Sunday, October 30, 2011

saya dan penyu. sama-sama sedih.

Assalamualaikum :)

penat berjalan.
saya mula melepaskan penat di bangku,
teman hanya menurut,
bersembang, membasahi tekak yang sedikit kering.

"Assalamualaikum adik, boleh tolong abang tak?"

satu suara menyapa,
seorang pakcik berdiri setentang dengan saya.
saya dan teman terpinga.

"Beg abang dah kena curi masa abang solat tadi.
Abang nak balik ke Puchong, tapi abang dah takde duit nak bayar tambang teksi"

saya memerhatikan dirinya.
antara hendak percaya atau tidak.
kemas pakaiannya.
penampilannya sedikit menambah keyakinan pada saya untuk terus mendengar.


"Malu abang nak mintak dengan adik. tapi boleh adik bagi abang RM 20?"

saya ketika itu berbelah bagi,
antara simpati dan berhati-hati.

"Nanti abang akan bayar balik, adik tinggalkan number henfon adik,
esok abang top-up kan"

dan dihulurnya sekeping kertas dan pen.

entah kenapa,
perasaan simpati saya melebihi sikap hati-hati.
saya hulurkan dua not kertas merah,

"Terima kasih dik. Susah nak jumpa orang macam ni sekarang."

walau dalam hati saya ketika itu bimbang,
andai tidak dipulangnya wang saya kembali.

dalam masa yang sama,
hati saya terlintas,
andai tidak dipulangkan,
pun tidak mengapa.
saya kira sedekah.

dan dua hari berlalu.
tidak ada tanda-tanda transaksi tambah nilai akan dimasukkan.

saya dah kena tipu ke?

....

minggu berikutnya,
kejadian yang lebih kurang sama menimpa,
saya seperti terlalu mudah bersimpati,
not kertas merah tiga puluh ditukarkan dengan sebatang pen yang terlekat teddy bear dihujung pen,

apakah?
pen biasa berwarna pink, berdakwat biru berharga tiga puluh ringgit?

penjual cina itu ber'alasan' pen itu adalah buatan tangan,
dan kerana itulah harganya sedikit mahal.
dan perlu dihabiskan jualan untuk tujuan esaimennya.

hmm.

...

saya dapat bayangkan situasi awak yang sedang baca,
mesti macam ni.
"Ya Allah Iffah, yang kau baik sangat pergi bagi tu kenapa?"
kan?
haha.

tunduk,
malu.

...

menyesal.
sangat.
namun hanya pada permulaannya.

walaupun dalam kejadian pertama saya berusaha untuk mengikhlaskan diri dalam bersedekah,
tapi akal turut terkesan walau sehari dua.
membayangkan wang kertas 20 dan 30 melayang begitu sahaja.

fiiiiuuuuuuuhhhhhh.
ditiup angin.

atas kelalaian saya,
atas kesilapan saya,
atas sikap tergesa-gesa saya,
atas sikap simpati yang berlebihan saya.

tapi Allah mahu saya sedar,
tentang sesuatu.

Allah tak akan jadikan sesuatu perkara itu berlaku
melainkan dengan hikmah, kan?

#satu.
wang saya sejak akhir-akhir ini,
mengalir keluar bagaikan air yang mencurah,
laju,
deras.

dan Allah ambil sekejap sahaja.
untuk saya kembali,
berpijak ke bumi nyata.

rezeki ini milik Allah,
Allah berkuasa atas segala sesuatu.
siapa saya hendak mempersoalkan?

#dua.
jangan terlalu cepat percayakan orang,
mereka boleh menyamar,
sebagai watak apa sahaja.
 juga,
belajar untuk keras dan tegas.
jangan mudah jatuh simpati pada mereka yang tidak sepatutnya.

