Wednesday, April 27, 2011

bila nak balik ni, abah?

Assalamualaikum. (^.^)

Along mula mengenyit mata,
angah membalas.
ateh tersenyum simpul.
acik dan alang mula tidak panas duduk.
uda juga begitu,
menghirup titisan air teh yang semakin kehabisan di dalam cawan.
si kembar tidak habis-habis lagi mengeja akhbar lama yang mungkin bertarikh 2 tahun yang lepas.
hanya adik yang lena.
tidur di pangkuan emak.

yang lain mula bosan,
abah buat-buat tidak nampak,
emak juga.
menyambung perbincangan yang berhenti dek kerana si kembar yang berebutkan surat khabar.

bila nak balik ni abah?
mereka bertanya sendiri.
mereka bosan sebenarnya.
ziarah ke rumah kawan abah dan yang emak sakit,
bukan kehendak mereka.

mereka dahaga, mereka lapar. mereka letih.
ingin pulang segera ke rumah,
nasib baik tuan rumah memahami,
dihidangkan biskut jagung untuk dicicah bersama air teh o.
emm. sedap juga.

kelihatan abah mengusap-usap bahu pak cik yang sakit,
memberi semangat, pasti.
berdoa di dalam hati,
semoga pak cik ini cepat betah.
"jom la kita koho-koho*"
emak bersuara sepatah,
mencetus senyum kesembilan, eh silap.
kelapan beradik (Amalin tidur :))
mereka faham.
ayat emak menandakan waktu untuk pulang ke rumah semakin hampir.
dan pastinya, along yang tersenyum lebar.


bila awak sakit, saya juga akan turut merasa sakit.
kerana ikatan antara Muslim dan Muslim yang lain adalah saudara:)

melawat orang sakit seperti menduduki sebuah rumah di syurga.
mereka tidak tahu ini.
ingin diceritakan kepada mereka.

Hadis Rasulullah SAW
"Apabila seseorang Muslim itu menziarahi saudaranya yang sakit atau menengoknya, maka Allah berfirman : 'Engkau telah melakukan yang baik, dan engkau telah menduduki sebuah rumah di Syurga'."

MasyaAllah,
hebatnya ganjaran Allah kepada kita yang menziarahi orang-orang sakit.
sepanjang kita berada di rumah sahabat dan saudara yang sakit, diibaratkan ketika berada di sebuah rumah di Syurga!

Sabda Rasulullah SAW lagi,
"Sesiapa yang menziarahi orang sakit, duduk ia dalam kebun syurga hingga apabila bangkit daripadanya diwakil denganya 70,000 malaikat meminta ampun baginya  sehingga malam"

Subhanallah.
betapa Nabi Muhammad SAW menggalakkan kita untuk menziarah orang yang sakit.
siapa tidak mahu malaikat mendoakannya sehingga malam?

kawan sakit, ada kita ambil peduli?
"Siapa tahu kenapa Aidil tak datang kelas?""entah puan. demam kot." 
hari ini dia sakit, kita tunjukkan keprihatinan kita,
tanya khabar, ekspresikan simpati kita,
doakan mereka.
esok lusa, bila kita yang jatuh sakit,
InshaAllah, mereka pula akan menziarahi kita,
mereka pula akan mendoakan kita.

bukan dengan cara,
"ha, tipu la tu. buat-buat MC. padahal nak ponteng kelas FAR." hihi

kita. begitulah. bila paradigma ini akan berubah?

jom kita!
ziarahi saudara mara, sahabat yang sakit,
jangan beralasan bermacam-macam,
ingat pesan nabi, ingat. Allah amat memuliakan orang yang menziarahi orang yang sakit.
jadi, jangan ambil remeh.

ambil peluang untuk menginsafkan diri,
doakan sahabat semoga cepat sembuh.

semoga kehadiran kita, kepekaan kita pada mereka,
menambah kemanisan dalam hubungan persaudaraan yang terjalin.
hanya kerana Allah.

baru kita akan dapat merasai keindahan seperti menduduki sebuah rumah di syurga dan malaikat juga akan mengampuni dosa kita sehingga ke malam!
InshaAllah.
^_^


p/s : kredit untuk majalah Anis, April 2011.

p/s/s: kisah di atas adalah kisah separa benar. hihi

p/s/s/s : *koho-koho = beransur ansur pulang. :)  (saye orang ganu kite)

