Sunday, December 22, 2013

usrah itu manis (bahagian dua)

Empat pasang kaki melangkah menghampiri kawasan kereta.
Bergelak ketawa teringatkan banyak peristiwa yang 'tiba-tiba' sepanjang 6 jam di kawasan hutan rekreasi itu.

dan tiba-tiba,

"QN, QN,

tengok ni..."

Allah Allah.

serpihan kaca cermin sebelah penumpang motokar ungu milik QN itu berkecai memenuhi ruang tempat duduk dan sebahagiannya jatuh ke tanah

terkelu lidah
seakan meremang

"QN,
sabar eh. sabar"

xxx

"Kak A nak bawa kita ke mana ni? hari tu pernah cakap nak ke Putrajaya kan?" 

masing-masing meneka di dalam kereta.
rasanya macam nak piknik
tapi disuruh pakai treksut

hmm

tapi kami turutkan saja.
disuruh berkumpul,
kami setia

diarah ke sekian sekian tempat
kami akur

tidak tahu sejak bila
sungguh tsiqah kami padanya 
dan kami
sayang padanya
uhuk uhuk

dan rupanya
treng teng teng...

"eksplorasi bumi Allah"

tema program tertera di banner di pintu masuk

arrrh murabbiah kami memang suka memberi kejutan misteri
;)

dan kami ditugaskan sebagai pemudah cara adik adik 
'muayashah' dengan mereka yang naive pada pandangan pertama 

tiada kata dapat terungkap 
melainkan rasa syukur pada Allah
dalam kesibukan fyp, potfolio dan presentation
dalam kerisauan peperiksaan akhir semester yang menghampiri

Allah mengizinkan kami 'memberi' 
dan men'tadabbur' alam

suatu yang sungguh manis!

alhamdulillah

xxx

"akak jauh lagi ke kita ni?"

"errm akak tak pasti jugak, tapi signboard tunjuk kawasan piknik tu dalam 250m lagi kan?"

wajah mereka banyak sudah hilang senyuman
keletihan
dan matahari semakin tegak sedikit sebanyak mempengaruhi mood masing-masing

keluar sahaja dari perjalanan panjang di dalam hutan
bagaikan tidak sabar
dan kami seakan terhenti
melihat di sekeliling

tidak ada kawasan berkelah
yang sepatutnya kami tuju
tidak ada orang yang kami kenal

dan seakan tepat jangkaan kami

yang

kami. sesat.

ditinggal jauh dari kumpulan peserta yang lain.

Allahu rabbi.

xxx

"saya pilih batu ni, sebab saya teringin nak jadi macam batu. walaupun banyak kali orang pijak-pijak, masih kekal bentuknya begitu. 
dan saya mahu jadi kuat, walaupun pandangan manusia tak bersetuju, dihentam dan diuji bagaimana pun, harap saya masih kuat kerana redha Allah yang menanti"

perkongsian adik-adik
tentang barang yang perlu dicari 
yang dirasakan dekat dengan dirinya

menghiasi slot 'berehat' kami
sepanjang menunggu 'penyelamat' datang
mengambil kami
yang sesat kehilangan jejak

huhu

xxx

QN ditenangkan oleh kami
ajk-ajk lain turut sama meluahkan cadangan
laporan polis dibuat
alhamdulillah komputer riba-yang mungkin menjadi target sang pencuri yang belum mendapat hidayah- itu dibawa ke tapak program
cuma beg duit
yang tidak terjumpa
mungkin tertinggal di dalam kereta
dan mungkin telah dibawa pergi, si pemecah kereta

kagum kami dengan QN
kuat jiwanya
masih mampu tersenyum
biar tidak tergambar jika kami di tempatnya

xxx

"adik, macam ni la kehidupan kita,
makin lama kita daki
makin susah cabaran dan halangan
sebab nak dapat kejayaan
bukan senang

kena usaha,
jangan putus asa"

pesanan seorang ibu peserta yang mengikuti ekspedisi kami
memberi 'taujihat' kepada anaknya
sambil mendaki bukit 
dan kami curi curi terdengar
heh

xxx

dan benarlah
ALlah uji sebab Allah nak naikkan darjat kita
ALlah nak tengok macam mana kita respon dengan setiap ujian Allah

kita diuji dengan kata-kata yang kita utarakan
banyaknya, begitulah
dan 

adakah kerana itu
kita akan berhenti memberi peringatan?

