Sunday, January 20, 2013

kerana kita, insan istimewa

Assalamualykum,

Kanak-kanak lelaki itu terdiam,
dia tidak tahu membaca,
huruf-huruf yang dilihat di atas muka buku bahasa inggeris itu seakan-akan menari,
dan dia tidak bohong.

namun, guru kelas semakin meninggikan suara,
diingatnya murid itu memerli,
siapa percaya huruf-huruf itu boleh menari?

akhirnya murid itu diarahkan keluar dari bilik darjah,
dengan alasan tidak tahu membaca dan memerli guru.

murid itu lama-kelamaan semakin bosan,
banyak termenung, berkhayal,
umur semakin meningkat,
namun darjahnya tetap sama,
gelaran bodoh, lembab rasanya kian sebati,
bukan dia tidak mahu berjaya seperti yang lain,
tapi apakan daya,
dia tiada upaya.

kerana dia,
dilahirkan istimewa.

.
.
.

ini,
sedikit sedutan satu cerita,
cerita hindustan yang luar biasa!



'Every child is special'
tagline cerita ini ringkas,
tapi besar ertinya.

kerana setiap dari kita,
diciptakan dengan keupayaan yang berbeza,

Allah Maha Adil, kan?
tidak akan pernah dibiarkan kita dengan kelemahan semata-mata!

ada yang pandai bercakap,
tapi kekok dalam penulisan.

ada yang ayatnya bombastik mengalahkan sastera,
tapi sedikit gementar berhadapan khalayak ramai.
Allah beri kita kelebihan,
dan Allah juga beri kita kelemahan,

dan kelemahan bukan untuk dibiarkan,
namun kelemahan itu perlu diatasi,
bukan untuk mengejar sempurna,
kerana sempurna itu bukan dimiliki manusia,
tapi menuju prinsip kesempurnaan itu, perlu!
yeah!
semangat!

mari!
mencari logam di dalam diri,
untuk kita gunakan dalam mencari redha Ilahi!
seeking mardhatillah,
:)

gunakan kelebihan yang kita ada, untuk sebar agama Allah seluasnya,
fotografi, penulisan, vlog, blog dan medium yang lainnya,
namun yang paling utama, peribadi kita adalah islam yang bergerak.

setiap orang tahu,
dan setiap orang mampu.
inshaAllah.

percayalah,

"Air yang tenang jangan disangka tiada buaya"

dan 

"Plastik coklat M&M jangan disangka tiada cincin berharga!"

hehe.
peribahasa kedua ni saya reka,
berdasarkan kisah benar. (attn : jijah)

saya : entri ini setahun yang lalu. tapi baru hari ni nak publish ;)


Saturday, January 5, 2013

haih bagaikan air lalu je?


Assalamualaikum.


"Ok dah. Fiq, jom solat"

"Cepat gila ko ambik wudhu"

"Habis nak buat apa lama-lama? aku jimat air maktab la"

"Tak de la, macam ekspres sangat je aku tengok"

"Alaa wudhu'  je kan?"

"Errrk wudhu' JE kan?"

Jai angkat bahu. mungkin tak tahu nak cakap apa dah.

..

"Kita kalau nak pergi interview, bukan main seminggu sebelum tu dah buat preparation nak pakai baju apa, apatah lagi kalau nak g dinner kan?  nak nampak kemas, unique dari yang lain, nak bergaya habis la, tapi kenapa kalau bab nak 'bertemu' dengan Allah kita main hentam semborono je?"

Syafik teringat kata-kata naqib yang baru dia jumpa seminggu lepas.

...

"Eh Syafiq. ko ni kenapa? dah-dah la berangan. jom zohor, perut aku dah bunyi ni. kejap lagi dewan selera tutup pulak. hari ni aku baca menu lunch ikan jaket kuah asam. perghh lama kot tak makan"

"Sorry geng. jom jom"

...

"Jai, kalau ko jadi manager nanti kan, ko nak tak pekerja ko pakai selipar, baju tak tuck in, rambut kusut makai. ko suka tak?"

Bersungguh-sungguh Jai suap nasi yang dah digaul dengan ikan cencaru yang dah dicicah air asam masa Syafiq tanya soalan.

"Of kos la tak. macam orang takde semangat nak pergi keje je camtu."

"Waah tahu pun. eh ko nak jadi manager company mana nanti?

