Saturday, January 28, 2012

#6: Boleh saya.. berhenti di sini?

Salam alykum,

Dia termenung lagi,
menghadap akta-akta tersusun,
Companies Act 1965,
itu belum masuk IAS, dan standard lain yang perlu dipatuhi,
err, bukan.
yang perlu dihafal untuk test esok hari.

dia jadi hilang semangat,
entah.
satu perasaan malas dan 'untuk-apa-aku-belajar' muncul.

dia tidak tahu sejak bila dia berperasaan begini,
tapi yang pasti,
dia mula ingin berubah,
kembali kepada fitrah.

dia sedar hidup ini bukan untuk dunia semata,
dia tahu dia tidak mahu pengakhiran hidupnya sia-sia,
kerana dia,
mahu masuk syurga!

dan kerana itu,
dia jadi 'down'.
kenapa harus belajar tentang dunia?

bukankah kita perlu mengejar akhirat?
beramal sepuas-puasnya,
mengumpul bekal sebanyak-banyaknya,
menyiapkan diri mencari pahala.

bukan berhempas pulas menghafal segala macam standard audit yang confirm tidak akan ditanya di 'sana'.

arggggghhhhhhhhh.

tensinya memuncak.

diambilnya wudhu',
beristighfar,
diambilnya tafsir hijau di rak sebelah meja.

matanya seakan lekat di satu ayat,
Surah Jumuah, ayat 10,

"Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi, carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung..."



...

awak,
pernah rasa macam ni?
aah. saya pun.

tapi bila renung balik 'surat-surat cinta' dalam Al-Quran,
Allah suruh manusia bertebaranlah cari rezeki,
seperti dalam surah Jumuah ni.
mencari harta, berkahwin, mempunyai zuriat yang soleh-solehah,
membina masyarakat muslim dan seterusnya meniti tangga-tangga dalam mencapai ustaziyatul alam.

kenapa Allah tak suruh kita solat dan berpuasa sahaja di dunia?

sebab Allah cipta manusia dengan fitrah.
dan Allah tak larang untuk kita menikmati kenikmatan dunia (in a halal way)
tanpa pernah melupakan akhirat.

sebab pakej-pakej inilah yang akan menambah pahala sebagai bekal ke akhirat.

awak mungkin pernah baca satu hadis Nabi SAW ni,

seorang sahabat telah menghabiskan malamnya untuk bersolat malam,
dan siangnya dia berpuasa,
isterinya mengadu kepada Nabi SAW,
dan awak tahu apa sabda Nabi?
Nabi pesan pada sahabat,
"Jangan kamu lakukan itu. Sesungguhnya matamu memiliki hak atasmu, tubuhmu memiliki hak atasmu, dan keluargamu juga memiliki hak atas mu. Maka solatlah dan tidurlah. Dan puasalah, lalu berbukalah."
(HR Bukhari)

Rasulullah pun melarang sahabatnya berlebihan dalam beribadah,
bersederhanalah.


siapa lagi qudwah hasanah yang terbaik kalau bukan Rasulullah SAW, kan?

Islam ini wasatiyyah (seimbang),

kita tak boleh nak terlalu ekstrim dalam mengejar akhirat,
dan kita juga tak boleh nak remehkan hal dunia.
"kejar akhirat tanpa meminggirkan dunia,
dan jangan terlalu taksub dengan dunia, sehingga melupakan akhirat"

...

berbalik kepada kita,
kenapa perlu rasa tak ada semangat untuk belajar,
sedangkan belajar juga adalah satu ibadah?
dan setiap ibadah yang diniatkan kerana Allah, akan diberi ganjaran pahala.
InshaAllah.

betul,
kita mungkin tak nampak secara langsung kaitannya apa yang kita belajar dengan manfaat kepada agama,
tapi kita kena ingat,
belajar ini sebagai satu loncatan kepada kita untuk bekerja kelak,
untuk menjamin kelangsungan hidup kita di dunia.
dan dengan hasil dari usaha kita,
kita mampu melunaskan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa,
nafkah kepada ahli keluarga kelak,
sedekah, dan mengeluarkan zakat,
membelanjakan harta ke jalan Allah.
bukankah itu penting untuk agama?

awak,
apa pun awak fikir sekarang,
kena habiskan apa yang kita mulakan,
dengan bersungguh-sungguh.

Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' 
(Riwayat Abu Daud).

jangan sampai kita jadi fitnah kepada dakwah itu sendiri,
"Dia tu sibuk sangat belajar agama, sampai terlepas exam petang tadi"

Astaghfirullah.

belajar agama itu tidak pernah salah,
tapi kita sebenarnya yang lemah.

ini jalan yang kita pilih.
dan kena keep on doing.

awak boleh nak putar masa,
kembali kepada umur 7 tahun  dan daftar di sekolah pondok?

tak, dan takkan boleh!

sebab Allah cipta kita dengan kebolehan yang tersendiri untuk menegakkan agama Allah.
Allah knows whats best for us, kan?

para huffaz, para asatizah, para ulama', para umara',
dan kita, para pelajar,
ada peranan masing-masing.
dalam menyebarkan dakwah.

dan yang paling penting,
kena sentiasa ingat,
belajar ini bukan matlamat,
tapi matlamat kita Allah,

belajar ini hanya alat,
untuk kita lebih dekat dengan Allah.
untuk kita lebih kenal dengan Pencipta kita.


architecture, engineering, medic, accounting, photography,design, media
semua ilmu ni kan datang dari Allah.
sebab itu bila kita nak mudah faham belajar,
kena sentiasa dekat dengan Allah.
best kan bila kita belajar, buat kita rasa makin jatuh cinta dengan Allah.
seronoknyaa!

dan dalam masa yang sama,
cari ilmu Allah sebanyak-banyaknya,
sebab,
time belajar ini lah kita punya banyak masa free.
kalau nak dibandingkan bila kita kerja nanti.

bila ada fikiran jahat, rasa nak give up dari belajar,
malas, putus asa,
cepat-cepat tepis dengan istighfar.
syaitan tak akan senang duduk bila kita gigih berusaha untuk kejar redha Allah,

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." 
(Al-Baqarah,2: 155)

banyakkan doa,

'Ya Allah, aku belajar untuk mengangkat darjat diri hanya keranaMu, Ya Allah'
moga Allah tetapkan hati kita,
untuk terus istiqamah dalam menuntut ilmu,
dunia dan akhirat.

kita nak jadi muslim yang berjaya kan?
fi dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah.

need to be remembered,
always.

jadilah wakil Allah yang disegani,
bukan hanya dengan ketinggian ilmu,
tapi dengan keluhuran nurani.

jom sama-sama!

"Matlamat kita mencari redha Ilahi, tapi jangan lupa kaki kita masih menjejak bumi! :)"

...

maaf. ambil tanpa kebenaran :(


kata saya :
saya cemburu dengan orang yang ber'seni'. dan saya selalu impi saya juga punya 'seni'. tapi saya tahu mustahil kerana saya ini 'si tangan kayu' yang tidak pandai 'seni'. setiap orang diberi kemahiran yang berbeza kan? jadi, bersyukurlah. siapa tahu hasil dari tangan 'seni' itu dapat menarik orang untuk kembali kepada Yang Maha Agung, satu hari nanti?


Monday, January 16, 2012

#5 : apa, awak malu kawan dengan saya?

Assalamualaikum,

we used to be close like this before. 


Awak,
saya rasa kita dah tak rapat macam dulu,
awak macam nak jauhkan diri dari saya,
atau saya je yang perasan eh?

awak malu sebab awak rasa saya dah lain ke?
sebab awak nampak saya macam dah start jadi baik,
dah start baca Quran,
dah mula nak sembahyang jemaah di musolla,
dah mula nak labuhkan pakaian semua,
dah tak pakai shawl singkat macam dulu...