putus asa-kah?
menyalahkan Allah-kah?

wanau'zubillah

Allah uji, 
sebab Allah tahu kita mampu.
Allah nak kita dekat dengan Dia,
bergantung pada Allah
semata

ujian hari ini
sebagai peringatan
untuk kita semua

banyak yang kami belajar
tentang berwaspada
[parking di tempat luar kebiasaan, perlu sentiasa berjaga]

tentang ukhuwwah
[siapa lagi yang sanggup berbisik dalam kereta untuk plan isi minyak kereta QN konon tak nak bagi QN dengar huhu]

tentang ikhlas
[niat perlu selari dengan amal, kena ikhlas kerana Allah -tidak apa tidak dipandang manusia, asal Allah yang diletakkan utama]

tentang sabar
[jangan negatif-kan minda, bisik pada diri sentiasa sabar, rahmat Allah sedang menanti]

tentang yakin
[Allah yang mengizinkan segala benda berlaku pada hari ini, pandang setiap sesuatu dengan lensa tarbiyah, yakin dengan ketetapanNya]

tentang cinta
[dan setiap sesuatu perlakuan dan tindakan kita hari ini, didasari dengan cinta-kerana Dia ;))]

dan moga-moga Allah mudahkan segala urusan
dan mengganjari pahala atas usaha
menyantuni mereka 
khalifah yang bakal berjuang demi agama

xxx

sampai saja di hostel
satu pesanan diterima

"terima kasih tau semua, tadi FNM mesej, bagitau purse kita dalam beg dia sebenarnya, terima kasih untuk masa yang berharga" - QN

err
purse tidak hilang
bermakna
hanya kos bayaran ganti cermin yang rugi 'di sini' ?

Allahu Allahu

Alhamdulillah ala kulli hal
tidak Engkau jadikan sesuatu itu sia-sia
melainkan ada hikmah
dan tarbiyah 
dari Allah

yakinlah!

dan kita,
masih mahu "kufur" atas nikmat segala?

xxx

teringat semasa kami menyapu serpihan kaca di dalam kereta,

"tak suka nya macam ni :( kenapa ada orang jahat di dunia?"

"sebab tu la kat akhirat Allah cipta syurga dan neraka, supaya keadilan tertegak di sana"

deep.
[99: 7-8]

Displaying photo.JPG
"Dan tidaklah Allah menciptakan ini sia-sia, Maha Suci Engkau, maka jauhkan kami dari azab api neraka" (3:191)

nota saya;

-QN, moga di permudahkan dalam fyp esok, Allahu mustaan!
-Adik-adik "semut" - stay keep in touch inshaAllah, gooooo Namlu!
-Usrahmates tersayanggggg, there is no word to describe, but Thank You Allah ala kulli hal! alhamdulillah

Saturday, December 7, 2013

surat untuk anak abah

Salam buat puteri abah -kakak ;

dua puluh tahun lalu
masa kakak keluar dari rahim mak,
abah gembira sangat
abah syukur tak terkata
sebab Allah hantar khalifah comel untuk abah dan mak

abah nak didik anak abah
jadi serikandi solehah
macam Siti Khadijah, macam Siti Aisyah
itu niat abah

tahun demi tahun
kakak membesar jadi anak yang cerdik
alhamdulillah
tapi biasala kadang-kadang kakak merajuk tarik muka empat belas juga

abah ingat lagi
masa sekolah rendah
kakak pernah memberontak,
kenapa tak dipasang astro di rumah,
kakak malu,
kononnya susah nak sembang dengan kawan-kawan  kalau tak tau perkembangan cerita
aduhai anak abah
bukan abah tak mampu
tapi abah rasa tv banyak bagi keburukan dari kebaikan
lagipun abah rasa siaran yang ada
lebih dari cukup
kakak bukan tengok tv selalu pun