Monday, April 25, 2011

Kempen : Jom jadikan blog sebagai medium dakwah

Assalamualaikum :)

"ayah, nak beli buku ni yah"
"buku apa ni?"
"banyak yah cerita terbitan ni. ada kisah sahabat2 nabi,Uthman, Ali, Abu Bakar pun ada"

saya berdiri di sebelah curi-curi mendengar.
tekaan saya mungkin si kecil ini darjah empat atau lebih.
Ya Allah adik.
bagusnya, Maha Suci Allah.
kecil-kecil lagi diasuh untuk menghayati kisah-kisah tokoh Islam terdahulu.

saya jadi malu sendiri.

biasanya, kanak-kanak seusianya pasti mengamuk inginkan buku cerita fairy tale,
tidak kurang mungkin mereka inginkan majalah-majalah kartun,
tapi tidak bagi si kecil ini.

kalau ditanya pengorbanan Saidina Uthman dalam Islam,
pasti adik ini lebih pantas menjawab,
berbanding saya.
-.-

kita mudah melupakan sejarah.
membaca Sirah Islam hanya untuk exam PAI.
bukan untuk dihayati,
apatah lagi mengambil sedikit semangat dari kisah mereka.

adik, kakak malu.

jom.
kita start baca balik kisah-kisah para sahabat, para anbiya',
takpe. slow-slow.
InshaAllah, biar susah pada mulanya,
tapi intipati kisah-kisah mereka pasti akan terkesan dalam diri kita.

jom. baca. buku. ni. ;P

saya dan kawan mula memasang angan.
nanti bila dah ada anak,

*amboi-amboi sempat lagi berangan*
:)

nak bacakan kisah tokoh-tokoh, sejarah Islam sejak kecil lagi,
nak latih anak-anak,
biar jadi serikandi, pejuang Islam satu hari nanti,
InshaAllah.

saya terus berjalan.
memerhati suasana di Pesta Buku, PWTC Kl.
rata-rata pengunjung memakai pakaian menutup aurat.
bertudung labuh, berkopiah.

kawan di sebelah bersuara
"saya suka la environment kat sini.jarang tengok orang yang pakai tudung labuh, kat tengah2 bandar Kl ni"

emm. saya senyum.
tanda bersetuju.
mereka inilah yang suka menuntut ilmu,
mencari ilmu, kerana dalam Islam sangat dituntut mencari ilmu.
menambah ilmu dunia dan ilmu akhirat.

tapi,
cuba tengok kat shopping complex,
mesti mereka-mereka yang tak tutup aurat sangat ramai,
berdating, hang out kononnya.
mereka lupa,
sabda Rasulullah SAW,
"sebaik-baik tempat adalah di masjid, dan seburuk-buruk tempat adalah di pasar"

kenapa pasar? habis nak beli sayur taugeh tak boleh ke?

errm.
bukan macam tu,
maksud hadis di atas,
bila kita pergi ke pasar tanpa sebarang tujuan,
pasar kan banyak tempat-tempat lagha,
contoh, tempat karoke,
melepak, mendekati zina, melakukan jual beli haram,
sebab tu la pasar dikatakan seburuk-buruk tempat.

tak salah kalau pergi pasar sebab nak beli barang.
asal niat betul,
bukan untuk berfoya-foya membuang masa :)

ok?

kesimpulan.
sementara Pesta buku ini masih berlangsung,
sehingga 1 mei 2011,
jom kita jadi salah seorang pengunjung ke sana.
semoga mendapat manfaat dengan buku-buku yang dibeli,
jangan beli banyak-banyak, tapi tak sentuh dah la.
dan jangan membazir :)

InshaAllah.

untuk didik hati jadi baik,
kita kena mulakan langkah.

beli buku yang ada faedah,
bukan majalah hiburan dan novel cinta yang tidak kesampaian !

p/s : bawa kad matrik, sebab dapat diskaun. best2!
nanti kita exchange buku eh. ;P

p/s/s: jom join kempen ini. jom jadikan blog sebagai medium dakwah :)
saya pernah menulis mengenai ini dulu. ce klik sini.

sama-sama kita jadi baik supaya orang sekeliling kita akan jadi baik juga :)
InshaAllah.
saya tag :  semua yang baca  entri ini .