Awak,

awak rasa awak dah hilang sorang kawan yang boleh ber'hu-ha' dengan awak ke?

atau,
awak malu bila ada orang akan banding2 bila awak jalan sebelah saya?

hmm,
awak  rasa terkongkong ke sebab dah tak boleh buat macam-macam sebab bimbang saya akan tegur awak?

atau,
sebenarnya,

awak rasa 'awkward' bila ada kawan yang dah mula pakai tudung labuh macam ni?
.
.
.
.
.

awak,
jangan fikir macam ni.

saya masih macam dulu,
nak share cerita -cerita, nak ajak makan sama-sama, shopping sama-sama, lempar bantal sama-sama, nak buat segala macam aktiviti yang kita buat dulu sama-sama,
tapi mesti dalam lingkungan batas dan syariat lah.
:)
saya rindu sangat saat tu <3

awak,
kalau boleh,
eh bukan kalau boleh,
tapi saya nak awak tahu,

saya teringin sangat nak ajak awak,
nak ajak awak rasa betapa manissssnya Islam tu,
betapa indah dan sempurnanya agama kita!

awak nampak tak, teruja kat muka saya? *.*
se-teruja awak nak ajak saya makan spagheti awak masak tahun lepas!
macam tu la perasaan saya sekarang.

bila kita rasa something yang sedap, manis dan osem,
kita mesti nak share dengan orang lain kan?

dan,
saya nak share ke-osem-an islam tu pada awak... <3

sebab islam bukan hanya sekadar kita sembahyang, puasa, pergi haji,
tapi lebih dari tu,
islam sebagai cara hidup kita,
the way of life.

fitrah kita manusia,
semuanya sama,
nak kembali kepada Allah,
nak balik kepada fitrah...

tapi tak semua yang ikut,
sebab ego kuasai diri,
nafsu merajai hati,
kita fikir nak berhibur je,
sampai kita sanggup lupakan Pencipta kita.
:(

hidup kita bukan berhenti setakat di dunia je kan?
sebab akhirat lah negeri yang kekal abadi.
dan tempat kekal kita sama ada syurga atau neraka.


kadang-kadang saya rasa takut sangat,
gementar,
fikir jawapan apa yang saya nak beri,
bila di akhirat nanti,
Allah persoalkan saya,
apa yang dah saya buat untuk ajak kawan-kawan saya ke arah kebaikan?

saya takut.

ada satu ayat dalam Al-Quran ni,

"Friends on that Day will be enemies one to another, except al-Muttaqoon (i.e. those who have taqwa) "
(Az-Zukhruf 43:67)

"Pada Hari itu , sahabat-sahabat karib : sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang -orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)"

nanti di akhirat,
kita tak boleh nak selamatkan antara satu sama lain,
rapat mana pun kita dulu,
kita akan jadi musuh,
bila persahabatan kita bukan atas dasar iman.

saya tak nak macam tu.
tapi, di mana lagi kita nak cari bekalan amal soleh tu,
kalau bukan di dunia?

awak,
jom.
kita sama-sama.

saya nak sangat pergi 'bulatan gembira' dengan awak,
share ilmu sama-sama,
solat jemaah sama-sama,
tadabbur Kalamullah sama-sama,
pergi dengar ceramah dan tazkirah sama-sama.

semua lah yang dekatkan kita dengan Allah,
semua nak sama-sama dengan awak!
:)

awak jangan fikir saya dah macam ni,
saya dah dikira baik, solehah.
takkkkkkkk.
jauh sekali.
saya pun masih mencari-cari hidayah Allah.
saya pun masih bertatih-tatih nak faham islam sebenar-benarnya.
saya pun masih nak baiki diri ke arah yang lebih baik.

*rasa nak peluk awak erat-erat*

awak,
saya sayang awak sangat-sangat.
saya tak nak jadi kawan awak kat dunia je,
tapi saya nak jadi best friend awak sampai syurga!
inshaAllah.
<3
kita usaha sama-sama ya.

saya faham,
awak perlukan masa,
nak hadam semua ni kan,

inshaAllah :)

take your time dear,
dan saya akan sentiasa doa,
Allah akan buka hati awak,
untuk terima cahaya juga hendakNya.

