Saturday, August 24, 2013

against our own self.

Bismillahi walhamdulillah.

"eleh, ingat pakai tudung labuh tu baik sangat, suci dari dosa. padahal dalam facebook sama naik jugak aku tengok dia post gambar"

"dahla tak pakai tudung, make up tebal bagai, sah ke solat dia, entah sampai ke tak wudhu dia ambik tu"

"tukar profile picture hitam kuning, empat jari angkat konon. suruh orang doa, dia tu entah doa entah tidak"

"tengok la tu, orang sibuk isu syria-mesir-palestine, dia sempat lagi duk update status pasal uppa saranghae running man, aisshhh memang tak ikut perkembangan, tak berperikemanusiaan langsung"

"bosan pulak aku tengok dia duk post pegi masjid la, bangun qiam la, pegi ceramah la, bulatan gembira la. duk rilek-rilek dah lah. ni nk post gambar kat insta, tweet lagi. riak weh riakk"

 "astaghfirullah minah ni. boleh pulak gambar dengan pakwe letak kat fb. siap duk rapat-rapat lagi. baik aku comment, 'dosa weh dosa'"

and the list continues.

on and on.

akhirnya yang luarannya nampak 'baik' terus dengan su'udzon, (buruk sangka)
dan yang biasa-biasa pun kekal sama,

manusia berprasangka.

dan apa beza antara mereka?

[jzkk pada yang share di wall muka buku :)]

astaghfirullah.
astaghfirullah.
astaghfirullah.

suci sangat kah kita untuk menilai seseorang?

sedang kita tahu, yang dinilai di sisi Allah adalah taqwa.

kita ada pertarungan melawan nafsu masing-masing,
allahu. memang sukar, setiap satu. dan kita tidak tahu,

 'battlefield mereka'

ada orang, aurat senang ditutup sempurna,
tapi bab baca quran, dia memang bertatih-tatih lagi.

ada orang, bab hukum hakam dia memang power,
tapi ringan lidah bercerita perihal orang, dia sukar nak kawal lagi.

ada orang, teringin nak jadi muslimah solehah,
tapi persekitaran dia tak membantu, dan dia sedang cari jalan untuk join bulatan gembira.

ada orang, memang hebat dalam dakwah dan tarbiyah,
tapi sedang dalam proses nak kawal sifat barannya.

ada orang, dah taknak couple-couple,
tapi masih belum jumpa orang yang sanggup dengar masalah dia, dan guide dia untuk berubah.

ada orang, yang semakin alert dengan isu ummah dan nak sangat bagi sumbangan harta,
tapi dalam masa yang sama tak punya financial yang cukup untuk menderma.

ada orang memang pandai menulis, ayat-ayat zzaaaap tembak, snipshot orang lain,
tapi kadang-kadang lupa untuk apply pada diri sendiri.

ada orang..... begini,
dan, ada orang .....begitu.

lain. percaturan dan ujian yang ALlah berikan untuk mereka.

dan, lantas.
kita tegar untuk berprasangka?

cukuplah.


"Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain"
(Al-hujurat :12)

bukan tugas kita untuk menghukum,
bukan namanya daie jika menghentam,
tapi kita, untuk menyantuni,
kan lebih lembut bahasanya.

kerana dai'e itu berurusan dengan manusia, juga.

yang mana kita lebih, kita hulur,
yang mana kita kurang, kita cedok.
kan lebih harmoni isi dunia.

manusia saling berbaik sangka,
manusia saling memaniskan muka,
manusia saling beringat-sapa.

inshaAllah.

semoga bahagia di 'sana', juga.

...
dan untuk pertarungan kita,
struggle sehabisnya.
kerana Allah pandang pada usaha kita.

at least, kita cuba.
untuk jadi lebih baik.
untuk kita capai redhaNya.

kita tidak yakin dengan hukum, tanya orang yang lebih tahu.
kita tidak biasa solat sunat, kita cuba untuk buat sekali sehari.
kita tidak biasa pakai tudung, kita cuba untuk pakai.
kita tidak biasa untuk ambil tahu isu ummah, kita cuba untuk study sendiri,
kita suka marah-marah, kita cuba untuk tenang dan istighfar.
.
.
.

paling tidak, kita cuba.
inshaAllah, Allah tahu. Allah tahu kita dah berusaha.
moga Allah catat sebagai pahala.

