Wednesday, September 21, 2011

dia dan 'high heels'nya.


Assalamualaikum :)
                       

‘tuk tak tuk tak’
Derap kaki yang lengkap berstokin coklat itu melangkah,
Langkahnya begitu teratur, tersusun sekali,
Satu persatu,
Menuruni tangga,
Bimbang kalau-kalau high heels coklatnya tercium tangga,
Ditambah dengan stokin dan permukaan kasutnya yang agak licin,
Menambah ketidakstabilan dia yang memakai.

Hari itu hari pertama dia,
Biar dalam hatinya terselit seribu satu rasa,
‘malu la, tak pernah-pernah pakai, mesti orang tengok aku pelik’
Tapi dia tekad.
Bagaimana mahu jadi kebiasaan bila tiada langkah pertama?

Peristiwa lama kembali terlintas.
Sedang bersiap ke kelas,
Stokin disarungkan,
Kemudian dicabut kembali,
Dilemparnya ke sebelah loker.
Hatinya berbolak-balik.
Resah.
Antara tuntutan dan kebiasaan.
Dia termenung di penjuru katil bilik.
Berfikir.
Niat sudah ada, tapi takut untuk melaksanakannya.

‘Dulu kat MRSM boleh je pakai time nak pergi prep, kenapa ye?’
‘Sebab dulu wajib pakai’
‘Semua orang kalau boleh nak tunjuk stoking dia la yang paling cantik’
‘Walhal beli kat Giant RM 0.99 je’
‘Stokin mesti nak sama kaler dengan baju’
‘Kata orang, biarlah sepadan’ *gelak-gelak kecil*
‘Kalau ada kartun-kartun tambah dengan riben-riben kat belakang, lagi la bertambah kecomelan si pemakai’

Ok dah ok dah.
Panjang pula dia melalut.
Tapi itulah, ada betulnya.
Kaki itu kan sebahagian aurat perempuan,
Anggota yang wajib ditutup di hadapan lelaki bukan mahram,
Tapi tak ramai yang sedar,
Atau mungkin buat-buat tak sedar.


Dia teringat ceramah Ustaz Azhar Idrus di youtube,
tak kisah la awak nak pakai stokin ke tak,
asalkan kaki tertutup.
Nak labuhkan kain ke, 
nak pakai kasut but pun takpe.
Geli hati dia apabila membayangkan dia memakai but kuning ala-ala Pua Chu Kang.


*saya chop tudung pink!*

Lamunan terhenti apabila dia sampai ke kelas.
Konsentrasi belajarnya hari itu sedikit terganggu,
Takut ada mata yang memandang ke kakinya,
Dia cuba bercakap dengan hatinya.
kembali mengingatkan niat,
untuk apa dia memakai stokin?
untuk apa dia menutup aurat?
pandangan manusia atau redha Allah?

‘Allah ada, Allah ada’
‘I am pleased when Allah pleased with me’

 Dia tahu,
Jalan mujahadah bukan mudah,
Bukan semudah beratur untuk membeli tiket ‘The Smurfs’
(3 tahun lepas mana keluar lagi the smurfs, hehe)
Tapi jalan ini yang menentukan,
Bagaimana kita di ‘daerah sana’.

Untuk kawan saya yang sudah mula memasang niat,
Alhamdulillah,
Jangan hentikan niat itu,
Tapi kita kena ingat,
Selesaikan yang asas dulu,
Dalaman kita yang perlu kuat,
Aurat kita yang lain sudah tertutup sempurnakah?
Sembahyang kita sudah cukupkah lima waktu?
Solat lima waktu kita itu di awal waktu kah?
Kerana dengan solat itu,
Sumber kekuatan kita.
Bila dalaman itu kuat,
Pasti proses untuk kita mujahadah, menutup aurat dengan sempurna,
Akan dipermudahkan olehNya, Pencipta kita.
InshaAllah.

Berbalik kepada cerita dia.
Kelas hari itu seakan berlalu dengan pantas,
Perasaannya lebih tenang dari pagi tadi,
Alhamdulillah,
Tiada mata yang pelik memandang,
(mungkin ada, tapi dibiarkan sahaja).

Hujung minggu itu, dia tekad.
Kasut yang baru yang lebih selesa, perlu dibeli. 
Harus!
Supaya langkahnya tidak lagi canggung apabila memakai stokin.
High heels coklat yang sedang dipakainya itu dipandang,
dan andainya ia boleh bersuara,
pasti ia tahu nasibnya kelak!



p/s : dan ini hanyalah cerita dia. Kita, bagaimana?