:")

entah.
rasa sebak sangat-sangat.
tapi ini apa yang saya rasa.
saya tak pernah lupa awak,
dan takkan lupa awak.

sebab awak kesayangan saya,
selama-lamanya.
<3

to be perfect, is a never.
to be better is insyaAllah,
in fact, life is a journey of transformation,
may Allah guided us well. -M
Lots of love, xoxo
your 'bff '(best friend fillah)
'berukhwah kerana Allah'
:)

Thursday, January 12, 2012

#Khas : 100th Itqanul Muluk Bi Ta'dil Al-Suluk


Assalamualaikum :)

*entri ini agak panjang dan banyak rajah. sila bersabar sekiranya sambungan internet anda perlahan :)

beberapa hari sebelum.

"Abah, Itqan Al Muluk bi Taadil Al-suluk tu apa?"

tanya saya dari dalam van.
mata teliti memerhatikan poster yang di tampal di sepohon pokok kelapa berhadapan sebuah kedai.

"Ohh, tu.. undang2 bertulis Islam pertama di negeri Terengganu"

abah menjawab sambil menutup pintu van.
ingin meneruskan jualan roti di kedai-kedai berikutnya.

hati terasa ingin pergi,
tapi dipendam sahaja.
bimbang juga kalau-kalau abah punya agenda lain hari itu.

...


hari sabtu, 7hb.
hari kedua sambutan di Kuala Berang.

Alhamdulillah.
sampai juga di Kampung Gaung,
oh, maju juga Kuala Berang ni. teringat sebutan glemernya 'ja-gaung' yang bermaksud jagung ;p
(err, betul kan, orang KB?)

masuk sahaja di bandar,
mata berpinar dengan ke'terbangan' warna hijau dan biru sepanjang jalan.
lagaknya seperti kempen pilihanraya umum pula.
padahal sambutan 100 tahun perlembagaan Islam bertulis itu sahaja.
pelik bukan kenapa warna biru ikut sekali 'menghias' jalan raya?
fikir saya, "saja la tu. nak tumpang glemer..." hehe.

jalan penuh sesak.petugas unit Amal merata-rata, dengan walkie-talkie di tangan,
bertungkus lumus mengawal kesesakan lalu lintas. jenuh juga abah mencari parking.
sampai di pintu gerbang, kami sekeluarga turun dengan cepat dan kelam kabut dek arahan dari petugas.
dan abah berseorangan, berusaha mencari tempat letak kereta.

dari pintu gerbang, sayup-sayup kedengaran suara Ustaz Azhar Idrus berceramah, mengisi slot pagi hari ini. jam menunjukkan pukul 9.35 pagi.
ada lebih kurang 25 minit lagi sebelum ceramah UAI selesai.
kami lekas berjalan mencari tempat ber'labuh'.
melintasi gerai-gerai baju, cd, kasut, makanan-makanan.
ohh, terasa ingin shopping! hati berkata, "sabar. sabar..."

hehe ;p

kami memilih tempat di bawah sepohon pokok,
Alhamdulillah. strategik untuk emak bersama baby, dan adik-adik.

tempat berteduh. jauh dari pentas utama.

seperti biasa, UAI santai sekali pagi itu. biar hanya nampak bayang-bayang ustaz di atas pentas dari jauh, tapi 'sound system' tidak punya masalah.
ustaz banyak bercerita mengenai sambutan kempen jauhi zina malam tahun baru di Shah Alam baru-baru ini.
betapa anak-anak muda sekarang mula menerima program agama seperti ini.
kita dahagakan program agama.

"Bukan konsert yang kami mahukan, cukuplah ajarkan kami mendekati Allah..."
untuk menyaksikan sedutan ceramah UAI di kuala berang, sila klik sini. 

fenomena UAI di seluruh Malaysia. oh Ustaz :) semoga terus dirahmati Allah.

acara seterusnya adalah persembahan pentomen yang menerangkan secara ringkas tentang
"Itqan Al Muluk bi Taadil Assuluk"

Ia bermaksud Pemerintah Yang Bersungguh-sungguh Dengan Akhlak Yang Adil. Undang-undang ini digubal pada 11 Zulkaedah 1329H semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Ia menjadi dasar dan Perlembagaan bagi kuasa pemerintahan Kesultanan Terengganu yang berteraskan Islam. Pucuk pimpinan kerajaan ketika itu mengisytiharkan negeri Terengganu sebagai Dawlah Islamiyyah Malayuwiyyah (Negeri Islam Melayu). Mengandungi Muqaddimah, 53 Fasal dan Penutup.