#dua setengah.
apalah sangat bila dibandingkan dengan wang kertas lima puluh saya,
dengan kerugian mangsa-mangsa bencana alam yang lain?
rumah mereka musnah,
kenderaan mereka hancur,
ladang mereka ditenggelami air.

agak-agak,
berapa nisbah kerugian saya berbanding mereka?
satu per seratus juta ribu?
kecil sekali.
saya harus redha.
Allah baru uji saya dengan ujian yang kecil,
saya sudah mula begini.
menggelabah.
tak boleh tak boleh.

saya kena bersyukur,
kerana ada orang yang lagi susah,
lagi berat diuji berbanding saya.

#tiga.
sabar.
biar otak saya bagaikan tidak mahu berhenti berfikir,
mengenangkan lima puluh ringgit yang boleh digunakan untuk
topup celcom 10 sebanyak lima kali,
dan mungkin juga akan digunakan untuk belanja makan sebanyak 5 hari,
namun apakan daya.
bukan rezeki saya.

sabar,
pujuk hati,
Allah bersama dengan hamba-hambaNya yang sabar.


antara pesanan Saidina Umar Al-Khatab r.a.
sabar, :')

cakap pada hati,
'Bukan rezeki awak,
awak buat silap hari ni,
sebab Allah nak bagi awak pengajaran supaya lebih hati-hati lepas ni,
redha dengan apa yang berlaku,
sama-sama doa,
supaya Allah bagi petunjuk kepada pak cik yang licik tu,
InshaAllah.

lagipun,
duit tu bukan duit awak pun,
Allah yang punya :)'

semuanya kan milik Allah s.w.t ... senyum. :)

"Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu ; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu,  padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa) "
(Al-Baqarah : 22)




awak,
ada nak tambah bagi nasihat kat saya?





p/s : 
proses baik pulih hati setelah penyu menangis lagi.
:'(
tapi, sama jugak. kena pujuk hati,
bukan rezeki penyu untuk piala malaysia, tapi rezeki rusa :)
*post berkaitan bola dulu-dulu. hehe : link 


p/s/s: yang menanti post mencari soleh ep 2, sabar ye :) 


Tuesday, October 25, 2011

bila agenda mencari soleh bermula (ep 1)

Assalamualaikum :)


'Mak dah tak nak tengok angah pakai macam ni lagi..'

err.

saya terkedu.
tapi saya faham.
reaksi emak memang telah saya jangka.
ada nada kesal bercampur teguran pada luahan hati emak.

langkah diatur menuju ke bilik.

'teruk sangat ke saya pakai macam ni?'

ber't-shirt' hitam,
slack putih dan selendang putih dipinkan rama-rama.

normal pada pandangan muda mudi zaman sekarang

err.
bukan.

agak tidak normal pada pandangan emak-emak.

saya akui.
cara saya berpakaian,
dahulunya.
dipengaruhi persekitaran.

ramai yang pakai begitu.
saya juga mahu turut serta.
saya kan remaja lagi,
hidup hanya sekali,
jadi.... kita enjoy!

ok tak.

hambek kau.
enjoy kau kena berleter di emak.
ingat best ke dengar 'komunikasi berkesan' dari emak?

hambek kau,
nak enjoy sangat kat dunia,
kat akhirat nanti macam mana?

tak fikir ke?

dulu.
mana nak fikir lagi.

'bagi alasan'

sampai bila nak bagi alasan ni?
boleh jamin ke awak boleh tengok matahari lagi esok pagi?

hmm?

......

senyap.

ala.

dah takkan nak terus pakai baju labuh,
tudung labuh, handsock, stokin terus?
macam melampau je.

tak,
tak suruh macam tu.

'awak buat selagi mana yang awak mampu dulu.'


awak ubah, yang mana awak mampu dulu,
kek coklat tak akan jadi kalau kita tak start buat, kan?
:)
(nak tengok kek coklat? klik.)

nanti lama-lama,
awak akan faham sendiri,
awak sendiri akan rasa kurang selesa dengan apa yang awak pakai sekarang.
cantik.
of course la.

tapi cantik ke pada pandangan Allah?

