Tuesday, May 27, 2014

Lalai, dan Dia masih memeluk erat.

Bismillahi walhamdulillah. 

"Jom main tukar-tukar hadiah nak"

"Haa. Boleh jugak. Okay!"

Semangat nak main exchange gift time usrah kali ni. 

Bila hari yang dijanjikan tiba. 
Semua orang excited nk terima hadiah masing2. 
Agak pening juga untuk decide bagaimana sebenanya permainan ini dibuat. 
Last2 seorang usrahmate nya menulis nama setiap ahli di atas kertas, dan masing2 harus memilih satu kertas berlipat yang ditulis nama. 

Dan hadiah ditukar. 

Buka sahaja hadiah sewaktu sampai di bilik,
Allahu. 

Satu sahaja perkataan boleh describe. 
Bermain di minda. 

'Just in time'

Alhamdulillah. 
...

Dalam perjalanan balik tadi, dia sempat berborak dengan usrahmate nya. 

S sangat teruja dengan hadiah yang diterima. Sebuah buku juga. Dan sudah lama S berminat nak kumpul buku. :)
..

Mesej teman-teman yang lain.
M juga terima sebuah buku tulis yang kosong, tidak bergaris. 
Dan dia tahu sangat, M memang sangat suka dengan buku yang tidak bergaris. 
..

WM pula terima satu set alat tulis. Dan WM memang memerlukan alat tulis untuk exam final ini. 

..

Kak S pula dapat botol air. Dan kak S memang suka minum air dalam botol. Hehe. 

...

A dapat hadiah pengepit rambut. Dan A memang guna pengepit tu. 

..

Nak dsenaraikan semua usrah matenya, ada 14 orang. Nanti lah kalau nk diceritakan tentang mereka yang osem osem belaka. Heh. 

Tapi, poinnya. 
Masing2 menerima hadiah yang memang diperlukannya saat itu. 

"Hadiah dari Allah"

Thru usrahti. 
:')

Even sekecik-kecik, sedetail-detail perkara,
Allah concern tentang kita. 
Tahu setiap keperluan kita.

Apa yang terbaik untuk kita. 

Awak ingat Allah tak tahu awk tengah struggle nk fahamkan topik yang awk tengah study?

Awak ingat Allah tak tahu awk teringin sangat nak makan sedap-sedap tapi tak cukup duit nk belanja?

Awak ingat Allah tak tau isi hati awak sekarang ni? 
Apa yang awak tengah fikir, apa yang awak rancang, apa yang awak tengah buat?

Allah. 
Tahu. 
Segala tentang kita. 

Allah,
Masih peluk erat kita. 

Dan kita,
Masih lalai untuk patuh padaNya?

Lupa tentang perintahNya?
Acuh tak acuh dalam solat. 
Akhlak tidak dijaga sempurna. 
Sabar dan syukur entah ke mana. 

Dan kita claim,
Allah tak peduli tentang kita?

Kita, 
Manusia pendosa. 
:(

Sehingga kadang-kadang
Bila Allah uji,
Sikit saja  
Kita dah lemah. Tak mampu. Dah rasa berat sangat ujian yang Allah bagi. 

Astaghfirullah. 

Kenapa sedih, kecewa bila tak dapat apa yg kita nak?

Kenapa rasa cemburu bila orang lain dapat lebih dari kita?

Kan Allah bagi apa yang kita perlu,
Bukan apa yang kita 'rasa' kita perlu. 

Boleh jadi, yang Allah tak bagi tu lagi besar ganjarannya. 

:')

Yakin dengan Allah. 
Balik pada Allah. 
Doa banyak banyak pada Allah. 

..

Sungguh. 
Ketetapan Allah pasti beserta hikmah. 

"Ya Allah. Jangan kau pikulkan ke atas kami apa yang tidak kami mampu. Maafkan kami, ampuni kami, rahmati kami"

...

Usrah.
Buka hanya bertemu lutut, pengisian, dan makan. 
Tapi akan ada something yang kita akan 'grab' dalam setiap liqa' usrah tu. 

Exchange gift yang cukup bermakna!

Alhamdulillah. 



Ps:
Minggu yang terasa agak lama masa berjalan. Eh. (Baca: minggu exam). Saling mendoakan jomm!