lama juga kakak buat mogok
lama-lama mengalah juga

masa balik kampung rumah atuk
kebetulan kawan-kawan tokwan tengah siang-siang ikan di tepi rumah
kakak dengan selamba saja cakap
rumah atuk busuk bau ikan
aduhai anak abah
main cakap saja ya
biasalah budak-budak lagi

tapi dah besar ni
kena cakap perkara yang baik-baik sahaja tau
tak calar hati orang
atau pun lebih baik
diam

kakak anak abah,
dari tingkatan satu lagi masa abah hantar kakak naik bas untuk balik asrama
setiap kali tu jugak abah pesan untuk ikut usrah
abah tak pasti masa tu kakak faham ke tak
tapi abah tengok kakak angguk
mungkin bosan bila abah asyik ulang ayat sama.

bila kakak tak ada depan mata abah
abah tak tau apa kakak buat di luar sana
abah nak suruh ikut usrah,
sebab sistem usrah boleh pegang hati anak abah
abah risau sangat anak dara abah sorang ni

tapi abah perhati
dari tahun ke tahun
bila balik dari asrama
kakak macam asyik dengan handphone,
satu hari bila abah terjaga dari tidur tengah malam,
abah dengar kakak tengah cakap dengan orang
mungkin dalam telefon
abah macam syak sesuatu

abah tak tau perasaan apa masa tu
tapi abah rasa kecewa
abah rasa gagal
gagal untuk didik anak abah

abah tengok
pakaian kakak pun banyak dah makin singkat
tudung, baju semua
bila mak tegur
kakak buat tak tau saja
abah tengok wajah mak
jelas nampak mak kecewa

kakak.

mungkin kakak tengok abah banyak diam
bila kakak cerita-cerita, pasal kolej, pasal kawan
ada itu, ada ini
seronok kakak cerita

bila kakak minta duit
abah cuba juga usahakan
untuk senangkan anak abah

tapi dalam fikiran abah
ada macam-macam
apa lagi yang abah boleh buat
untuk senangkan kita
"di sana"

abah bagi didikan agama
tapi

...

abah banyak dosa
Allah bagi ujian buat abah
abah tak mampu sekat pergaulan kakak dengan kawan-kawan kat luar sana

kakak,
abah tau,
hati anak abah sebenarnya lembut ,
anak abah baik orangnya
cuma mungkin jiwa remaja buat kakak ter'excited' untuk ikut trend barat kat luar sana

anak abah yang abah sayang,
abah minta maaf kalau kakak rasa abah orang tua kampung yang kolot

tapi abah nak kakak tahu
abah suruh,
abah larang itu-ini
sebab abah sayang kakak

kakak
dosa/pahala kakak sekarang
abah yang tanggung
kakak tahu kan?

kakak tak kesian kat abah, kalau kakak buat dosa,
abah yang kena catat sama?

abah takut
kalau di hari perhitungan nanti
timbangan dosa abah
lagi berat dari pahala
kakak tak nak kalau abah masuk neraka kan?

nau'zubillah

kakak
takde satu pun yang Allah jadikan di atas dunia tanpa sebab
mungkin kakak rasa Allah jauh dengan kakak
tapi sebenarnya
kalau kakak dekat dengan DIA
DIA berlari menuju kakak

agama kita
sudah cukup indah dan sempurna
buat kita semua

kakak dah besar
boleh fikir apa yang terbaik untuk kakak

yang abah mampu cuma doa
doa supaya sebelum abah tinggalkan dunia
abah nak tengok 'bidadari dunia' depan mata ; - kakak.

I love, miss and am so proud of my daughter!

abah nak kakak tahu,

abah tak nak jadi abah kakak masa kat dunia saja
kalau boleh abah nak keluarga kita semuanya hidup sama-sama,

di
syurga

dengan izinNya.



abah,
sayang kakak.

tulus dari hati,

abah
-luar rumah merenung hujan, kerinduan pada kakak kesayangan-




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...