.
.
.
'mencari soleh? kita dulu yang kena menjadi solehah'

ini cerita dia

mula-mula.
betul,
tak selesa.
bila pakai baju atas dari paras punggung.
rasa macam tak best je.
ok,
cari baju labuh sikit la.

....

ala,
pakai tudung bawal macam ni,
still boleh nampak leher,
selendang pun banyak yang jarang,
ok, cari tudung yang tak jarang la lepas ni.
malu la orang boleh nampak leher,
dalam Islam pun, Allah perintahkan supaya tak pakai pakaian jarang.

tudung ni pulak nak buat fesyen macam mana eh,
nak pinkan kat atas ke,
macam tak berapa nak tutup dada je.
ok la ok la.
turunkan sikit,
biar fully covered.
baru rasa selamat sikit.
kalau tak rasa macam terdedah semacam je.

...

ermm,
rasa macam dah tergerak nak pakai stoking je,
kaki kan aurat.
mula-mula memang rimas, tak selesa,
tapi kena cekal.
nak berubah ni bukan mudah,
istiqamah-istiqamah,
kita kan ada Allah.
:)

...

ala,
camne ni.
pakai baju kurung kadang-kadang kainnya licin,
terselak sikit,
nampak lengan.
kena pakai t-shirt la kat dalam,
tak pun,
pakai handsock je.
kita kan nak jadi cantik di sisi Allah?
so kena ikut perintah Allah.
...

dan cerita dia tidak terhenti di sini,
kerana dia masih punya cita-cita.
sama seperti kita.
perbaiki diri dari hari ke hari.

ingat perjalanan cerita kat atas ni semudah satu minggu ke?
bertahun-tahun.
sebab perkara yang kita buat,
bila berdasarkan kefahaman,
akan kekal.
dan bertambah baik.
biiznillah.

jika dibandingkan dengan perkara yang kita buat,
hanya berdasarkan ikutan,
terikut-ikut.
hasilnya tidak kekal.
dan mungkin boleh jadi bertambah buruk.
nauzubillah.

jadi 'saya' dan awak,
kekalkan dengan effort awak sekarang,
to change towards better,

yang belum pakai tudung,
tapi Allah dah sentuh hati untuk pakai tudung,
which is verrrrrryyyyy goooodddd (Alhamdulillah)

yang dah mula nak tutup aurat slow-slow,
yang dah mula nak labuhkan tudung tutup dada,
yang dah rasa tak selesa bila pakai baju kecik,
yang dah rasa semakin faham tanggungjawab kita as a muslimah,
yang sedang berusaha untuk mensolehahkan diri untuk mendapatkan pasangan yang soleh,
(ooppss, yang terakhir ni gatal sikit. hehe)

jangan berhenti!
sebab kita semua berpotensi untuk jadi baik,
dan semakin baik,
dari hari ke hari.
syaratnya,
kena faham.
bukan sekadar ikutan semata.

kita sama-sama minta kekuatan dari Allah,
supaya teguhkan hati kita,
takde rasa nak berpaling lagi,
untuk berubah ke arah kebaikan,
InshaAllah.

kalau dalam hati still rasa ragu-ragu,
cakap dengan diri sendiri,
kenapa Allah pilih kita dari banyak-banyak orang yang ada atas muka bumi ni?
sebab satu saja,
sebab Allah saaaaayyyyyyaaaaaannnngggg kita <3


note: masih dan masih berusaha untuk memperbaiki diri. jom sama-sama! :)


note: tajuk agak lalalalala~

Wednesday, October 19, 2011

dia dan encik sarjan.

Assalamualaikum  :)

Matanya masih lagi lekap, kemas di papan putih,
memandang penuh khusyuk Encik Din, sarjan kadet polis sekolahnya,
mencoret sesuatu di atas papan putih.

assuming ini adalah papan putih. hehe

3 titik yang dilakar menggunakan marker hitam di atas papan putih.