Allah bantu, kalau kita betul ikhlas,
Allah permudah, kalau kita benar untuk berubah.

bukan kah kalau kita berjalan menuju Allah,
dan Allah akan datang kepada kita dengan berlari? T_____T

yakin.
percaya.

inshaAllah :)

pray harder,
strive to the fullest.
cuz He,
knows best.

"When my servant takes one step towards Me, I take ten steps towards him. When my servant comes walking towards me, I come running towards him" [hadith Qudsi]



Monday, August 19, 2013

terima kasih, abah.

Bismillah.

Sepanjang jalan pulang ke rumah,
jalan raya agak lengang dengan kereta.

biasalah, bila tinggal di kawasan 'hulu' daerah dungun,
memang agak susah untuk traffic jam :)
melainkan bila sudah dekat dengan musim perayaan.

seperti biasa, abah akan mencari topik, untuk dibualkan, dan dalam erti kata lain,
untuk mentarbiyah anak-anaknya.

hari itu cuma saya dan uda yang menjadi mad'u abah di dalam kereta.

"Anak-anak tak boleh malu dengan ayah sendiri. Masa kecik-kecik dulu, ayah mak yang basuh berak kencing, tapi kenapa bila besar, anak-anak sendiri yang rasa segan nak buat perkara yang sama?

...masa-masa tua sebegini, bukan dunia yang kita mahukan, bukan makanan sedap yang patut diberikan, tapi bawa mak ayah, bimbing mak ayah untuk kembali pada fitrah. Tanya dah solat atau belum, ingatkan untuk selalu zikir, banyakkan ingat Allah, bukan tanya ayah nak makan apa, nak melancong ke mana..."

Abah mula bersuara. panjang lebar memberikan contoh.

"Tapi kan bah, angah rasa ramai anak-anak yang takut nak tanya mende2 camni pada ayah mak, anak-anak rasa segan nak tegur bila berkaitan dengan agama"

"Sebab tu lah, masa anak-anak kecil, ayah tak sepatutnya didik anak untuk takut pada dia, tapi ajar anak untuk takut pada Tuhan. ajar anak solat, bukan masa ayah ada je, tapi sebab perintah dari Allah, untuk kita sedar hakikat kita sebagai seorang hamba, perlu patuh pada Tuhannya"

"Maknanya, memang nak kata sangat penting la kan, pendidikan sejak dari kecil ni?"

"Haah lah. Tarbiyatul aulad. bila tarbiyah betul sejak dari kecil lagi, bila dah besar nanti, inshaAllah anak-anak akan tahu sendiri apa tanggungjawab yang sepatutnya sebagai seorang anak pada mak dan ayah"

Senyap.

Abah kembali fokus pada pemanduan.

Saya angguk-angguk sendiri. Uda di tempat duduk belakang memang berangan entah ke pulau mana dari tadi. zzz.

'untuk nak didik anak-anak, maknanya proses pemilihan calon suami/isteri memang yang paling utama kena titik beratkan dalam sebuah keluarga, kan?'

err. saya hanya mampu membuat kesimpulan dalam hati.
bimbang jika diluahkan, mungkin akan membuka jalan untuk abah berbicara soal lain pula nanti. ;p

...

'Abah, terima kasih. sebab suka bagi 'taujihat' dengan cara macam ni. angah suka.
walaupun abah suka bagi contoh orang lain, tapi angah tahu, indirectly kami anak-anak faham, abah nak wake me up tentang tanggungjawab yang sepatutnya kami lakukan sebagai seorang anak kan?

inshaAllah, kami nak jadi anak-anak yang soleh solehah buat keluarga, nak bagi manfaat kepada orang lain, dan paling penting lagi untuk agama biidznillah'


moga abah dan mak sentiasa di bawah jagaan Allah,
dilapangkan dalam segala urusan,
dan dimakbulkan segala doa.

Allahumma ameen.

:)

p.s : salam aidilfitri buat semua, mohon maaf atas segalanya. keep praying to those in Egypt, Syria, Palestin and Ummah all over the world ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...