Saturday, December 31, 2011

#3: sesuatu yang pasti

Assalamualaikum,

dah terlaluuuuu lama tidak menulis,
jadi malu sendiri,
:(

pendek untuk petang ini,
inshaAllah.

masih diberi oksigen untuk bernafas,
masih diberi kekuatan untuk menulis,
masih diberi peluang untuk bertaubat dan menambahkan amal,
inshaAllah.

hari ini sedikit teruja,
kerana sinarnya matahari muncul,
setelah sekian lama hujan mendominasi segenap tempat di pantai timur.

Alhamdulillah,
syukur,
terima kasih Allah.

ok, this is my home's backyard. and yes, saya orang kampung :)


hari itu,
saya menjengah di sini. 

Mel bercerita tentang 'death'.
kematian.

dan perasaan takut muncul.
gementar,
dan pastinya bukan saya sahaja,
malah kita semua.

andai kita pergi dulu, sebelum ibu bapa kita,

what will happen after this?
[minta maaf atas segalanya, mak, abah, adik-adik, kawan-kawan saya, my beloved readers, and semuanya]

who gonna pay our debts?
who will take care of our parents?
are there people to pray for us?
[mohon doa kalian]

and the most important things,

"are our good deeds can ensure we will live in the heaven in thereafter?"

takut.
kan?

tapi kalau takut dua minit, then tak rasa apa pun,
still tak jadi jugak.

yes,
People who are always remind of death is clever (based on hadith) , but they will be more cleverer if  in the meantime, they are preparing toward it.


and what is our preparation, now?


masih berseronok sedangkan malaikat maut menjenguk kita berkali kali sehari,
masih melengahkan solat, masih melakukan maksiat, masih dan masih rasa janggal untuk berubah?

ask yourself,
coz you know yourself better.

and this is a reminder,
untuk kita yang tidak tahu bila kita akan meninggalkan dunia,
tapi satu yang pasti,
"setiap yang hidup, pasti akan mati"

mengolah  kata-kata dari blog Ustaz Hasrizal ;


walaupun kita seorang lelaki, kita sebenarnya tak boleh gelarkan diri kita bakal ayah, 
sebab kita tak pasti lagi dapat jadi ayah,
walaupun kita ambik medic, kita sebenarnya tak boleh nak bangga kita bakal doktor,
sebab belum tentu kita akan jadi doktor,
tapi,
kita semua pasti akan mati. jadi boleh panggil kita semua bakal jenazah, semua setuju?





"Why fear death? is it because of what are you leaving , or where you will be going?" 
-FB, AimanAzlan.



p/s:
malam ni mungkin boleh turunkan gantungan kalendar 2011, dan gantung kalendar yg baru, :p
lets meet 2012 with better intention, better future, InshaAllah. Bismillahirrahmanirrahim. :)
kita semua nak jadi baik kan?

p/s/s: 
rasa nak kawan dengan silent readers. err, ada ke? 

Saturday, December 17, 2011

#2 :kenapa masih tak cinta?

Assalamualaikum :)

Hatinya serba salah.
nak kata dia tak cuba, dia cuba.
tapi perasaan tu tetap tak hadir.
tetap rasa macam dulu.

aarrggghhh.

bila nak buka buku tarbiyyah,
tiba-tiba rasa nak main game dalam handphone,
lagi best layan shootbubble deluxe la pulak...
:(

bila nak bukak you tube,
tengok video-video motivasi,
eh eh. terbukak tab facebook.
berjam-jam pulak lepak kat situ.
:(

kenapa ya?

lagi best dan lagi ingat bila baca novel dari baca sirah pahlawan Taariq, penakluk Andalusia,
lagi tertarik nak baca ruangan gosip artis dari bukak ruangan ad-Din dalam surat khabar,
lagi mudah ingat quote cintan-cintun dari ingat ayat Al-Quran,
:(

dia sedar.
tapi entah,
hati seakan-akan kelu, lesu.

.
.
.
kenapa masih tak cinta?

oh. hati ku. bila mahu berbunga. :'(

dan saya yakin,
bukan hanya dia yang merasa,
tapi kita juga.


kenapa?


sebab,
kita sudah rasa terbuai dengan perkara-perkara buruk.


"Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari Akhirat, kami jadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan mereka (yang buruk), sehingga mereka bergelimang dalam kesesatan..."

(An-Naml 27:4)

dan,

kita masih dibelenggu jahiliyyah!
kita masih sayang nak buang sifat jahiliyyah sepenuhnya!

hati kita masih tak cinta pada Allah,
hati kita masih sayang dengan perkara lagha,
hati kita masih berat nak tinggalkan segala bentuk hiburan kita dulu.

mana mungkin hati kita boleh terbahagi kepada dua,
sebab dalam Al-Quran ada sebut,

'Jahiliyyah dan Islam tak akan pernah bersatu!'