"siapa nak jawab, apa yang kamu nampak di atas papan putih ni?"
lamunannya terhenti apabila Encik Din mula bersuara.

"ada 3 titik hitam di atas papan putih",
jawab seorang ahli kadet.
yakin.

Majoriti mengangguk setuju.
Pastinya itu sahaja jawapannya.

Dia masih berfikir,
cuba untuk mencari jawapan yang lain dari biasa.
namun, masih tidak dapat menangkap maksud sebenar lukisan itu.

"jawapan lain?"

masing-masing mengeleng,
tidak dapat meneka.

'apa lagi ya, yang boleh nampak atas papan putih tu selain 3 titik hitam tu eh?'
dia bermonolog.
sendiri.

"betul, jawapan awak semua betul"...
".....tapi ada jawapan lain..."

"apa yang saya nampak adalah..."

semua menanti ayat yang akan keluar dari mulut sarjan berbadan tegap itu.


"...warna putih melebihi warna hitam..."


err.
terlopong anggota kadet sekejap.
simple sahaja jawapannya.
langsung tidak terlintas di fikiran.

sarjan menyambung,

"kita macam ni la..asyik duk pandang yang hitam tu je kan...
sampai tak nampak yang lain dah.."
'beginilah hidup kita, kan?
bila ada orang buat jahat, kita pasti akan nampak keburukan tu sahaja,
mata kita akan kabur dengan keburukan sehingga dah tak nampak kebaikan yang dia pernah buat untuk kita..'
jadi,
jangan sesekali buat jahat.
sebab yang jahat tu akan dikenang orang,
sampai bila-bila.

......


peristiwa ini peristiwa 6 tahun lalu,
sewaktu dia masih keanakan menjawat ahli kadet polis suatu ketika dahulu.
namun nasihat Encik Din itu seakan kembali bermain di ingatan.

'terlalu lama dan asyik memandang yang hitam sehingga lupakan yang putih'

kita macam ni juga kan?
saya cakap dengan saya.

bila kita tengok orang buat perkara yang lain sikit,

mudah sahaja membenci,
mudah sahaja bersangka buruk,
mudah sahaja menghukum.

sampai kita lupa kebaikan-kebaikan yang dilakukan selama ini,
kita mula sisihkan mereka.
Astaghfirullah.

betul,
kita boleh membenci,
tapi benci bukan pada orangnya,
tapi benci pada maksiat yang dilakukan mereka.
dan dalam masa yang sama,
jangan tinggal dia dengan maksiat sahaja.
banyakkan doa,
ajak dia bersama-sama kita,
supaya hatinya terbuka untuk menerima cahaya.

betul,
susah untuk bersangka baik,
tapi, kena mujahadah,
jangan latih diri untuk berterusan bersangka buruk,
takut hati bertambah mati,
takut riak merajai diri.
kerana kita bukanlah nabi.
kita ini,
kuli.
pada Ilahi.


dan semuanya berbalik kepada hati.
kerana hati yang akan memberi guideline kepada akal untuk berfikir,
dan akal akan memberikan arahan kepada anggota badan untuk bertindak.

"Rasulullah SAW bersabda,
Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia), ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah? Hati. "

(HR Bukhari dan Muslim)


#jom bersih hati! :)


p/s: 
nama Encik Din (bukan nama sebenar), sebab dah tak ingat sarjan mana yang bg nasihat ni.. :(

Monday, October 10, 2011

cinta saya kepada Dia semakin mekar di dalam komuter.