Sunday, April 17, 2011

untuk kamu, calon zaujku.


Assalamualaikum :)


Buat kamu yang aku tidak ketahui siapa :

Salam buat bakal suamiku.
Harapanku, semoga kamu sentiasa di bawah lindungan Allah SWT,
Tujuan aku menulis bukan kerana ingin menyatakan aku cinta pada mu,
Bukan juga kerana aku sudah rindu padamu,
Tapi aku menulis kerana aku ingin kamu tahu,
Kamu hanya untukku.

Zaman ini, di mana-mana sahaja.
Tidak kira di library, di café, di pusat membeli belah, di restoran makanan segera,
Dan di mana-mana sahaja,
Pasti akan ada pasangan ‘couple’ yang tidak halal berdua-duaan.
Bergurau senda, memadu kasih,berpegangan tangan,
Langsung tiada rasa malu.
Bila sudah rindu, mereka mula melayan perasaan,
Ber’call-calling’ sehingga kehabisan tambah nilai.
Mereka beranggapan itu sudah menjadi kelaziman,
Mereka mula mencipta dunia ‘cinta khayalan’ mereka.
Mereka tidak takut dengan larangan Allah,
Melarang mereka mendekati zina seperti dalam surah Al-Isra’.
Astaghfirullah.
Beri mereka peluang bertaubat Ya Allah…

Zaman moden ini juga,
Pergaulan bebas sudah sebati,
Tidak kira siapa, lelaki dan perempuan sama sahaja.
Tangan tampar-menampar dianggap biasa,
Katanya ‘bergurau’. Ahhh, alasan sahaja.
Mereka lupa peringatan Allah.
Lelaki dan wanita yang bukan mahram haram bersentuhan.
Astaghfirullah.
Beri mereka kesedaran Ya Allah.

Zaman dunia tanpa sempadan ini juga,
Teknologi kian mendominasi,
Setiap dari kita pasti berurusan melalui teknologi,
Pasti mempunyai paling kurang satu akaun laman sosial,
Facebook contohnya.
Namun banyak dari mereka menyalah guna,
Post gambar-gambar yang tidak sepatutnya,
Post status yang lebih bersikap kebudak-budakan dan
Tidak bersyukur dengan nikmat Tuhan.
Mereka mengeluh, mereka bangga meletakkan gambar tidak menutup aurat,
Mereka lupa setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita lakukan di akhirat kelak.
Astaghfirullah.
Beri mereka keampunanMu Ya Allah.

Zaman akhir zaman ini juga,
Fesyen anak muda, hatta yang berusia,
Mula kembali ke zaman Jahiliyyah.
Mereka memulakan kembali fesyen dahulu,
Bermula fesyen tudung bersanggul tinggi, pakaian yang jarang, legging dan inner,
Tidak lupa,kawan-kawan sejantina denganmu
Seluar pendek menampakkan lutut ketika bersukan.
Apa mereka fikir mereka ‘hot’ dengan pakaian sebegitu?
Mereka lupa di akhirat nanti,
Pasti ada yang lagi ‘hot’ yakni neraka.
Nauzubillah.
Beri mereka cahayaMu Ya Allah.

Zaman sekarang juga,
Hilang sudah sifat keperimanusiaan,
Kita hanya mementingkan diri,
Orang tua langsung tidak diberi hormat,
Orang tua zaman sekarang ‘sporting’ katanya.
Sudah tidak perlu diberi keutamaan,
Sedarkah mereka, kita juga akan menghadapi hari tua?
Astaghfirullah.
Beri mereka petunjukMu Ya Allah.

Zaman modenisasi ini juga,
Banyak dari kita yang lupa akan Tuhannya,
Mereka bangga kerana dilimpahkan rezeki yang banyak,
Nikmat yang pelbagai,
Menjadikan mereka sombong dan tidak tahu bersyukur,
Jarang mereka melaksanakan solat, berpuasa, berzakat dan mengerjakan haji,
Mereka sibuk mengejar harta dunia yang sementara.
Mereka lupa akan ada kehidupan yang kekal abadi iaitu alam Akhirat,
Astaghfirullah.
Beri mereka HidayahMu Ya Allah.

Pasti, kamu tertanya-tanya,
Apa kaitannya dengan kamu semua ini.