Subhanallah! hebatnya pemerintah terdahulu. bersungguh-sungguh menegakkan Islam di negeri Darul Iman, khususnya. tapi sekarang... jom lakukan perubahan!

kemudian,
Pidato khas sempena perlaksanaan Islam di Terengganu, yang disampaikan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang (Presiden PAS), YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS), dan YBhg Profesor Dato' Muhammad Bakar (Pakar Sejarah UM).

'Dari Batu Bersurat ke Manifesto' tajuk yang dibahaskan.

Mendengar kisah sejarah di tengahari, ditambah dengan speaker yang agak perlahan kali ini menyebabkan saya banyak hilang fokus T.T
ohh. salah saya.
mujurlah abah ada membeli buku khas tentang undang-undang ini di booth pameran di sana. :)

membelek buku yang ditulis oleh Haji Abu Bakar Abdullah itu,
Ohh! sangat teruja meneliti fasal yang ditulis di atas batu bersurat,
seperti tidak pernah belajar sejarah lagaknya.
salah satunya mengenai hukuman zina :

'Orang yang berbuat bala cara laki-laki perempuan, jika merdeka bujang, dipalu seratus rotan, jika merdeka beristeri atau perempuan bersuami ditanam hingga dihembalang dengan batu dimatikan'

dihembalang? klasik bukan ayat jawi yang diterjemahkan rumi ini?

Fasal ini bermaksud, hukum bagi kesalahan orang yang belum berkahwin yang melakukan zina, maka didera seratus rotan manakala bagi yang pernah berkahwin dihukum rejam dengan batu hingga mati.

mengikut sejarah, sewaktu 27 tahun pemerintahan Sultan Zainal Abidin III yang menjadikan Al-Quran sebagai sumber perundangan utama, hanya 5 orang jumlah yang mati dihukum, 3 bangsa Cina dan 2 Melayu.
dan hukuman dera juga dilakukan di bahagian punggung tanpa perlu membuka pakaian.

err, jangan banding dengan penjenayah dan penzina zaman sekarang. sangat jauuuuuuuuuuuuuhhhhhh bezanya angka itu!

Hebat kan bila menggunakan hukum Allah ini?
Allah Maha Mengetahui, dan hukum Allah lah yang paling terbaik! 


selesai pidato : diadakan acara perasmian 100th Itqanul Muluk.
ok ok.
tutup mulut semuanya.
tahu lah saya bercerita mengenai sejarah, jangan tidur pula!
:p

adik-adik nampak keletihan,
tertidur semuanya di atas tikar, berbumbungkan langit.

selepas makan tengahari yang diagihkan percuma,
dan solat zuhur di masjid berdekatan,
kami memilih tempat di atas kerusi pula.
mendengar talk show dari Ust Zamri,
ingatkan siapalah ust Zamri yang ditulis di atas tentatif.
rupanya personaliti 'mantop' TV9. untunglahh :D

Ust zamri membicarakan tentang 'Indahnya Islam'.
setiap dari rukun Islam yang diperintahkan Allah, ternyata banyak kelebihan daripadanya selain dari membuahkan pahala.
'syahadah, solat, puasa, zakat dan haji'
ia ternyata memberi kesan pada akhlak manusia sekiranya dilaksanakan dengan sebetulnya,
InshaAllah.