Assalamualaikum :)

Dari jauh,
komuter biru kuning yang tertera destinasi 'Batu Caves' bergerak perlahan melewati stesen Shah Alam,
Siren berbunyi, pintu pink dibuka,
dan saya melangkah masuk.

mata melilau mencari kerusi kosong.
Alhamdulillah.
kelihatan di hujung masih berbaki satu yang kosong.
berdekatan seorang kakak Indonesia dan anak kecilnya.

keadaan tenang,
namun ada satu suara yang mampu mengganggu telinga,

uwaaaaaaaaa.... uwaaaaaaaaa.. uwaaaaaaaaaaaa.

anak kecil berdekatan saya itu menangis,
minta dilepaskan.
ingin dilepas bebas.
sangkaan saya,
'budak baru dapat kaki, biasalah.'

anak itu mula berjalan,
dan semua mata pastinya tidak lepas memandang anak kecil dalam lingkungan 1 tahun itu.

dia kelihatan gembira berjalan-jalan di atas train yang bergerak,
walaupun riak cemas jelas terpancar di raut wajah ibunya.
.
.
.
anaknya melangkah semakin jauh,
dan si ibu pantas bangun dan mendapatnya kembali.

namun belum pantas ibunya ke tempat duduk asal,
anak itu kembali menangis,
malahan lebih kuat lagi,

uwaaaaaa....uwaaaaaaa...

kali ini lebih kepada meraung.

jelas terpancar ketidak senangan penumpang lain,
ada yang muka berkerut,
ada yang buat tidak kisah,
tapi yang paling ketara,
amoi berbangsa cina sempat mengeluh sebelum keluar di stesennya,
"ayyyyaaaaaaaa........."
jelas mahukan semua penumpang tahu ketidak selesaannya dengan tangisan adik kecil yang tidak berhenti.

saya ketika itu,
hanya mampu memandang.
bukan salah amoy itu,
dan bukan juga salah anak kecil itu.

simpati dengan ibunya.
pelbagai andaian timbul,
'lapar mungkin, atau pampers basah?'
'atau keadaan train yang tidak berhawa dingin merimaskan dia ?'

tapi saya hanya berfikir sendiri,
di dalam hati. takut untuk bersuara.
siapalah saya,
remaja yang masih belum berpengalaman,
dalam urusan rumah tangga.hehe.

stesen demi stesen,
tangisan anak kecil seakan tidak ada tanda untuk berhenti.
ibunya semakin resah,
sekejap bangun, sekejap duduk,
sekejap dibaringkan anak itu,
sekejap diusapnya dan sekejap dipeluknya,
tapi usahanya seakan menemui titik buntu.

penumpang lain juga turut simpati,
(biar ada juga yang tidak ambil tahu)
ada yang meng'offer'kan diri untuk memujuk,
menolong untuk mengendong,
meng'umpan' baby dengan anak kunci, penyepit rambut dan botol air,
namun semua itu ditolak mentah-mentah.
ada yang mengeluarkan fail untuk mengipas, menyejukkan anak kecil dan juga ibunya.

ada yang mencadangkan untuk diberikan botol susu,
dan anak itu pantas diberikan botol susu berisi air mineral.

'ooohhhh. dahaga rupanya...'
semua orang menarik nafas lega.

anak kecil itu terus sahaja diam.
meminum dengan rakusnya.

disangkanya panas hingga ke petang,
rupanya hujan di tengahari.



uwaaaaaa... uwaaaaaa...uwaaaaa....


sebaik habis air mineral,
baby itu kembali aktif menangis.
malah lebih kuat lagi.
saya rasakan budak kecil itu 'all out' melepaskan suaranya,
kesian lagi.
naluri saya terdetik.

saya mula tidak senang duduk.
saya kesian melihat ibunya.
saya kesian dengan anak kecil itu.

dan dalam kepala saya,
ada satu cara,
hanya ini.

Bismillahirrahmanirrahim.

saya memberanikan diri.
mensuakan tangan ke atas kepala anak itu,
mengusap perlahan.

"Laila..haillallah... Laila...haa..illallah.....Laila..haillallah..."

sebaik saja saya mengalunkan zikir,
anak kecil itu terus, automatik diam!
Apa maksudnya?

