Sunday, June 30, 2013

www.tudungnur.com : Ceritaku dan tudung Bidang 60



Bas T603 meluncur laju. Mulutnya masih tidak henti-henti bercerita perihal seorang teman yang sudah berubah dari free hair kepada memakai tudung. Kakak di sebelahnya tersenyum sahaja.

“Apa kata lepas ni, Iffah pula yang start pakai tudung labuh”

Senyap. Dia senyum tapi tidak sepenuhnya. Dibiarkan saranan penuh kebaikan kakak itu sepi seketika. Entah kenapa, hatinya sedikit terguris. Tidak cukupkah lagi dengan tudungnya yang melebihi syarat wajib menutup aurat? Mungkin bezanya, dia bertudung bawal dan kakak bertudung labuh, dan tambahan lagi kakak bertudung labuh bulat berjahit tengah.

Teringat arahan emak pada suatu masa dahulu.

“Mak tak nak tengok dah angah pakai macam ni”

Err. Diteliti pakaiannya setelah pulang balik bermalam dari sekolah menengahnya. Ber’t-shirt’ hitam, ber’slack’ putih dan bertudung bawal putih dipinkan rama-rama. Dia mungkin kelihatan biasa pada pandangan gadis seusianya, tapi bukan pada kaca mata seorang emak.

Hanya kerana dia memakai seluar?

Atau mungkin t-shirtnya yang tidak begitu labuh?

Atau… tudung bawal yang sedikit jarang?


Dia jadi hairan, hatinya memberontak. Perlu ke pakai tudung labuh segala, sedangkan syarat wajib bertudung adalah melepasi dada? Dia tidak mahu menjadi sebagaimana yang lain. Dia mahu menjadi Muslimah yang tidak terikat dengan fesyen tudung labuh yang pada pandangan matanya, seperti gaya orang dulu-dulu. 

Pernah satu ketika semasa mahu memilih baju untuk malam pra graduan semasa pengajiannya,

“Saya tak nak pakai baju yang orang akan ‘expect’ saya pakai. Gaya drama nur kasih ke, fesyen jubah berniqab ke, taknak.”

Jahil nya dia dahulu. Langsung tidak merasa ‘Izzah dengan pakaian Islam.


Hatinya kosong.  Mencari arah tuju dalam hidupnya yang dia sendiri tidak pasti. Dia tahu, hakikat kehidupan bukan sekadar belajar, bekerja, berumahtangga dan menghadapi hari tua. Tapi ada sesuatu yang lebih besar, yang dia perlu merungkaikan apa dan persoalan itu semakin berserabut di benak kepala. Tanpa dia tahu, persoalan itu yang bakal merubah hidupnya selepas ini.

Bulatan gembira. Alhamdulillah, dia dipertemukan dengan usrah yang pertama melalui perantaraan seorang teman. Dia mula faham tentang Islam, mula jelas dengan apa yang dicari dalam hidupnya, mula kenal dengan Penciptanya.

Allah Allah.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan”

Dia mula kurang selesa dengan tudung bawal, mungkin kerana faktor utamanya yang nipis dan jarang, dan bermula dengan tudung Akel bidang 50 dia nekad untuk berubah. Bukan dia tidak perasan teman sekuliah bercakap tentang penampilan barunya, tapi dia senyum sahaja. Adatlah, bila seseorang mahu berubah. InshaAllah, Allah kan ada.

Pernah semasa menghadiri temuduga, dia cukup bimbang. Orang lain memakai seluar, berkemeja, bertudung dirias secantik mungkin. Tapi dia? Dia rasa malu juga bila bertudung labuh, bimbang di reject awal-awal permohonannya. Segan kerana persekitaran sekelilingnya tidak begitu menggalakkan untuk dia berpakaian sebegitu. Nipisnya pergantungan dia dengan Allah waktu itu. 

Tapi bila di’pause’, berfikir dengan nilaian iman, dia percaya, temuduga itu makhluk Allah, penemuduga itu juga makhluk Allah sebagaimana dia. Dan bila mana kita yakin semuanya adalah makhluk Allah, maka Allah jualah yang memegang hati-hati kita semua. Berdoalah, dan mengharaplah hanya kepada Dia. Dalam bilik temuduga, ada 6 lagi calon yang bersama dengannya. Dia menjawab dengan sepenuh mampu, dan  dihujungnya disandarkan tawakkal kepada Tuhan Yang Satu. 