"Dan janganlah kamu mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan,dan (janganlah) kamu menyembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya..."

(Al-Baqarah 2:42)



mana mungkin kita dapat merasai halawatul iman, bila hati kita masih tertarik dengan nikmat nya dunia yang sementara?

awak,

awak rasa,
sifat-sifat jahiliyyah tu dapat bantu awak masuk syurga?

tak,
dan
takkan pernah.

ibaratnya begini,
kita nak naik gunung,
tapi kenapa awak masih bawak beg-beg cerita korea, novel cinta, komik naruto dalam beg awak?

lagi memberatkan,kan?
lagi menyusahkan, kan?
lagi payah nak naik gunung kan?

sama dengan kita.


kita nak capai redha Allah,
kena ambil Islam secara keseluruhannya,

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagi kamu!"
(Al-Baqarah 2:208)

tak boleh separuh-separuh,
tak boleh kanan pegang Al-Quran,
kiri pegang tangan 'geli-friend atau 'buaya-friend',
tak boleh satu mata tengok arah kiblat,
satu mata lagi tengok majalah k-pop, eh.


kita nak masuk syurga Allah,
kena ambik Islam secara keseluruhannya,
automatically, sifat-sifat sukakan hiburan kita,
kena kikis sikit-sikit.


macam mana nak buang,
kalau dah sebati?

boleh,

kata,
cinta kepada Allah,
cinta kepada kebaikan,
cinta kepada dakwah.

so,
usaha untuk membuktikan kita cinta kepada Allah juga,
harus kita lipat gandakan.
kenal Allah dengan sebenar-benarnya,
banyakkan dan lebihkan ibadah sunat, selain menunaikan ibadah fardu.
didik hati, didik hati, didik hati!

dan jika perlu,
restrain yourself,
'limit'kan diri kita dari buat perkara lagha!

dan yang paling penting,
ask Allah to give you strength.
make dua everyday, after five times prayer.

Insha-Allah,
lama-lama hati kita makin lembut,
makin senang nak kikis sifat-sifat jahiliyyah yang sebati dalam diri.

kita nak jadi muslim yang bertaqwa kan?

sekarang,
kita pilih,
nak yang mana?

I ke J?
Islam atau Jahiliyyah?
ice-cream atau jajan?
eh.
;p

Tuesday, December 6, 2011

#1 : nota pink wallpaper baru

Assalamualaikum :)

Bangun tidur,

"Eh, aku kat mana ni?"

Haha.
buat-buat tanya.
tolong jangan ketuk kepala saya.
padahal dah duduk kat rumah,
seronoooookkkknyyyaaa!



*err. post ini tidak digalakkan dibaca oleh penuntut IPTA yang sedang menuntut ilmu atau pun yang sedang menyambung praktikal mereka. :)


pendek sahaja,
untuk malam ini.
sebab abah pesan,
tidur pukul 11 adalah 'excellent time' untuk tidur.
kan ateh, acik, alang, uda, kakak, abang, anjang, adik ?

walau apa pun plan awak dan saya,
for this long holidays,
make this holidays as meaningful as you can.

jadikan cuti ini cuti yang paling bermanfaat.
sama ada nak tolong mak kemas rumah,
atau pun tolong adik siapkan holiday package sempena spm,
atau mungkin jugak pergi buat lawatan sambil belajar bersama jiran-jiran ke langkawi,
atau kalau malas nak cari kerja part-time,
buat tuisyen depan rumah atau mengajar mengaji.

dan lagi lagi lagi bagus,
kalau cuti ni,
kita ambil peluang,
grab knowledge as much as we can,
ilmu dunya wal akhirah,
dekatkan diri kita dengan Allah.

kalau hari kerja tak berpeluang nak solat awal waktu,
cuba dan cuba time cuti ni,
kita solat awal waktu.
dan nak best lagi, kita pergi surau/ masjid,
solat berjemaah :)
jemaah masjid tengok, terus nak ambik jadi menantu, eh.
silap silap. ;p

kalau tak pernah buat solat dhuha,
ambil peluang,
5 minit untuk buat solat sunat dhuha 2 rakaat.