'Tidak ada Tuhan melainkan Allah'

dan anak itu diam.langsung tidak merengek satu apa pun.

dalam erti kata lain,
anak itu membenarkan.
tunduk dan patuh.

'Lailahaillallah'

jelas Allah mahu membuktikan sesuatu,
kita semua ini datangnya dari Allah,
Allah itu Tuhan kita. Rabb kita.
dan Islam ini agama yang benar!

Subhanallah!
Hebatnya Allah.

berbalik kepada cerita.
ada getaran pada setiap bait zikir saya,
jujur,
saya terketar,
saya dapat rasakan,
mata-mata penumpang di koc berwarna merah jambu semuanya tertumpu pada saya.

'pastinya ada yang bercakap tentang saya'

kerana dalam tren itu,
bukan hanya muslim, malahan kakak yang menolong untuk mengipas anak kecil itu adalah dari bangsa India.
namun saya tidak peduli lagi.
mudah-mudahan ada hati-hati yang tersentuh,
InshaAllah.
:'(

anak kecil itu memandang saya.
lama.
dan saya masih tidak berhenti berzikir.

setelah anak itu menunjukkan respon positif,
saya kembali ke tempat asal.
jam ditoleh menunjukkan 7.00 petang.
waktu waktu senja seperti ini,
banyak syaitan yang berkeliaran,
bertempiaran.
dan mungkin ini salah satu asbabnya anak itu tidak henti-henti menangis.

dan ubatnya,
hanya satu.

kembali kepada Allah.


beberapa minit kemudian,
[stesen berikutnya..KL Sentral..KL Sentral]
kedengaran suara pengumuman yang direkod.

ibu anak kecil itu mula mengemas-ngemas,
bersiap untuk bangun.
dan sempat ibunya bertanya saya, ramah.

"adik turun kat sini juga?"

"belum kak"

"ma kasih ya dik"

dan kakak itu beredar bersama anaknya.

.
.
.
.
.

ketika tren mula bergerak,
dalam kegelapan malam, (dek kerana tren yang kerosakan lampu)
saya tahu,
ada air jernih panas mula mengalir di pipi.
ibrahnya saya menaiki tren hari itu!

Allahurobbi....

'hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan kembali tenang' (Ar-Rad:28)
note.
'akak, bukan saya yang mendiamkan anak akak, tapi Allah. saya hanya wakil Allah sahaja...'

Tuesday, October 4, 2011

i am isolating .

Assalamualaykum.

Bila hati sendiri sudah mula resah,
Bila hati sendiri sudah mula rasa jauh,
Bila hati sendiri sudah mula rasa janggal.

akuilah.

Saya perlu mendapatkan cahaya itu semula.

Doakan saya kuat,

Dan saya juga doakan orang disekeliling saya turut kuat.

Maafkan saya,
saya juga hamba.
:'(

'Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik penolong'
(Ali Imran:173)

Saturday, October 1, 2011

saya bukan baik, tapi...

Assalamualaikum :)

"Iffah, you don't ask me what to do today, cause I don't have things to assign you"
senior awal-awal lagi memberi pesan.

sedih.
nak buat apa hari ni?

esoknya pun sama.
saya mengadap laptop,
"looks like busy"
tapi bukanlah kerja pejabat pastinya,
(mungkin boleh faham sendiri..hehe)

beberapa jam berlalu,
dan mata mulai letih memandang skrin komputer riba,
tetapi mata kembali terbuka apabila bertemu ini ;


'tak sangka enti berubah sebegini rupa'

saya baca ayat itu berulang-ulang,
memandang berkali-kali.
Astaghfirullah,
teruknya saya dahulu,
:'(

teringat kembali perkara yang pernah dilakukan.
banyak.
biar saya simpan sendiri.

mesti orang kata,
"jahat mana lah sangat iffah ni, macam tak percaya je"

haha.
saya percaya,
setiap orang pasti melalui kisah silam yang berbeza-beza.
dan saya juga, pastinya.
:'(