Baitul Muslim :)

Harapan aku,
Kamu tidak akan jatuh dengan perangkap arus kemodenan zaman ini,
Kamu tegar melawan nafsu dari menarikmmu ke lembah maksiat,
Kamu tidak tergolong sebagaimana mereka,
Sentiasa menjaga iman walau di mana kamu berada,
Tidak membuang masa mencari ‘cinta palsu’ yang tidak halal,
Kerana perasaan cinta anugerah Allah ini hanya untuk bakal isterimu, yakni aku.

Menjaga Ikhtilat dengan kawan-kawan perempuanmu,
Sentiasa menyedari Allah sentiasa melihat perbuatan umatNya,
Menggunakan teknologi seadanya,
Tidak menayangkan sesuatu yang tidak sepatutnya di laman sosial.
Sederhana dalam berpakaian,
Dan sentiasa menghormati orang tua.

Namun, sekiranya kamu salah seorang seperti mereka,
Segeralah bertaubat,
Ingat, Allah Maha Pengampun, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Menerima Taubat.

Aku bukan mengharapkan segalanya sempurna,
Cukuplah kamu tahu menjadi imam dalam solatku,
Cukuplah kamu akan bersama-samaku dalam menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini,
Cukuplah kamu sedar kepentingan dalam menuntut ilmu,
Ilmu dunia dan Ilmu Akhirat,
Cukuplah bakal suamiku seorang yang ‘skema’,
Skema mengikut peraturan Allah dan Rasul,
Melaksanakan perintah Allah, dan meninggalkan laranganNya,
Yang boleh membimbingku ke Syurga, InsyaAllah.

Buat sahabat-sahabat wanitaku,
Mari kita persiapkan diri menjadi solehah,
Setiap dari kita pasti inginkan lelaki seperti bakal suamiku juga dan lebih baik lagi,
Sebelum kita mendapatkan yang soleh,
Kita dahulu yang harus menjadi solehah.

 Aku yakin,
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat juga.
Itu janji Allah SWT dalam surah AnNur, ayat 26.

Bakal suamiku,
Sudah panjang warkah yang ku tulis,
Sekadar peringatan kita bersama,
Sebagaimana aku sedar dan berusaha menjaga diriku hanya untuk kamu,
Kamu juga perlu berbuat yang sama,
Aku simpankan rasa cinta ini hanya untuk kamu, bakal suamiku.

Buat masa ini,
kita simpan dahulu rasa cinta, 
kita salurkan kepada yang berhak dahulu,
Ayuh kita  mencari cinta Allah, cinta yang kekal abadi,
Dan InsyaAllah,
Andai ditakdirkan Allah,
Kita pasti bersama, diijabkabulkan atas nama cinta yang dilimpahkan Allah buat kita.
satu hari nanti.
InsyaAllah.


Mencari Redha Ilahi,

Bakal isterimu.

Saturday, April 16, 2011

pegang sikit pun dah pecah.

Assalamualaikum :)

jiwa kacau.
sedih sangat rasanya putus cinta.
rasa dunia ini tidak adil.
lebih baik mati sahaja.

selesai masalah.
the end.

kalaulah dengan hanya begitu,
kamu akan bahagia.
sila lah. commit suicide.

habis cerita. ye ke?

Astaghfirullahalazim.
jangan.
Allah melarang keras hambaNya membunuh diri.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (An-Nisa' : 29) 

"Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al Qur'an)." 
(QS. Al-Kahfi ; 6)


tertekan. bunuh diri. apa puncanya?

cuba kita lihat ini.
hati kita seumpama segulung kertas,


bila kertas itu kosong,
senang untuk dipatahkan.

...

namun,
bila kertas itu diisi dengan sesuatu ditengahnya,
pasti kertas itu tidak mampu dipatahkan dengan mudah.

begitulah hati.

bila hati kita kosong,
tertekan sedikit pun, sudah rapuh.
lemah. kecewa.
hatta putus cinta sekalipun,
kita mudah merasa 'down'

itu yang membawa kita berfikiran tidak panjang.
sangkaan mereka, bunuh diri itu penyelasaian segalanya.

namun,
seandainya.
hati kita ini dipenuhi sesuatu,
hati kita diisi dengan iman,
pasti.
apabila kita tertekan, sedih, kecewa,result jatuh, dilema,
kita pasti akan merasa tenang.
sabar lah hati.
kerana kita tahu,
semuanya datang dari Allah.
kita percaya,
Allah mengetahui segala sesuatu.
kita redha dengan ketentuan Allah.
Allah pasti mengaturkan kita dengan sesuatu yang lebih baik.

