Posts

Showing posts from October, 2012

perjalanan mencari cinta.

Lepas dari balik jumpa Imad, aku rasa macam serba tak kena. Nak kongsi masalah aku dengan dia boleh je. Sebab dia pun dah berubah lepas balik dari UK tahun lepas. Mungkin dapat hidayah kat negara sana. Kot. Tapi aku kalau boleh tak nak ganggu dia. Mesti tengah pening-pening nak fikir majlis kahwin dia, dengan kerja lagi. Hmm.
Turun dari lrt, naik motor. Singgah ke tasik titiwangsa sebab macam malas lagi nk balik rumah. Ramai jugak orang time tu. Aku jalan je. Tiba-tiba tengah jalan tu, ada orang langgar dari depan.
‘Eh sorry bang. tak sengaja’
Aku pandang. muka still mencuka.
‘Abaaaang Ayid! Abang ayid kan? Kenal lg tak sy?’
Ohh. Junior sekolah dulu. Apa tah nama dia. Memang banyak mulut sikit budak ni.
‘Alaaa Qayyum la ni. Eh abang, jom la join kitorang makan depan sana’
Dia tunjuk kat satu bangsal ada bumbung. Dalam 4,5 orang jugak member dia kat sana.
Tiba-tiba je dia ajak. Dan tiba-tiba jugak aku ikut. Entah kenapa aku rasa dari aku jalan tak de arah tujuan camni, better ikut je la jun…

perjalanan mencari.

Entah kenapa aku rasa sayu. Aku dah lama tak pegang Quran. Last pegang surah Yasin time arwah tok teh meninggal masa bulan puasa hari tu. Tu pun pegang saja, sebab nak baca ikut orang ramai, segan. Sebab cara nak baca, tajwid semua pun dah ingat-ingat lupa. Huh. Teruknya aku.
Lama aku renung,tiba –tiba dia angkat kepala. Aku jadi terkejut. Dia tunduk. Malu mungkin bila dipandang begitu. Tren berhenti, dia keluar.
Oh. Dia turun kat Masjid Jamek. Hmm mesti shopping kat Jalan Tar la tuh. Perempuan~

Sampai PWTC, aku turun, jalan kaki masuk The Mall. Kaki terus menapak ke Kenny Rodgers belah atas. Masuk-masuk je, Imad dah siap tersengih angkat tangan. Aku duduk. Imad tu kawan lama, time sekolah asrama dulu. Sekarang dah kerja kat audit firm. Saja ajak keluar weekend, sebab dah memang lama gile tak jumpa. Biasalah kalau dah jadi auditor tu, siang malam pagi petang kerja. Takde life langsung.
‘Eh ingat lagi tak Timah?’ Tiba-tiba Imad bukak cerita. ‘Timah mana?’
‘Alaa. Ada yang selalu fly dulu tu…

perjalanan.

Dia mengeluh. Asap rokok dihembus. Puntung rokok masih di tangan.
Sampai bila aku nak jadi macam ni. pagi bangun naik motor, kerja. Balik petang main futsal. Malam lepak kedai mamak.kadang-kadang tengok bola. Kadang-kadang sembang. Kadang-kadang join tengok member race motor. Shisha di'order' buat hilang stres kerja. Hidup aku macam tak ubah macam robot. Aku bosan. Serius bosan.

Aku rasa hidup aku takde tujuan.
Aku rasa hidup aku tak tenang.
Aku rasa hidup aku. Kosong.

Aku ada duit.
Aku ada rumah.
Aku ada kereta.
Aku ada mak ayah.
Aku ada ramai member.
Tapi hakikatnya…
Ada satu yang aku hilang.
Aku kosong tanpa. Tuhan.

Aku malu nk mengaku. Tp ini kenyataan. Berapa banyak kali solat dah aku tinggal. Kadang-kadang lupa. Kadang-kadang tangguh-tangguh tapi tak buat. Kadang-kadang buat tak endah je. Banyak aku bagi alasan kalau member ajak pergi masjid. Apatah lagi kalau ada ustaz bagi kuliah. Aku jadi…segan.
..
Aku malu dengan tuhan.

Aku teringin nak jadi macam orang lain. Tapi aku tak tahu

dia budak biasa, ke sekolah agama.

Image
Assalamualaikum.

: untuk semua pelajar sekolah agama.

hari pertama dia menjejak kaki ke sekolah ini.
semua pelajar banat (perempuan) pakai purdah, jujur, dia rasa malu amat. kerdil amat.
dia tak nak duduk sini!
tapi jeritan dia tak siapa yang memahami,
pakaian dia biasa-biasa saja. dan hari pertama ke sekolah dia memakai seluar,
bertambah rasa malu, bertambah rasa 'tak-layak'nyaaaaaaaaaa.

tapi diturutkan jua.
dan kisahnya di sini, bermula.

'kisah budak biasa masuk ke sekolah agama'
errk. kena pakai tudung setiap kali keluar bilik? padahal jarak bilik dengan tandas hanyalah 10 langkah atau mungkin jugak kurang.

kena pakai baju kurung dan jubah je bila nak keluar pergi makan?

dan banyak lagi yang lainnya sekolah ini dibandingkan sekolahnya dulu.

sesi pembelajaran sehingga jam tiga setengah petang,
terdapat tiga aliran, Akademik Tahfiz, Akademik Syariah dan Tahfiz Sepenuh Masa.
sesi pagi bermula dengan halaqoh, masa yang diisi untuk menghafaz dan bertilawah,
pelajar perem…