"Solat sunat dhuha is the most calmest prayer if you have ever feel..." - kak atiqah

kalau dulu tak sempat nak baca mathurat,
rajin-rajin kan tangan capai mathurat kat mph dan beli seringgit satu,
dan baca paling kurang sekali sehari.

kalau sebelum ni letih nak baca surah al-mulk sebelum tidur,
luangkan masa 5 minit untuk baca al-mulk.

insha-Allah.

kita usaha.
kita usaha,
dan tak akan pernah berhenti berusaha,
untuk naikkan darjat di sisi Allah,
untuk capai redha Allah.

tapi apa pun,
itu semua terpulang.
pada diri kita,

make a plan.
yang benar-benar ikhlas,
biar terbit dari hati.
baru menjadi.
bermula dari, sekarang!




kita semua nak jadi manusia yang bermanfaat pada orang lain kan?
(muwasafat tarbiyyah)



dan ini mungkin boleh jadi plan kamu juga! :)
3 months = school of tarbiyyah, Insha-Allah.
*tak tau boleh besarkan ke tak*

err.
ok.
saya tahu saya tak kreatif.
-_-"

takpe tak cantik,
asal ada.
sebab sekurang-kurangnya kita ada sesuatu untuk dijadikan guideline kan?

semoga usaha kita-kita dihitung Allah.
niat dah ada,
cuma nak dilaksana je,
jangan risau,
Allah ada. sama-sama dengan kita.

Insha-Allah,
Selamat bercuti untuk saya dan awak,
dan selamat bekerja untuk kawan-kawan saya juga!




p/s : merindui office mates dan house mates terchinta :)

Thursday, December 1, 2011

aishiteru (guy version)

Assalamualaikum,

saya minta maaf.
dah lama saya termenung, fikir pasal surat ni,
itu mungkin cerita awak sebagai perempuan,
tapi percayalah,
tak semua lelaki yang suka ajak perempuan buat maksiat.

sejak dari sekolah,
saya memang pelik, kenapa orang kata mendekati zina itu haram,
bukannya berzina lagi, dah berdosa juga.
errm, malas nak fikir panjang-panjang,
saya kan sekolah lagi..

tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira baik la,
saya tak hisap rokok, sebab saya tahu mende tu tak bagi faedah pun,
tapi saya pun bukannya skema, pernah jugak ponteng kelas sekali dua.
biasa2 je.hehe.

tapi sejak saya masuk u,
saya tengok pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan,
memang sangat ketara,
ye la, kat sini ikut suka kita nak buat apa,
tak macam kat sekolah,
nak jumpa awek pun sorok2 kat belakang stor dekat padang,
takut warden nampak,
tapi itu dulu,

sekarang saya dah dekat u,
saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung,
ada yang pakai tudung, ok la.
tapi baju pulak hmm, seluar pulak alamakkk.
ada jugak baju dah labuh, seluar dah longgar,
tapi tudung pulak tak tutup dada,
nampak segala apa yang kami kaum lelaki ni takde,
adui, camne nak jaga iman ni?

tapi saya still control lagi,
saya still ingat Allah larang kita dekat dengan zina.
sampai satu hari,
ada sorang perempuan cakap yang dia suka saya.
dia cantik, pakai tudung,
dan dia baik juga.
zaman sekarang ni, perempuan makin berani tunjuk2 'hint',
mula-mula just nak kawan, sms nak share masalah,
kalau pegi shopping atau holiday mana2, mesti dia ada beli something kat saya,
mula-mula saya tak layan sangat jugak,
takut jugak 'ter'bagi harapan kat orang perempuan ni,
mereka mudah sangat perasan,
layan sikit, terus ingat kita suka dia.
perempuan~

lama-lama,
dia dah berani call saya,
dengan suara perempuan yang memang lembut mendayu-dayu,
naik luruh jantung saya dengar,
dia minta tolong saya belikan set kfc zinger burger,
adui. banyak kali saya fikir nak beli ke tak,
puas saya cari alasan,
saya tak nak timbul fitnah.
tapi dia cakap dia gastrik,
hati saya mula timbul kesian,
saya beli makanan dan bagi kat dia.

mula-mula memang asalnya kesian je,
tapi lama-lama saya rasa best pulak,
ada orang nak msg saya,
kejutkan solat Subuh,
ada orang yang nak dengar masalah saya,
ada orang yang nak bg hadiah pada saya,
tambah-tambah kawan-kawan dekat kolej saya ni,
memang majoriti ada girlfren,
kira macam saya bertuah sangat2,
saya tak cari pun girlfren pun dah ada orang suka saya,
dah ada orang sayang saya!
eh, syooookkkk la pulak :))))
kau ada?

satu hari tu,
kami keluar berdua dekat satu tempat ni,
nak lintas jalan,
dia dah ada kat depan,
tiba2 ada kereta laju lalu kat jalan tu,
spontan saya tarik tangan dia.
zaaaappppp,
saya rasa berdebar,
saya rasa terkejut dengan tindakan saya,
rasa bersalah pun ada,
tapi niat saya nak selamatkan dia je...

