Posts

Showing posts from October, 2013

agenda menjadi solehah, bermula!

Image
Assalamualykum :) [agenda bermula, di sini ] kalau nak berubah luaran, senang je kan? tiba-tiba rasa nak pakai tudung labuh, nak pakai handsock, nak pakai stokin, dah kurang rasa nak pakai seluar, nak tutup aurat comel-comel, alhamdulillah. orang nampak macam smooth je. tak ada masalah. tapi sebenarnya, lagi dah berubah camni, lagi banyak pulak Allah uji Allah uji dengan kerja, Allah uji dengan kawan-kawan, Allah uji dengan hati. :( sampai satu perasaan, rasa nak lari dari semua ni. malas nak fikir apa dah. Allah. ... awak, jangan sedih, jangan give up lagi. awak rasa, kenapa sampai boleh fikir camni? sebab, iman, ruhi kita dengan Allah masih tak kuat lagi. kita tak betul-betul mendalami lagi apa reason kita dah berubah ni, iman kita, masih longgar lagi :( cuba renung balik, kita berubah luaran, dalam masa yang sama, apa yang kita buat untuk cantikkan hati tu? [sumber] solat kita, inshaAllah dah cukup lima waktu, kan? tapi, kit

hujan dalam hati

Image
assalamualaykum. hujan turun merindukan bumi, langkah mereka berempat diatur cepat-cepat ke sebuah gerai makanan pesanan dipesan,  dan dalam penantian kakak yang disebelahnya bersuara, "Allah tak jadikan neraka untuk manusia jadi bahan bakar dalam api tu, tapi Allah jadikan neraka sebab nak bagi kita manusia ni takut hanya pada Dia jaa" dianggukkan kepala tanda setuju. sebab Allah nak kita ikut perintah Dia, tak buat apa yang Allah larang. tak takut pada manusia, kan? "Awak ada masalah yang awak tengah fikir kenapa jadi macam ni, kenapa jadi macam tu tak?" errmm. neuron di kepala berputar ligat. ahh bukan manusia kalau namanya tiada masalah. eheh "Awak tak yah runsing paa, doa jaa banyak-banyak pada Allah. InshaAllah Allah akan tunjukkan jawapan pada setiap persoalan tu. Allah takkan tunjuk se'gedebuk' macam tu, tapi melalui cara yang macam-macam. Bila baca Quran, kita akan terbaca tafsir yang rasa mema

seindah broga, seribu ibrah

Image
Perjalanan kami terhenti.  “Yang depan stop dulu, ada akhawat penat”, jerit yang di belakang.  Saya pantas menoleh ke belakang. Rupanya, Kak Najwa sudah tercungap keletihan. Dari jauh saya lihat Kak Najwa sedang dikipas , ada yang menawarkan makanan dan minyak angin. Bimbang juga, kerana kami bertolak dari Shah Alam jam 4 pagi, agak tersasar waktu perjalanannya dari perancangan asal. Takut-takut perut kak Najwa sudah masuk angin dek tak sempat menjamah sarapan. “Takpa, takpa. Akak okey”, akhirnya Kak Najwa bersuara, pekat dengan loghat kedahnya. Kami meneruskan perjalanan. Suku perjalanan itu, Kak Najwa berhenti lagi. Sudah berpeluh pucat wajahnya. “Jauh lagi kaa?” “Tak jauh dah akak, sikit lagi. Akak boleh, akak kuat, go go !” Masing-masing memberikan kata semangat biarpun sebenarnya perjalanan kami masih jauh. Nasib baik kak A selaku mas’ulah ‘Ekspedisi Akhawat ke Broga’ setia menemani perjalanan kak Najwa yang agak jauh ketinggalan di belakang. Alhamdul

dan akhawat itu.

Image
Salam alykum. [disklemer :ini adalah pandangan peribadi 5 sen saya selepas menulis post berkaitan ini  di sini ] akhawat bila gembira , kita pasti akan turut gembira sama. paling tidak, pasti kita akan tersenyum. hatta kita tidak pernah kenal siapa ukhti N yang ber'walimah' apatah lagi tidak pernah bercipika-cipiki bersama, tapi, sementelah dia seorang akhawat dan merupakan kawan kepada usrah-mate kita contohnya, pasti kita akan teruja sama mendengar kisahnya. melihat pakaian yang menutup aurat, majlis yang penuh keberkatan dalam kesederhanaan, diserikan dengan tabung Syria dan mafla Palestin dan mengangkat empat jari bila bergambar bersama keluarga dan sedara mara, (ohh~) dan hati kita pasti turut sama berdoa,  "moga bahagia sehingga ke SyurgaNya dan kekal tsabat di atas jalan dakwah" aicehh. semangat naa bila intro bab naik tangga maratib amal nih. ;p oh bukan sahaja gembira kerana isu walimah sahaja yaaa, tetapi bila ada akhawat yang ber

sacrifice

Image
bismillahirrahmanirrahim kita. "ermm rasa nak makan kfc hotbox dengan zinger burger cheese lah"  "jom!" "lunch ni nak makan nasi arab kat the best cafe in uia, ever!"  "jomm!" "dah lama tak makan pizza pepperoni. jom keluar wiken ni makan pizza" "jommm!" nafsu perut menjadi keutamaan. dari dulu sampailah sekarang. asal 'rasa' je, mesti kena tunaikan tak pernah nak kekang nafsu manja! "aku berkenan la dekat htc rama-rama tu. serius. ok aim lepas ni nak trade in yang ni, tambah duit sikit. ok! boleh la angkat satu" "cun lah tengok samsung note baru tu. nak let go lah yang lama ni" "penatlah jalan kaki. tahun depan nak mintak duit lebih nak beli kereta lah" and the list goes on. heh sampai bila? material menjadi keutamaan kita, tak pernah mahu berkorban, tak boleh merasa susah walau sedikit bila diuji, cepat benar melatah. lembik! tak pernah ma

usrah itu sangat manis

Image
bismillahirrahmanirrahim langkah diatur cepat-cepat, melewati kafe econs, keseorangan jam menghampiri pukul sepuluh. "maaf akak, lecturer extend kelasss :'(" sekeping mesej dihantar pada kakak naqibah barunya, sudah 45 minit dia lewat, jika usrahnya bermula tepat pada waktu dijanjikan pukul sembilan dalam pada berjalan, kepala ligat berfikir, keadaan usrah barunya. skema-kah. malu-kah. hyper-kah. eh. sudah lama dia tidak berusrah, secara formal begini. maksudnya secara serius di tempat kerja dahulu juga ada usrah, namun banyak musyaqqah yang menyebabkan usrah seringkali tergendala dan hatinya semakin lama semakin, kering :( ... dalam masjid, level 2. salam diberikan. matanya memandang seseorang. dia kenal akhawat itu. hatinya, senyum. Allah kakak naqibah disapa, dipeluk, bercipiki-cipika sebentar. kakak naqibah, akhawat comel, dan dia. seakan ber-reunion semula. kalau dulu ber'Ketika Cinta Berusrah' di Bayt Annur Shah Alam lebih kura