"Haha entah. ceh gaya ko tanya macam dah habis degree je. eh kita spm pun tak habis lagi ni"

"Aah kan. haha. well angan-angan tu kan penting. sebenarnya bila kat surau tadi, lepas aku tengok ko ambik air sembahyang cepat sangat aku terfikir satu mende la. kita selalu nak impress depan manusia lain, tapi depan Allah kita selalu main aci redah je"

"Tak faham"

"Takde la, maksud aku kita tahu je wudhu kan memang wajib sebelum kita solat. nanti ko boleh check dalam surah maidah, ayat 6. tapi biasa kita buat main-main hulur je muka, tangan, kepala, kaki kat air. ok dah, siap. habis cane nak khusyuk dalam solat kalau dah step mula-mula pun kita fail?"

"Ok. got it. kau nak kaitkan aku tak suka pekerja aku kalau dia serabai, tapi bila time aku nak solat tadi, ko tengok macam aku tak bersungguh pun ambik wudhu eh? so biasa ko buat camane?"

"Exactly. Aku pun mula-mula tak tahu jugak. tapi macam aku baca dalam buku hari tu, wudhu ni bukan sebab nak basuh anggota luaran je, tapi nak cuci hati kita sekali. sebab bila dah start solat, kita dah bersedia nak mengadap Allah. masa basuh muka tu, dalam hati baca niat ambil wudhu dengan mintak pada Allah supaya wajah kita putih dan berseri masa hari akhirat nanti. sama jugak, bila basuh tangan kanan, kita mintak supaya tangan ini lah yang akan terima buku amalan di akhirat kelak. dan bila basuh tangan kiri kita doa supaya bukan tangan ni yang terima buku amalan tu. kita basuh rambut dan doa semoga  rambut ini dijauhkan dari panas api neraka dan telinga pula dijauhkan dari mendengar perkara-perkara yang lagha"

"Wahh panjang pulak nak doa. sempat ke?"

"Alaa baca dalam hati je. sempattt. lagi pun sunat basuh semua tu kan 3 kali.ni mesti ko buat sekali je kan?"

"Eh suka suka ko je cakap aku camtu. bergantung la kalau ada orang beratur belakang, sekali pun dah ok kan? haa kalau time basuh kaki nak doa apa?"

"Aah. betul la tu. islam kan tak susahkan penganutnya. hmm masa basuh kaki tu,  doala semoga kaki ni ditetapkan masa lalu atas titian sirat nanti"

"Hmm ngeri pulak aku dengar. kalau kaki tak tetap atas tu, kita dahh..."

"Ha betul la tu apa yang ko fikir. mintak dijauhkan nauzubillah. dan lagi satu kalau kita wudhu dengan sempurna, akan gugur dosa-dosa dari celah-celah kuku kita ni"

"Eh macam pernah dengar la. tu hadis dalam tv masa break waktu asar tu kan? wah siap hafal, kaki tv jugak ko ni kan"

"Aishh, sikit-sikit je. tak leh challenge ko lagi. siap hafal iklan tu"

"Eh eh aku pulak  yang kena. so lepas ni kena ambik wudhu perlahan la ni?"

"Bukan perlahan, tapi basuh anggota dengan cermat. jangan nak membazir air pulak. mula-mula aku pun tak biasa. lama-lama inshaAllah, usaha tu penting kan? at least kita cuba. tapi jangan lupa amalan sunat lain, baca doa lepas wudhu semua tu. mudah-mudahan kita dapat istiqamah dan doa-doa ni yang bantu kita di akhirat nanti inshaAllah"

"Ameen. erm, Syafiq, thanks tau."

"Asal pulak ko ni? tiba-tiba nak tacing"

"Sejak aku kawan dengan ko, banyak yang ko dah bantu aku"

"Alaa, kita sama-sama share la. sebenarnya kalau ko nak lagi clear, lagi best kalau baca buku pasal bersuci ni. lagi pun, yang mana aku tak tahu, ko pulak yang topup aku. "

"Tapi kali ni aku betul thanks... and sorry"

"Sebab?"

"Ko tak perasan ke aku dah makan ko punya tembikai susu dari tadi?"

"Whaaaaaaat? aku dah lama mengidam tembikai susu *ds ni. Jaaaaiiiiiii...."

...

"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kaki mu sampai ke kedua mata kaki..."
[Al Maidah ; 6]

Nabi bersabda , "Sesiapa yang mengambil wudhu dengan sempurna kemudian dia berdoa [doa selepas wudhu], akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka" (HR Tirmizi)



ps;
*ds = dewan selera

saya : dah hafal doa selepas wudhu? jom sama-sama hafal dan amal ! *aman*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...