yang paling buat saya lagiiiii terkejut,
dia senyum.
entah. tak faham apa yang dia fikir.
'dia tak marah ke aku pegang tangan dia?'
hati saya pelik.
dia senyum lagi, dan kata,
'Awak, terima kasih. sayang awak!'

saya senyum juga.
malas nak fikir panjang-panjang,
ohh. seronok nya. lembutnya tangan diaaaaaaa...
rasa nak pegang lagi.
'ha, gatal-gatal!'
akal saya marah.
tapi hati saya nak. :(

dan jujurnya,
saya makin lama, makin rasa sayang pada dia.
tak boleh kalau tak ber-sms,
tak pernah tak call even cakap selama satu minit,
ye la,
bila hati dah rindu,
bila hati dah sayang,
bila hati dah penuh dengan nafsu.

err.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nafsu?
saya suka dia sebab nafsu ke?
saya cinta dia sebab nafsu ke?


'Tak! Kan saya nak ambil dia jadi isteri saya nanti!'
Hati saya marah.


'Awak pasti ke nak ambik dia jadi isteri?'
Entah dari mana suara tu datang,
Bunyi seakan mengejek.

entah,
tak tahu apa yang saya fikir time tu.
macam -macam perasaan,

tapi saya buat tak tahu,
biar dalam hati saya dah rasa macam,
'eh-betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?'

saya dan dia dah ter'couple',
nak buat macam mana,
best la ada couple ni,
kawan-kawan selalu puji,
dia cantik,
even pakai tudung,
tapi stylo, bergaya kottt.
tambah-tambah dengan fesyen sekarang,
siapa yang tak kembang semangkuk? eh.

please, sama-sama jaga diri...


satu hari tu,
saya jumpa video ni.
video hilal asyraf.
tentang cinta.
cinta yang hakiki.

terpukul.
terpana.
terasa.

semua ada.
saya cinta dia.
tapi kenapa saya makin bawak dia ke neraka?

Astaghfirullah.

kalau betul saya cinta,
saya mesti nak bawa dia ke syurga,
tapi situasi saya?

saya terpaksa mengaku,
saya kalah dengan nafsu.
saya sebenarnya,
...ikut nafsu.

sepanjang hari,
lepas saya tengok video tu,
saya diam.
kawan ajak main bola,
saya bagi alasan,
member ajak lepak kat mamak,
saya tolak.

saya nak sendiri,
hp saya letak tepi, tekan punat off.
saya malu.

saya dah tak sanggup.
saya dah malu sangat-sangat depan Allah,

saya still solat,
saya kadang-kadang mengaji,
tapi saya buat maksiat jugak.
saya makin lalai,
endah tak endah tentang dosa.

saya rasa,
saya dah tahu kenapa Allah tak bagi dekati zina,
sebab nanti end up,
jadi macam saya.
dari sms, lepas tu call,
dengar suara, rasa nak jumpa,
bila dah terpegang tangan sekali,
rasa nak pegang banyak kali,
semua tu nafsu!

banyaknya dosa saya.
:"(


Allah,
Allah,
Allah.


saya bangun,
ambik wudhu,
solat sunat 2 rakaat,
saya mintak sangat2,
Allah ampunkan dosa-dosa saya,
Allah ampunkan dosa-dosa kita.
dan air mata jantan saya mengalir laju.
.

bila dah tenang sikit,
saya 'text' dia,
'Awak, this is not the right way. This is not the way that Allah bless. I let you go, and please let me go. I dont want to bring you to Jahannam, instead I'll pray for you to get the light from Allah. May Allah bless you and me...' 

dan saya terus matikan hp.
buat kali kedua.

saya sedar.
susah.
tapi saya bergantung sepenuhnya pada Allah.
sebab Allah yang pegang hati saya, pegang hati dia.
saya tak nak berpaling lagi.

dan untuk hawa semuanya,
jangan terlalu murah,
jangan ambik kesempatan dengan kelemahan lelaki,
awak buat suara mendayu macam tu,
sembur perfume wangi,
pakai blous, skirt, selendang ala-ala hot gitu,
dah namanya lelaki,
kuat mana imannya,
mesti akan tergoda jugak.

jadi,
kena sama-sama jaga diri,
simpan godaan-godaan tu pada orang yang teristimewa, kelak.

dan sekarang,
saya terus begini,
mujahadah.

doa saya terus kuat.
doa supaya dia faham,
doa kita sama-sama dalam redhaNya.

Insha-Allah.



-a guy, still searching for the true love.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...