Alhamdulillah, dia lulus dalam temuduga itu. Benarlah, ALLAHU AKBAR! Allah Maha Besar.


Suatu petang penghujung tahun 2012, satu kiriman pos laju tiba di rumah. Tertera nama dan alamat rumahnya di atas sampul berwarna coklat. Bibirnya mengukir senyum. Dari siapakah agaknya? Tangannya pantas mengoyak dan mengeluarkan bungkusan lembut. Sehelai tudung hitam. Namun tudung itu bukan tudung biasa yang dipakainya. Tudung ini besar, berbidang enam puluh. 

Setelah beberapa lama sudah selesa dengan tudung lima puluh inci, dia mencuba tudung baru buat kali pertama.  Ada satu perasaan halus yang menyelinap ke dalam hati. Rasa lebih selamat bila memakainya. Ternyata ayat Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59,

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”

“…sehingga mereka tidak diganggu…"

sangat kena dengan apa yang dirasanya saat itu. Allah Allah.

Benarlah, "Bila Allah mahukan kebaikan dalam diri seseorang, Allah akan berikan kefahaman dalam bentuk agama"

Bukan sahaja terasa selamat, malah dapat mengekang nafsunya untuk ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Ikhtilat dengan bukan mahram juga, dijaga sebaiknya supaya nanti tidak timbul fitnah pada agama.

Allah sayang akan dirinya. 
Allah sayang kita semua.

Sebab itulah perintah-perintahNya diturunkan, semata melindungi umat manusia.


“Angah ingat nak beli tudung la, Kak Long”

“Angah dah tengok tudung kat kedai tudung seberang jalan rumah kak long ni?”

“Belum lagi. Cantik ke Kak Long?”

“Haah, cantik-cantik ngah. Memang kedai tu jual tudung labuh. Ada website dia kalau angah nak tengok-tengok dulu”

“Oh yaa? Apa nama website tu”



Senyum. Rupanya Dia mudahkan lagi usaha untuk istiqamah memakai tudung labuh dengan menghantarkan Along dan Kak Long menyewa rumah berdekatan kedai i-NUR Muslim Fashion. Sudah beberapa kali kakinya menyinggah di kedai hujung di Taman Gombak Ria itu. Alhamdulillah. Segala Puji Hanya Bagi ALLAH.

...

Alhamdulillah, kehidupannya kini bertukar seratus lapan puluh darjah, atas kehendak dan kudrat Allah jua. Ternyata, untuk transform dari seorang yang tidak tahu apa-apa kepada menutup aurat dengan sempurna bukan mengambil masa sehari dua, atau seminggu dua, tapi perlunya kepada mujahadah yang begitu tinggi dan kefahaman yang sebenar. Dia sedar, semua orang mampu berubah, asalkan ada kemahuan yang jelas dalam hidupnya. Dan jangan sesekali memandang rendah pada yang lain, kerana setiap dari kita melalui pengalaman yang berbeza. 

Hakikatnya, perubahan perlu disertakan dengan kefahaman, bukan ikutan, bukan fesyen dan trend semata. Ramai orang boleh berubah pada zahirnya, tapi yang dinilai di sisi Allah adalah Taqwa. Sejauh mana kita mampu menterjemah kefahaman melalui amal kita sehari-hari. Ihsan dengan Allah di mana-mana.

Menjadi solehah bukan dinilai melalui labuhnya tudung, tetapi melalui pancaran akhlak dan iman. Jujurnya, bukan mudah tetapi harus berusaha!

Betulkan niat kerana Allah, ikhlaskan hati, banyakkan berdoa, semoga kita sentiasa istiqamah di atas jalanNya.

Bertudung labuh bukan bererti sempurna, bebas daripada dosa, tapi salah satu daripada proses mendidik hati, mencari redha Allah.

Dan kini, proses tarbiyah itu tidak akan pernah terhenti. Dia masih lagi belajar, mendidik hati, mengubah diri untuk menjadi yang lebih baik, dan mengajak yang lain untuk turut sama melakukan kebaikan, InshaAllah. 