Pss: 
jaulah Kelate bulan 6. Tak sabar. InshaAllah. Moga dipermudahkan :)

Saturday, May 24, 2014

sebab kadang perlu meluah rasa

 Bismillahi walhamdulillah

“Along, nak mamee sikit boleh?”
Angah teringin, tapi along buat muka. Buat angah rasa geram.
Tapi last-last along bagi juga, walaupun angah sempat rasa hanya serpihan kecil makanan ringan itu
Tapi yang tu punnn, errr full setop. The rest is history.
Tapi masa tu angah macam terima je. layankan aje.
Sebab angah, adik along.

Along anak sulung, 3 adik perempuan bawah along, baru mak dikurniakan anak lelaki (alang)
Bila along rasa nak main bola dalam rumah,
Mesti angah yang kena jadi goal keeper
Ingat lagi, along semangat buat chart player2 along, siap ada league sendiri lagi
Perghh . ok dah tau kenapa along dan ‘football manager’, berpisah tiada. Heh
Tapi tak tahan, angah boleh pulak jadi keeper time tu.
Siap practice tendang bola dengan gaya lagi.
Semangat punya pasal.
Sebab angah, adik along.

Masa angah kena marah dengan mak
Along pun ada sama
Along ajak angah nyorok belakang sofa, siap makan biskut raya lagi belakang sofa
Konon dapat hilang sedih sebab kena marah. (?)
Adoi macam mana angah boleh ikut je cadangan along time tu, hehe.
Bila along banyak kali jugak meng’hilang’kan diri (baca:sesat) masa kecik-kecik
Angah sampai tak semangat nak masuk kelas
Risaukan along
Padahal baru darjah 2 time tu.
Hmm emosional sejak kecik. Eh.
Sebab angah, adik along.

Teringat lagi masa mula-mula along bagi ‘hint’ pada abah dan mak untuk naik tangga maratib amal (baca : kahwin)
Kata along, sudah terpikat pada seorang muslimah yang lantang bersuara di aikol (hehe,)
Fuuh hebat hujah yang diberikan along
Nikah khitbah, menjaga diri dsb
Tapi tetap mak abah kurang bersetuju –pada waktu itu
Mungkin along anak sulung dalam keluarga, dan masih belajar
Abah mak simpan harapan yang tinggi pada along

Namun, takdir Allah mengatasi segala
kesungguhan yang along tunjukkan- which seriously angah boleh nampak :)
Untuk galas tanggungjawab yang bukan kecil,
Dan mungkin juga berkat doa along siang dan malam
Allah mudahkan, jalan along ke arah baitul-izzah

Bila along bertukar status, dari along angah ke suami ‘angah’ (kakak ipar pun panggil angah)
Angah pernah rasa dah hilang along
Kecelaruan emosi huhu
Mungkin sebab rapat dengan along
Sampai kadang-kadang orang ingat angah yang kakak. Emm.
Tapi lama-lama ok je, drama je lebih. heh
Kita kan kembar? ;p
Terima kasih along sebab bagi angah hadiah ‘kakak’ yang punya sama nama yang best lagi osem!
dan angah belajar,
kematangan seseorang bukan dinilai pada usia

kahwin masa belajar,
bukan sesuatu yang mudah,
dan bukan juga sesuatu yang payah

asal ada niat yang jelas tentang perkahwinan,
dan Allah diletakkan sebagai matlamat pernikahan
inshaAllah,
akan selalu ada Allah tunjukkan jalan.
:)

dan along dan kaklong dah berjaya buktikan,
something,
which I really adore.

...

Rasa macam baru semalam angah jerit-jerit panggil along dari atas bukit masa along tengah main bola sebab abah nak balik kampung,
Rasa macam baru semalam along dengan sabarnya ajar angah bawak kereta naik bukit kat blok G.
Rasa macam baru semalam angah tengok ‘kool’ nya along sebab tak nangis tengok kaki sendiri yang memercik darah merah dek kerana terjatuh kaca.




2104 May, 7th
Dan sekarang,
Rasa macam tak percaya
Saat along gelabah-gelabah dalam rumah, resah tak tentu arah tak sabar nak tunggu waktu melawat kat hospital,
Saat along mengalunkan hafazan surah Taha, surah Luqman, surah Maryam ketika mendukung ‘little caliph’,
Saat itu juga angah rasa,

‘abang angah dah besar, dah jadi seorang ayah, dah ada tanggungjawab yang lagi besar’

How fast the time flies
Dan sekarang along dah dukung baby, tukarkan lampin baby, mandikan baby.
Walaupun macam kekok pada permulaan
Nampak terujanya along bila dah jadi abi
Nampak semangatnya along bila cerita pengalaman along berhadapan dengan situasi di saat kelahiran baby
:’)

Alhamdulillah.
Allah put us into situation that we can handle,
Always.
Kan along?