"Bila kita berzikir, kita dapat menghindari lidah dari dua perkara ; bercakap perkara yang mengarut, dan mengawasi kita supaya tidak menipu..."

jadi, jom kita! banyakkan berzikir.

si kembar, anjang bersama Ust Zamri. kalau lah angah kecik lagi time ni... :p

usai solat Asar, hiburan alternatif oleh Iwan Syahman mengambil pentas,
Alhamdulillah.
penghijrahan beliau ke medan dakwah, dapat menarik lebih ramai lagi untuk menghayati Islam melalui lagu-lagu beliau.
lagunya seperti Semua Allah Punya, Segalanya Allah, dan Solatlah dulu antara lagu fofular yang sedap didengar di youtube. eh.

sempat lagi abah snap masa Iwan nak makan :D

pukul 6 petang, disebabkan esoknya (Ahad) adik-adik sekolah, abah mengambil keputusan untuk pulang.
tidak sempat kami mengikuti ceramah perdana oleh Mursyidul Am PAS dan Ketua Umum PKR malam itu.
(ada yang tak kenal? sila google. hihi)

utamakan yang lebih utama, :)

Alhamdulillah.
seronok dengan program ini.
biar tidak ber'air-cond',
biar duduk berlapikkan kanvas dan tikar sendiri,
biar makanan berlaukkan ikan kering dan gulai daging,

asalkan objektif berjaya dicapai,
ukhwah berjaya dirapatkan.
atas dasar Islam dan Iman. :D

oh saya lupa. suasana juga sejuk mata memandang. dari tudung kecik ke tudung besar dan ramai yang berniqab, dari mat rock sehinggalah ke ustaz-ustaz, (ini betul)
semuanya berkumpul untuk mencari secebis ilmu sebagai bekalan di akhirat.
dan ramai juga pasangan yang muda remaja di sekitar tempat duduk kami.
kata emak , "mesti kahwin muda ni.. cantik je tengok.. kan?"

:) eh, senyum pulak dia.

yang lebih gembira, kata abah,
"Tadi masa abah nak ambik kereta kat tempat parking, nampak Zizan. dia pakai kereta buruk, baju biasa je. mungkin tak nak bagi orang cam kot..."

"Zizan Raja Lawak tu ke abah? Abah kenal?"
saja mengusik abah.

"Ye la. orang dekat-dekat situ pun kata macam tu"

"Mungkin dengar kuliah UAI pagi tadi kot" hati saya berkata.

Alhamdulillah, kalau betullah itu Zizan, semoga beliau istiqamah dengan majlis-majlis agama seperti ini.
dan kita juga, InshaAllah. semoga hidayah Allah milik kita bersama. Amin.

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dan berharap program sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. (ayat penutup formal karangan murid sekolah rendah) haha.

ok, ini serius.

Bukan bermotifkan politik semata, tapi sambutan ini membuka mata, peranan kita untuk menegakkan Islam, menegakkan hukum Islam.
jangan takut dengan hudud, qisas. kalau kita tak buat salah, tak adanya orang cari nak potong tangan kita.
yakinlah. dan ianya hanya melibatkan beberapa perkara yang memang hukum manusia tidak dapat menyelesaikan perkara ini iaitu ; mencuri, merompak/menyamun, berzina, menuduh orang berzina, minum arak, dan murtad.
Allah yang ciptakan kita, siapa yang lebih mengetahui tentang kita kalau bukan Allah SWT?
Takbir! Allahuakbar!




"Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin? "
(Al Maidah :50)


Thursday, January 5, 2012

#4: putera raja dan komen anak dara


Assalamualaikum :)

suasana pejabat seperti biasa,
ada yang bersembang,
bergelak ketawa.

di sudut lain,
mulut keduanya masih tidak berhenti bicara,
seperti bertih jagung,
setiap hari,
seperti doa.