"Cantik palsu diseri dengan make-up, cantik sebenar diseri dengan iman"-saya

"Setiap orang  memiliki pengalaman yang berbeza, dan yang pasti kita semua sedang bertatih  menuju destinasi yang sama, inshaAllah" - dia

Saturday, June 8, 2013

'ke taman syurga bersama-sama, jom?'

Laila termenung seketika memandang skrin nota galaksi di hadapannya. Jelas kelihatan mesej masuk dari group whatsapp 'Girls Rock!'.

'Jom weh! hangout dekat Bangsar. dah lama tak tengok handbag lawa-lawa kat sana' -Tasha.

hangout? lepak? akalnya mula berfikir sesuatu. bukan dia tidak mahu lepak keluar bersama-sama 'so called BFF' nya - Hannah, Tasha dan Yaya - tapi dia seolah-olah tawar. hatinya jadi kering.

...

"Laila ok ke? tak nak tambah ke satay yang sedap tu? daging dia best tau"

"hah? takpe2. ni pun dah kenyang dah. sebelum keluar tadi dah makan 2 keping butterscotch dah "

"ohh ye ke. kalau camtu, kalau ada lebih nanti ambik la bungkus. bawak balik bagi housemate sikit"

kak Farah senyum. ramai tetamu lain sudah berangsur pulang. hari selasa malam setiap minggu, pasti ada perjumpaan khas di rumah kak farah, untuk berbicara tentang ilmu.

"Akak, betul ke  kita kena choose betul-betul kawan baik kita?"

"hm, maksudnya?"

"macam Ustaz tu cakap tadi, kena cari kawan yang boleh buat kita dekat dengan Allah, sebab kawan kita ni la yang jadi satu sebab kita masuk syurga atau neraka di akhirat nanti"

"ohh"

"akak tahu kan kawan saya camane. saya nak tegur, tak berani. sebab saya pun dua kali lima macam diorang jugak. akak faham-faham je la, kalau dah lepak hangout tu, selalu nya mesti terlepas solat. tengok movie 6.45 ptg, keluar-keluar dah masuk waktu isyak. terus maghrib tah ke mana. kalau sempat pun, mesti semua tak lalu nak guna telekung surau tu, busuk lah, kotor lah, apa lah. kalau nak guna pakaian kami pun, sah2 tak lepas nya solat kitorang..."

...kadang-kadang kawan-kawan bawak couple keluar sekali. kalau dah makan satu meja tu, akak tahu2 je la tangan tak kesah dah nak landing atas siapa pun. astaghfirullah.. akak, banyaknya dosa saya kaaaaaakk"

Laila tahan sebak.

"saya dah tak tahu nak start dari mana dah. agak-agak Allah pandang lagi ke saya ni..." Matanya mula berkaca.

"Laila.... meh duduk sebelah akak, meh"

tangan Laila dipegang lembut. dipelukya dari sisi, dan dibiarnya kepala Laila jatuh ke bahunya.

"Allah tak pernah menzalimi hambaNya walau sesaat pun, sebab Allah Maha Pemurah, Allah Maha Penyayang. Cuba Laila ingat balik, masa Laila tak solat tu, pernah tak Allah tak bagi Laila makan, tak kasi Laila bernafas? Laila still boleh buat aktiviti macam biasa kan,  walaupun hakikatnya ingatan kita bukan pada Dia.

Subhanallah! Sayangnya Allah pada hamba-hambaNya. Allah tetap bagi nikmat yang sungguh banyak. dan sekarang ni pun, Allah gerakkan hati Laila untuk sedar semua ni sebab Allah sayangkan Laila. inikan pula bila ada hambaNya yang nak patah balik, nak kembali pada Allah, takkan Allah tak terima kan?"

ada nada serak di hujung bait kata Kak Farah.

"pastu, kawan-kawan saya camane kak? saya sayang dorang. since college we were together, sampai sekarang semua dah ada career masing-masing dah, takkan saya nak lari tinggalkan dorang?"