Kita tak akan nampak seseorang tu bersedia,
seseorang itu mampu,
unless bila diletakkan tanggungjawab pada bahu mereka.

dan kebergantungan pada Allah,
itu yang paling utama 
:)

Yakin, 
Infiru!
Bersegera dalam perkara kebaikan!





Muhammad Irsyad Hadi bin Mohamad Izzat,
selamat datang ke dunia
yang penuh dengan mehnah dan ujian
moga sentiasa kuat
moga sentiasa jadi anak soleh
saham untuk umi dan abi nanti

moga jadi pejuang agama yang bakal tegakkan islam di dunia

:')
inshaAllah.

untungla irsyad ya, 
jadi cucu sulung
teruja sungguh makngah, makteh, makcik, poklang, pokde, pokbang, mokkak, mokjang dan poksu 
dan paling teruja aki dan wan :D
hewhew

...

Moga Along jadi zauj dan abi yang bertaqwa,
taat Allah dan Rasulnya
yang dapat didik anak-(anak) dengan corak yang membawa bahagia
di dunia,
dan di akhirat sana.
25 tahun dah menghirup udara,
moga dapat galas tanggungjawab abid dan khalifah se-optimumnya
:)
InshaAllah.

untuk kak long,
tahniaaahhhhhh! 
dah jadi ummi
selamat menimba ilmu 
dan pengalaman
nanti boleh turunkan ilmu kat angah pulak.
;p


“Iffah nak cari calon suami yang macam mana?”
Pernah kawan angah tanya masa di sekolah menengah dulu dulu,
Jawab angah,
“nak cari macam along”
*ops, monyet tutup muka*

dan kalau orang tanya lagi soalan yang sama sekarang
mungkin angah jawab,

"jap, eh. nak fikir dulu"
*kenyit mata*


-angah
[mahallahsumayyah, 240514]

Ps; hajat di hati nak buat research proposal. end up buat mende ni pulak. Haissh. Mungkin boleh belanja angah jambu seringgit depan rumah along pasni. kihkih

 p/s/s: irsyad, sebenanya kan, abi yang suruh makngah cte kat irsyad ni. sementara nk tnggu irsyad besar, makngah tulis dalam entri blog dulu la eh. hehe



Tuesday, May 6, 2014

adikku yang baik

Assalamualaikum,

sikit-sikit bulatan gembira,
sikit-sikit usrah,
sikit-sikit tarbiyah,
sikit-sikit ukhuwwah,
sikit-sikit akhawat.
siki-sikit ikhwah, eh.

dah takde benda lain ke nak cakap?

grr.
bajet baik betul la dorang ni.
dahla slalu dengan geng dorang je.
dari dulu dengar dakwah untuk semua
tapi..
errmm duk gelak sama-sama sendiri ada la.

ingat orang biasa macam kita ni tak baik ke?
jahat sangat ke?
eh, aku dengar jugak la ceramah syeikh-syeikh dari oversea kat youtube
pegi jugak la talk-talk yang hebat-hebat yang orang duk sibuk organize tuh
aku tahu la pasal kena jaga ikhtilat ni semua
aku pun hafaz quran jugak sikit-sikit
solat puasa semua tak pernah tinggal

perlu ke nak ada beza orang ikut usrah dengan tak ikut usrah?
perlu ke beza nak ada gelaran akhawat, ikhwah dengan orang biasa?
sama je kan?

...

oihh berapi nampak marahnya dik,
sabar.
tarik nafas dulu.

adik,
akak dulu macam tu la.
cuma beza,
adik lagi power dari akak.
akak dulu lagi la. tak tahu pasal ni semua.
sekolah bukan sekolah ada usrah ni
tazkirah hari jumaat macam penah ponteng jugak je dulu. eh.
akak pun pernah la rasa 'aku tak ikut usrah pun baik jugak hapee'

tapi akak rasa 'kewrius' nak tahu
betul ke gembira bila ikut bulatan ni
apa la rasa dia sebenanya

so bila ada kawan macam ajak-ajak
akak macam ok la, join dulu
sebulan dua bulan pertama
ermm biasa je kot
main tarik tali sokmo
kalau ada test esok, malam tu usrah
confirm reply camni
"maaf la akk, esok test"
cliche sungguh.
ada konferens riang sabtu ahad pun
macam chipsmore okaaay
kalau betul tade buat hape kat bilik, tak keluar dengan kawan
baru reply ok.

