya aku telah dihentikan ilham dari Allah untuk terus berdoa" ... "Cepat mael. Ko tunggu apa lagi? Orang dh nak siap solat tu" Mael yang dari tadi lagi masih duduk terpaku pada tempat tidurnya. Kiri dan kanannya hanya tinggal kain kain pelikat yang tidak berlipat. Dikecilnya mata untuk melihat jam di hujung kelas yang dijadikan dewan itu. 6.15 pagi.  Matanya masih liat untuk dibuka sepenuhnya.  Teringat hari hari sebelumnya dia masih tidur nyenyak di atas tilam, bertemankan hujan malam dan cuaca dingin. Ahh nikmatnya. Dan malam ini... "Air tu jangan guna banyak sangat. Ala kadar je. Nanti kami nak guna buat masak pula" Nyaring sekali kedengaran makcik Nani mengingatkan.   Barangkali bimbang bekalan air diputuskan seperti pengalaman di kawasan terlibat banjir sebelumnya.  Riuh rendah  di kawasan yang dikhaskan untuk memasak, mungkin makcik2 bersemangat untuk menyediakan menu sarapan

#sayasayang uia

peliknya uia bila mana azan kedengaran semua kaki-kaki menuju ke bangunan berkubah biru yang di dar al hikmah meninggalkan nota, yang sedang sibuk bekerja, turun mengejar pahala majlis ilmu melimpah ruah, kadang-kadang 2,3 taman-taman syurga dalam satu-satu masa, bukan main dilema, last-last suruh kawan ke sini, kita ke sana, nanti di bilik kita 'share' sama-sama majoriti berbaju labuh dan bertudung sempurna berniqab, berkopiah dan berjubah pakaian utama tidak kira kuliyyah apa, program mana semua seperti ustaz-ustazah pada pandangan rakyat biasa di masjid, kiri dan kanan saling bertegur sapa default question 'year ke berapa', course apa dan mahallah mana sehinggalah dah nikah ke belum, anak ke-berapa dalam keluarga! hebatnya taaruf pelajar-pelajar kita berjalan ke mana-mana dalam kawasan uia bukan fenomena luar biasa nun di maryam sehinggalah ke kuliyyah komunikasi di atas bukit sana mungkin mereka sudah terbiasa, mengambil ibrah hijrah baginda se

i-man

"Bersihnya jiwa, bila mana kita dahulukan Allah, lebih dari segala yang ada..." ... Salam pertama diberi, diikuti salam kedua wajahnya diraup. astaghfirullah. astaghfirullah mulut terkumat kamit sampai pada hati, atau tidak - tiada pedulinya mata dikerling pada hp di atas meja berkelip kelip tanda mungkin ada whatsapp baru masuk hp dicapai ralit jari menggosok skrin doa entah ke mana wirid tadi dibiar tidak berkesudahan ... "Kau ok?" Wajah rumetnya dipandang sekilas. anggukan tanda jawapan "Dah habis solat ke?" "Oh, dah" "Macam nampak rungsing je dua tiga hari ni" Garuan hp di tangan terhenti. wajah rumetnya dipandang. "Oh. perasan eh? ermm serabut laa. banyak kerja tak setel lagi, assignments berlambak, report lab, next week ada quiz, mak aku tadi call suruh balik minggu ni, ada kenduri tahlil pulak, padahal dah janji nak futsal wiken ni" "Ohh" "ke