"kalau ada lah anak raja nak bersuamikan aku, aku rela tuntut cerai dari laki aku"

nadanya bergurau.
tapi gurauan yang hampir sama, setiap hari.

mungkin dek kerana cerita-cerita lama yang menimbulkan
kononnya kahwin dengan anak raja dapat harta dan kuasa,

dan mungkin kerana ke'best'an tinggal di istana
bersama dayang-dayang, dan memakai emas sutera,
ahhh seronoknya.

tapi mereka lupa.
setiap perkara yang dituturkan itu satu doa.

tidak lama selepas itu,
kedua-dua suami mereka meninggal dunia.

dan mereka bergelar janda.

kata-kata yang kononnya gurauan itu benar-benar terjadi,
di alam realiti,

bukan mereka yang menuntut cerai kerana ingin berkahwin dengan anak raja,
tapi suami mereka yang dijemput Ilahi terlebih dahulu.
meninggalkan mereka sendiri.

dan angan-angan mereka untuk memakai mahkota,
hanya tinggal mimpi di dalam lena.


"..aku rela tuntut cerai dengan laki aku..."

kata-kata itu bergema,
membuahkan insaf bagi setiap yang mendengarnya.
bukan menidakkan takdir Allah tentang ajal manusia,
tapi sebagai pengajaran, sentiasa beringat dalam berkata.

...

ini kisah mereka,
dan kisah kita lebih kurang saja.

kita berkata yang baik,
baik lah juga ganjarannya.

kita berkata buruk,
buruklah juga akibatnya.

tapi realiti kita,
setiap hari,

mencanangkan perihal orang.
ini tidak kena,
itu salah,
ini berdosa,
itu hina.

yang di alam nyata, di alam nyatalah.
yang di alam maya, kecoh ber'komen'.

tanpa kita sedar,
kita menabur fitnah,
melaburkan dosa dalam 'buku akaun' kita.
dah lah amal tidak seberapa,
kita pula yang menempah dosa.
sia-sia.

bimbang.
andai satu hari nanti,
yang kita canangkan,
yang kita utarakan tentang perihal orang,

'menyamakan ulama' dengan yahudi'
'pelajar pintar rosak di negara orang'

lantas terkena batang hidung sendiri,
kalau tidak kita,
mungkin adik-beradik,
anak-anak kita kelak,

Astaghfirullah al azim.

betul.
tidak salah untuk menegur.
tapi adakah dengan menekan butang 'share' di facebook itu caranya?

supaya yang lain juga menyaksikan berita itu?
untuk apa?

sedikit sahaja yang mengambil pengajaran,
selebihnya hanya tahu menghentam!

gerun melihat komen-komen,
beraninya mereka bersuara,
tidak sedarkah mereka Allah itu Maha Menyaksikan?





sebaiknya kita berdoa,
kesejahteraan kita bersama,
untuk dunia, dan akhirat.
supaya golongan yang mengfitnah alim ulama' mendapat hidayah,
dan mereka yang cerdik terpelajar di negara orang untuk berubah.

untuk awak, untuk saya, untuk kita.

bukan senang untuk bermujahadah,
kerana jalan ini memang sangat payah.

nak transform dari 'si gossip girl kepada mukminah solehah,'
bukan senang.

dan kerana itu,
kena dan kena sentiasa muhasabah.

apa yang kita tuturkan setiap hari,
apa yang kita 'like' di facebook setiap hari,
apa yang kita "tweet" setiap hari.

kata mereka,
'face book aku, aku punya suka lah..'
'hak aku kott.'

tapi kita tak sedar,
kita juga sedang mencemarkan hak orang lain yang sedang menjaga pandangan dari melihat status yang tidak sopan.

moga-moga yang keluar dari profile kita,
adalah yang terbaik,
yang Allah redha,
untuk sama-sama kita ingatkan diri kita, dan orang lain.

bukan untuk menambah dosa,
kita yang sudah penuh dengan dosa!

T.T

yang baik,
kita sebarkan.

yang belum tentu baik,
lebih baik kita diam.

dan yang memang dah confirm tidak baik,
terus buang!

"Barang siapa yang beriman kepada Allah, dan hari Akhirat maka hendaklah berkata baik atau lebih baik, diam."
(HR Bukhari Muslim)

#cukup-cukup berbicara perihal orang bukan bermakna kita biarkan mereka dengan perkara-perkara maksiat, tapi kita berhenti dari mengata orang! banyakkan doa. boleh jadi mereka yang kita lihat hari ini, lebih baik dari kita suatu masa nanti.
#jom, baiki diri :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...