Monday, January 20, 2014

rahmat untuk semua

Assalamualaykum,

Dia memandang sepi post-post sayuran yang menjadi viral baru-baru ini
Ramainya yang berselawat ‘kangkung’ minggu ini
Entah baginya dia lebih suka begitu
Diam tidak menambah dan menolak
Bukan bermakna menyokong yang menaikkan harga barang
Dan tidak pula mengangguk bersetuju dengan tindakan yang meng’troll’kan isu itu

Tapi dia tidak meng'expect' semua orang sepertinya
Dia tahu
Ada orang, lain caranya

Dia ok.
Asalkan Allah diletakkan utama
Ar Rasul contoh ikutan sepanjang zaman
Al-Quran sumber rujukan mutlak

Kan manusia ini,
diciptakan berbeza?

“yeah. I know you look peaceful”
Tersenyum dia mengingatkan komen teman sekelasnya dari Nigeria

bagusnya kalau mereka memahami dan me-rai
perbezaan ini.

:)
...

Perbezaan pendapat itu fitrah
Ada orang ingin mengubah sistem, aktif dan bersungguh dalam politik untuk menegakkan hukum Allah
Ada orang suka berdakwah, tapi tidak suka (atau mungkin ada kekangan untuk) aktif dengan politik
Lebih mahu menghasilkan individu yang soleh wa muslih untuk mengubah sistem
Ada badan-badan pertubuhan bukan kerajaan lain yang boleh disertai
Ada orang tidak suka terikat dengan mana-mana organisasi
Lebih suka  berdakwah dengan caranya tersendiri
Menerusi lagu, blog, vlog, doodle, street dakwah
Tapi tidak bermakna dia tidak menyokong kumpulan-kumpulan yang mahu menegakkan Islam

Target mad'u juga berbeza
Ada yang dakwahnya tidak sampai ke pedalaman
Di top-up kan oleh mereka yang lebih berpengalaman
Ada juga yang menarik golongan profesional
Untuk kembali ke arah Islam yang syumul

Melengkapi.
Kepelbagaian ini menguatkan.
Kerana akhirnya,

Semuanya bermatlamatkan sama
Menegakkan hukum Allah
Mengembalikan sistem khilafah
Mencapai Ustaziyatul Alam


Yang paling penting,
Ala kulli hal
kumpulan apa pun yang kita meng'gabung'kan diri

Akhlak sangat memainkan peranan
kerana akhlak cerminan iman kita
sejauh mana kita beramal dengan apa yang diseru



"Sesungguhnya orang yang paling kucintai dan paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya antara kamu”(HR Tirmidzi)

Tak ada guna kita pum pam berdakwah
Join usrah, ikut daurah, ke ceruk hutan bermukhayyam
Ke jalanan untuk ‘turun’, pertahankan kalimah Allah
Tapi diri sendiri tak tegakkan agama dalam diri
Solat lambat
Baca Quran malas
Muwasafat tarbiyah kita tak pernah usaha nak ikut dalam kehidupan sebenar
Dalam facebook/instagram/twitter bukan main @#@*^%
Menghina mencemuh melabel kumpulan itu dan ini
Dengan adik adik bukan main jerkah
Dengan kawan-kawan berbeza fikrah tak nak bersosial
Asyik nak berukhuwah fillah, bercipiki cipika dengan golongan sendiri
Syok sendiri sudah banyak menyumbang tenaga dalam dakwah dan tarbiyah

Ohh
:(

muhasabah.

‘Syukuri persamaan,
Raikan perbezaan’ – Ustazah Fatimah Syarha


Bila ditanya kenapa orang Islam sendiri berpecah, kenapa tidak disatukan saja
Teringat jawapan ringkas tapi bermakna dari Dr Mazlee
“Awak suka kalau orang suruh guna satu jenis ubat gigi sahaja?”

Lain orang, lain cara fikirnya
Lain orang, lain citarasanya

Tidak ada yang mana lebih baik dari yang lain
Jangan pertikaikan cara orang
Tidak terus menghukum kita sahaja yang betul,
cara yang sedikit berbeza dengan kita dirasakan salah
dan jangan sesekali menjatuhkan pihak yang sama-sama inginkan Islam tertegak di dunia

Kita golongan hawwariyyun :)

kita semua 'bekerja'
Kita masing-masing berusaha
Menaikkan darjat taqwa di sisi Allah

Menjadi daie ilallah
ke arah Rahmatan Lil Alamin

Mengajak orang kepada Allah
Untuk meraih redha Allah

dan lantas,
untuk apa kita saling bertelagah?

 “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul (Muhammad) dan ulil amri (pemegang kekuasaan) -selagi mana mereka berpegang dengan kitab Allah dan Sunnah Rasul- . Kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah(Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu orang beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya"  [An nisa 4: 59]



p/s; boleh jadi tak pilihanraya bukan empat tahun lagi? -_-"

Friday, January 10, 2014

tentang, rasa

setiap kali saya rasa mahu berhenti
berhenti dari menulis

pasti akan ada saya terima mesej-mesej

dari mereka yang ikut blog saya

"akak, boleh nasihatkan saya begini,"

"akak boleh berikan pendapat tentang ini?"

Allah

tidak dapat digambarkan perasaan itu
Allah kuatkan hati dengan adanya mereka

bila baca komen yang mereka kagumi saya,
rasa malu depan Allah
rasa kerdil depan Allah

kalau Allah tidak tutupkan dosa saya
dosa kita
pasti tidak akan ada siapa yang mendekati
apatah lagi meng-kagumi

tidak akan ada

kerana kita
pendosa

astaghfirullah.


terkadang hilang semangat untuk menulis
terkadang kesibukan dunia melebihi tanggungjawab sebagai hamba
malu dengan Allah

moga Allah ampunkan saya
moga Allah ampunkan kita

terkadang tidak tahu apa yang mahu ditulis
rasa kerdil diri dengan limpahan dosa
dan seakan ada suara yang berkata
heh masih mahu mengingatkan orang?

liciknya syaitan mempengaruhi saya

:(

Allah.

kalian
tolong doakan saya

saya mahu terus kuat
saya mahu terus menasihati
saya mahu terus bermujahadah

sebab dakwah itu

cinta

sebab cita utama
untuk jadi manusia

yang Allah redha.


kerana dengan menulis,
saya muhasabah,

-saya-
0433pm, 100114
malaysia




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...