"Iffah aku rasa kalau kau tak campur dengan geng-geng tu kan, aku rasa kau sebenarnya baik"

seorang teman meluahkan pendapat,
beberapa tahun lalu,
ketika saya masih di bangku sekolah menengah.

saya senyap,
tidak tahu respon apa  yang hendak diberi.


tapi satu yang pasti,

saya tidak pernah dan tidak akan pernah menyesal,
akan masa silam saya.

kerana jika tiada kegelapan dahulu,
mana mungkin saya dapat merasakan nikmatnya cahaya sekarang.
Subhanallah! Maha Suci Allah.

Ya Allah, jangan kau palingkan hati kami, 
setelah kau berikan hidayah kepada kami,
sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi.

dan saya tidak mahu hanya saya yang merasa,
saya mahu cahaya itu dirasai kawan-kawan saya juga.

kawan-kawan saya,
tidak pernah ada istilah terlambat untuk berubah.
kita semakin sedar,
kita semakin besar,
kita semakin faham.

kita hidup sekejap sahaja.
kenapa ingin mensia-sia,
dan akhiratlah negeri yang kekal abadi.

"Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan dalam dirinya, Allah akan bagi kefahaman dalam bentuk agama 
(Ad-Din) "

tak kisahlah siapa pun kita dulu,
jahilnya kita dulu,
noob nya kita dahulu,

Allah tidak akan pernah pandang itu,
kerana Allah itu Maha menerima taubat,
Allah kan Maha Penyayang.

"Tidak penting dari mana kita bermula, tapi yang penting di mana kita berakhir"

bila kita dah rasa syahdu,
sayu dalam hati,
rasa nak menangis dalam diri,
rasa nak menitis air mata bila baca tafsir surat cinta dari Allah,
rasa nak sujud lama-lama dalam solat,
mohon keampunan dari Allah,

bersyukurlah.
kerana Allah hadirkan perasaan itu.
Allah dah ketuk hati kita,
Allah dah sentuh hati kita untuk kita kembali kepada Allah.
kembali kepada fitrah,
sebagai seorang hamba.

:'(

sebak rasa di dada.
*tahan-tahan*


"Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya tidak memintanya kepada seorang pun kecuali kepadamu, Rasulullah SAW bersabda :'Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah."
(HR. Muslim)
kemudian, istiqamahlah.


memang bukan mudah,
tapi sentiasa ingat,
Allah ada, sayangku.

sentiasa ingat Allah,
sentiasa baca Al-Quran,
sentiasa bergaul dengan orang-orang yang soleh,
:')

saya sayang kawan-kawan saya,
jom awak,
kita sama-sama buat baik,

saya nak sangat, 
kita sama-sama pegang tangan untuk ke syurga di akhirat nanti,

kita sama-sama  tau.
jadi sekarang,
kalau saya lupa,
cepat bangunkan saya balik.

kalau awak tersasar,
saya akan tarik awak balik.

kita nak sama-sama kan?
sebab,
saya betul sayang awak.
kerana Allah.

ukhwah itu lagi lagi lagi manis kalau 
kita sama-sama ingat Allah, kan?
InshaAllah. <3

"Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mecintai dirinya sendiri" 
(HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad)




p/s : Subhanallah, kagum tengok saing-saing "sek kito jange pecoh-mrsm pc" sekarang. Alhamdulillah... semoga kita kekal thabat dalam perjuangan agama Allah ini, InshaAllah.
untuk kawan-kawan Uitm juga, Alhamdulillah. Lets change towards better okaaayyy?

p/s/s: Terima kasih akhwat-akhwat bulatan gembira, terima kasih krd, terima kasih , terima kasih Allah :)


nota : 
ukhti wahidah adalah sahabat saya di mrsm pc, kelate. seorang yang amat saya kagumi sejak dahulu sehingga sekarang :) *wahidah, jangan marah tau. hihi*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...