Tuesday, September 13, 2011

dan dia bertemu jodoh akhirnya.


Assalamualaikum,

“Ipah, kalau saya kahwin awal, macam mana?”

“Haha. Jijah, saya rasa awak tak habis belajar lagi dah kahwin.”

Dari bawah katil 2 tingkat itu,
Ketawa kami pecah juga.
Peristiwa itu sudah 3 tahun berlalu,
Masih segar di ingatan.

Dan tidak disangka,
Gurauan saya rupanya ada benarnya.
Alahai Jijah. 

Dalam kalangan kami,
memang Jijah yang paling layak untuk kahwin dulu,
jijah lah yang pandai masak,
Jijah lah yang berciri keibuan, 
Jijah lah yang paling ramai peminat. (oops, tersebut pulak)
hehe.

Jujur,
Saya gembira untuk awak,
Biarpun terkejut,
Saling tidak percaya.


Lewat petang itu, Jijah memanggil.
“Ipah, bila saya dah tengok kad kahwin saya, baru saya rasa saya akan nikah”
tapi,

seminggu selepasnya,
Jijah memanggil lagi.
“Ipah,macam tak percaya je saya akan nikah, sebab  banyak persiapan dibuat oleh keluarga di kampung”

Saya gelak sahaja.
Sekejap percaya, sekejap tak percaya,
Pastinya hati Jijah sedang berdebar-debar waktu itu.
Biasalah.

Dek kerana Jijah adalah yang pertama dalam batch kami yang memilih untuk menjadi ‘pioneer’
Pastinya tajuk ‘Jijah dah nak kahwin-terkejutnya saya!’ menjadi bualan hangat,
Masing-masing mula mengorek rahsia,
‘Dari mana mereka kenal’
‘Suami dia orang mana, umur berapa, kerja apa’
Dan pastinya saya, teha dan cenun adalah orang yang paling kuat diserang untuk mencungkil rahsia jijah.
Haha.

Ramai yang menyatakan komen,
Dan antaranya yang sedikit tersentap adalah komen Lisma,
“Orang lain bercinta bagai nak rak, sekali jijah yang senyap ni yang kahwin dulu”

Haha.
Betul!
Saya kagum dengan jijah,
Tak bazirkan duit untuk bercall-calling,
Tak bazirkan masa untuk keluar dating,
Kan jah?
Syariaat terpelihara, maruah dijaga :)

Alhamdulillah, :)
Semoga berbahagia sehingga ke syurga..
*Ima kata : pengantin ribena*

2 September 2011.
Hanya dengan 3 kali pertemuan untuk membeli persiapan majlis perkahwinan,
Jijah selamat menjadi zaujah buat Ibrahim,
Alhamdulillah :)

3 hari lepas,
Saya berpeluang bertemu Jijah,
Maaf dihulur atas ketidakhadiran semasa walimah,
*jah, ipah nangis bena,sebab tok leh g..*

Dengan inai yang masih merah di jari,
Dengan cincin kahwin yang melekat kemas di jari manis tangan kiri,
Saya percaya,
Jijah bahagia.
Dan sangat bahagia,
Dengan jalan yang dipilihnya,
Dengan suratan dan takdir Allah buatnya.

Untuk awak sahabat saya dunia akhirat,
Alhamdulillah,
Semoga Baitul Muslim yang dibina,
dapat melahirkan generasi soleh wa muslih, InshaAllah :)


Jangan letakkan cinta suami sebagai yang pertama,
sebaliknya letaklah cinta Allah, cinta Rasulullah mendahului cinta kepada suami,
kerana cinta Allah lah yang akan menyalurkan perasaan cinta buat zaujmu.
Semoga perkahwinan yang kalian bina membawa mawaddah, rahmah dan sakinah,
sehingga ke Syurga :)
InshaAllah.


...

Beberapa hari sebelum jijah bergelar ‘Puan’,
Saya teringat gurauan jijah,
“kahwin lah cepat-cepat Ipah, nanti anak kita sebaya”
Haha. 
saya? Senyum sahaja.




p/s : 
buat mereka yang dah ter'couple', cepat-cepatla kahwin. awak tak nak tanggung dosa lama-lama kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...