InsyaAllah.
kita muhasabah.
hati kita bagaimana.

formulanya senang.
asas bagi hati untuk hidup,
adalah Iman.
kita isi hati kita dengan melaksanakan perintah Allah.
dan meninggalkan laranganNya.

kita semua tahu ini.
cuma perlu diingatkan.
pengulangan itu perlu, bukan?
:)

jom.
minggu study leave ini.
kita jangan tension-tension.
belajar dengan tenang.
aturkan masa dengan baik.
antara ilmu dunia dan akhirat.
ilmu agama dan ilmu akaun.
:)

sentiasa mohon kekuatan dari Allah,
InsyaAllah.

p/s : 
Allah tidak menciptakan manusia bodoh, tapi Allah menciptakan manusia dengan kepandaian yang 
berbeza-beza.


nota lagi.
~maaf agak lama membiarkan blog ini sepi~ doakan saya untuk terus menulis. InsyaAllah.

Wednesday, April 6, 2011

jangan tengok pelik, boleh?

Assalamualaikum. :)

mereka berbalas pandangan.
ada yang mula bercakap senyap-senyap dengan orang sebelah.
bisik-bisik.
then pandang lagi.

biar betul?
wahh. dah pakai tudung...

"hmm.
tak heran pun.
confirm bukan pakai tetap ni.
macam aku tak tau perangai dia."
 "aku tak rasa pelik pun. biasa2 je. dah selalu nampak dulu kan"

err.
perlu ke respon macam ni?

tak.
obviously.
tapi kita suka buat.

nampak orang start nak berubah sikit,

start nak pakai tudung,
start nak pakai baju labuh,
start nak sembahyang 5 waktu,

mula la.
ada je ha.
syaitan-syaitan penghasut, tak puas hati.

kenapa?
salah ke mereka nak berubah?

kita yang berada disekeliling.
patut malu. 

tak semua orang kuat seperti dia.
tak semua orang mampu bermujahadah seperti dia.
tak semua orang boleh sabar seperti dia.

kita tahu kan?
mujahadah melawan nafsu ini bukan senang kan?
perlu satu kekuatan,

hanya dari Allah kita pohon kekuatan itu.
hanya Dia.
"hanya kepada Allah aku sembah dan hanya kepadaMu aku memohon pertongan" 
(Al-Fatihah:5) 
seharusnya
bila tengok kawan dah berubah,
kita syukur, kita puji Allah.
Subhanallah. Maha Suci Allah.
Terima kasih Allah,
Kau telah titipkan ilham kepada dia untuk berubah,
berikan kami istiqomah Ya Allah.
Terima kasih Allah,
kurniakanlah sahabat-sahabatku semuanya mendapat hidayahMu jua, Ya Allah.

dua.
jangan 'condemn' mereka,
sentiasa beri mereka semangat untuk beristiqamah dengan perubahan yang dilakukan.
bagi sokongan,
tunjuk contoh yang baik. :)

kita semua nak masuk syurga kan?
semoga Allah redha.

kita : bila lagi?
jangan tunggu sampai seru untuk start berubah,
kerana 'seru' itu tidak akan sampai selagi kita tidak membuka peluang untuk 'seru' tiba.
kita buka hati kita perlahan-lahan.
Insya Allah.

untuk kamu : yang mula berubah, yang sudah ada niat untuk berubah,
teruskan. jangan berhenti. jangan peduli orang lain.
Allah telah pilih kamu.
sentiasa pohon kekuatan, kesabaran dari Allah.
Hanya Dia selayaknya kita memohon pertolongan dan perlindungan.
:)

kata saya :
saya suka tengok kawan-kawan saya sekarang. terima kasih Allah. Alhamdulillah.
Moga Allah kasih.

kata saya lagi :
pakai tudung dah cantik, tapi lebih cantik kalau kita 'wear it right' kan? cover you chest, please.. :)
Islam itu indah. Discover the beauty of Islam.

more cuter and safer.
mencari redha Ilahi :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...