tapi skali dengaq satu ceramah ni
masa konferens riang kat satu tempat nih
mungkin asbab Allah gerakkan hati (nak nanges)
rasa macam serba tak kena dah

aku
ni
robot
ke?

akak taknak cerita panjang-panjang pasal 'talk' ni
sebab nanti adik tak rasa macam akak rasa pulak
tapi serius rasa resah gelisah

ok selang dua tiga minggu
usrah pun macam biasa, kejap ada kejap tak ada
ok yang 'ada tak ada' tu, confirmlah-akak. heh
dia macam, dah rasa perasaan pelik kat hati ni
tapi macam susah nak buang lagi

tapi satu yang perasan
kakak naqibah asyik duk mesej je
kalau tak kakak naqibah seniri,
kakak naqibah grup lain yang kenal masa konferens riang pun mesej jugak
share hadis,share peringatan, tanya khabar
ermm terfikir jugak,
banyak nya la kredit nak hantar mesej
dahla dua tiga page
dulu takde lagi wasssap2, wichet2 nih

on off on off
sampailah akak ditakdirkan jauh dengan usrah
memang kawasan tu takde naqibah
so takde orang follow up
rasa tau, lain bila tak pegi usrah ni
even kadang-kadang dalam usrah senyap je
tak tau nak cakap apa
(dulu mindset : dalam usrah mesti kena cakap)
rasa kalau wiken tu, macam meaningless sikit la
sebab takde buat apa
dulu boleh jugak join konferens riang,
rindu nak bangun qiam
rasa rindu nak baca mathurat sama-sama
biar tersengguk-sengguk pun (lejen sungguh)
rasa nak bukak puasa makan dalam dulang
rasa nk cipiki cipika dengan geng-geng ni
hmm

bila dah dapat peluang balik join
baru rasa nak appreciate lebih sikit
rasa macam insaf sikit kot bila naqibah semangat datang nak buat usrah, tapi kita cam malas
heh, naqibah pun studeng macam kita jugak okaay?
kalau kita ada esaimen bertimbun
dia pun mungkin ada dua tiga timbunan lagi. haa
murabbi yang kerja , dah ada family lagi la bertambah-tambah urusan nak kena setel
nak reka-reka alasan lagi ke?


so Alhamdulillah
bila Allah nak kebaikan dalam diri seseorang tu,
Allah akan bagi kefahaman melalui agamanya
(maksud hadith)


ermm
tak sama bila pegi program besar-besar 'one shot' yang kadang-kadang kena bayar,
pastu balik rumah takde orang guide,
last-last takde perubahan pung
masa dengar ceramah semangat salin nota
tapi bila dah balik bilik nota pun tersimpan rapi dalam buku
di balik buku-buku di rak buku
takdan nak belek balik nak 'paste' pada diri
:(

sebab ni la lainnya usrah ni
usrah bukan semata nk dapat ilmu baru
tapi sebab nak recharge iman
ada orang akan bantu kita, papah kita bila lemah
sambil kita ambik semangat usrahmate lain untuk improve ibadah kita
improve akhlaq kita
dari situ rasa manisnya ukhuwwah tu

so tu la.
banyak lagi nak kena discover usrah ni sebenanya.
jangan tengok pada yang buruknya dulu,
tapi cuba untuk rasa sendiri.

tapi satu pesanan akak,
kalau dulu adik penah join
pastu rasa macam ada negative perception dengan usrah dulu
jangan give up
cari usrah lain
inshaAllah akan ada yang terbaik yang Allah nak beri

kalau yang pernah join halfway,
contact balik kawan-kawan yang ikut usrah
cuba untuk rejoin balik

kalau yang tak penah,
join la, pleassseeeee
cuba dulu
rasa sendiri perubahan-perubahan yg adik-adik bakal lalui
inshaAllah

doa banyak-banyak
moga Allah mudahkan usaha pencarian kita
nak berubah,
nak jadi baik,
nak dapat redha DIA

sebab akhirnya kita akan kembali pada Dia kan,
kata nak masuk syurga sama-sama?

-kakak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...