"ehh, jangan. never run Laila. it couldnt solve the problems either"

"tapi saya risau. what if bila dah ada perasaan nak jadi baik ni, then tiba-tiba bila dengan dorang, saya tak kuat, mula jadi macam saya yang dulu balik. "

"that's why, the first thing Laila kena buat, jaga solat. sebab solat tu asas perhubungan kita dengan Allah. nak keluar sama-sama boleh, tapi kena sentiasa beringat. if possible, kalau dah rasa yakin sikit, ajak jemput datang ke rumah akak. kita makan sama-sama cam biasa. "

"ohh inshaAllah kak"

"satu lagi, dik. kalau pun kita takde kawan yang boleh ingatkan kita pada Allah, we try to be one. besar pahala nya tu, kalau kita boleh ajak kawan untuk buat baik, jadi baik. "

Laila senyum. Perkenalannya dengan Kak Farah bermula di surau tingkat bawah suria Klcc. dia waktu itu keseorangan kononnya mahu melepaskan penat setelah ber-window shopping dengan kawannya yang lain. Tiba-tiba Kak Farah menegur, bertanyakan pin lebih untuk dipinkan pada tudung untuk solat. Laila agak teruja melihat perempuan muda yang solat hanya menggunakan pakaian yang dipakainya, tanpa perlu menggunakan telekung yang sedia ada.

"heh, mengelamun apa lagi ni? tak nak balik rumah ke? jom akak hantar"

'terima kasih Allah, alhamdulillah. sebab temukan aku dengan kakak mata bulat ni' Laila bisik dalam hati.

...

nada mesej masuk berbunyi lagi. entah kali yang ke berapa. eh. 53 unread messages. di bacanya satu persatu. sampai ke hujung.

'ok, Tasya on, Yaya on, Laila camane? dah tido ke apa budak sorang ni?' - Hannah

'Laila lollipop ~~~ where are youuuuu' - Yaya

'Oh maii gaddd, she s sleeping already. awainya tidoq' - Tasha

mesej di taip, dipadam balik. taip lagi.

'oh when y'guys going?'

'yeay! dah bangun anak mama. good morning lol' - Tasha

'esok. i ll fetch u kat rumah, ok? - Hannah

'ok'

mesej dibalas pendek.

...

"laila, ko ni kenapa? senyap je memanjang. pms ke?

"haha tak lah"

"habis tu, if ada masalah, just spill it out."

"i m okay guys. seriously. just tengah fikir few things ttg life, death, hereafter, syurga, neraka. korang pernah terfikir tak, even a single thought? "

"oh ingatkan apa tadi."

masing-masing kembali mengadap menu masing-masing.

pertanyaan Laila dibiar sepi.

"aku bukan tak terfikir, kadang-kadang tu terlintas jugak. tapi tu la, nanti kang kalau fikir lebih-lebih jadi macam ko ni la. depressed, down, lost apetite, passive, tak chillax. sebab tu aku malas nak ambik pusing sangat"

"Tasha, i m not depressing, i m reflecting. i m trying to change myself, to be a better me and i hope you guys too...
.
..free tak selasa malam next week ?ak ingat nak ajak korang makan-makan .who's in? "

meja mereka kembali sunyi. biar suasana food court semakin hiruk pikuk.

tiba-tiba Hannah yang dari tadi diam, mencelah,

"I'm in"

Laila senyum.

"me too"
giliran Yaya pula.

tiga pasang mata kini memandang Tasha yang buat-buat tak tahu sambil tangan menyuap fries.

"ok ok, surrender. aku tahu korang mesti tak cheria kalau aku tak join kan?"

haha.
masing-masing dah buat muka toya.

'Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. bukankanlah pintu hati kami untuk kembali kepadaMu'
bisik Laila, penuh harap.

walaupun dia tahu dia mungkin bertemu ramai lagi kawan selepas ini,
dia takkan sesekali tinggalkan mereka yang sentiasa ada dalam hidupnya selama ini,
yang menangis bersama-sama, ketawa bersama-sama, dan kini cita-citanya bertambah,
untuk bersama-sama mereka juga di syurgaNya. inshaAllah.

'Hannah, Tasha, Yaya,
aku sayang korang, kerana Allah.'
:')


"kita mungkin silap pada langkah pertama, tapi kita masih boleh mencuba langkah kedua. dan moga-moga ianya boleh membawa kita ke syurgaNya"  -saya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...