Thursday, March 31, 2011

menginjak ke angka 2. selamat hari lahir, saya.

Assalamualaikum :)

"eh, pelik ni.
orang nak wish birthday pun tak nak.
kalau nak buat disable wall kat facebook pun,
baik delete je account tu."
aduii awak,
sabar. sabar.

kerana itu, ada sebabnya.
bukan hanya sekadar wish 'HB' di wall fb yang saya mahukan,
tapi,
hanya seuntai DOA. 
itu yang lebih baik.

hari lahir.
seperti selalunya,
disimbolikkan dengan kek, hadiah, lilin, parti dan belon.
beginikah caranya?
jika begini,
alangkah luluhnya hati insan yang tidak pernah meraikan hari lahir sebegini dalam hidup mereka.
betulkah?

tak dapat yang real, kek pun jadi. :)

erti 'happy birthday' buat saya.
menginjaknya angka,
itu sudah pasti.
dari 19 ke 20.
saya semakin tua.

dan, dekatnya dengan mati.
ini satu kepastian.
kenapa perlu menafikan?

kedua,
bertambahnya tanggungjawab.

saya bukan lagi nurul iffah yang berusia 7 tahun,
yang sering dirotan atas tarbiyyah emak kerana tidak memakai tudung ketika bermain,
saya juga bukan lagi nurul iffah yang berusia 17 tahun,
yang sering didenda warden kerana ponteng prep.

tapi, saya nurul iffah yang sekarang berusia 20 tahun.
19 tahun berlalu.
saya harus sedar.
saya harus muhasabah.
tanggungjawab saya kepada Islam.

tanggungjawab sebagai seorang muslim.
tanggungjawab kepada mak, abah dan keluarga,
tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

dan ini akan membuatkan saya bertambah matang,
InsyaAllah.

kita bakal ditanya.
di Akhirat kelak,
Allah akan hitung usia manusia. usia kita.
sepanjang hayat saya, apa yang telah saya lakukan.

apa kemungkinan jawapan saya?
bermain facebook, meninggalkan solat dan melakukan maksiat?

Astaghfirullah. Nauzubillah.

saya tidak mahu begitu.
saya tidak mahu menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur.
saya tidak mahu menghabiskan masa saya dengan dosa.

saya kena ubah!

angka 20.
cukup-cukuplah bermain.
bila lagi hendak serius?
sedar diri.
kita tidak akan hidup selamanya.
kita tidak akan berada di dunia sahaja.

sampai  bila kita hendak begini?
ajal tidak pernah menunggu kita walaupun sesaat.

saya seorang hamba- kembali kepada fitrah.

saya perlu sedar. saya perlu muhasabah.
tujuan saya diciptakan.
tujuan kita diciptakan.

sentiasa ingat ini.
usia saya. hayat saya.
hanya kerana Allah.



saya perlu perbanyakkan amal,
biarlah peningkatan usia saya selari dengan peningkatan amal,
mematuhi 10 muwasafat tarbiyyah.
menjadi khalifah@wakil Allah di muka bumi.

juga,
saya mahu buang sifat-sifat negatif dan ketidak matangan dalam berfikir.

saya kena sentiasa redha dengan ketentuan Allah.
InshaAllah.

'wish' saya dan doa saya.

saya ingin kebahagiaan.
di dunia dan di Akhirat.

Ya Allah,
Panjangkanlah usiaku dalam ketaatan,
Murahkanlah rezekiku,
Angkatkanlah masalahku,
Permudahkan urusanku,
Berikan aku istiqomah,
Golongkan aku dalam golongan orang yang mendapat JannahMu,
Ya Allah.

Segala Puji BagiMu Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam.
Amin.

Selamat hari lahir, diri.
yang ke 21.

*ha, semua dah buat2 muka menyampah dah*
ok, saya tukar. saya tukar.

selamat hari lahir, Nurul Iffah Ghazali. yang ke 20.
:)

terima kasih Allah.
terima kasih mak, terima kasih abah.

p/s:
lepas ni, kalau ada birthday kawan-kawan saya tak wish, jangan risau. kamu sentiasa ada dalam doa saya. :)

p/s/s : untuk yang berada di frankfurt city, sila bawa balik hadiah :)

Thursday, March 24, 2011

baju kurung.tarikan mata lelaki?

Assalamualaikum :)

sayup-sayup kedengaran di suatu tempat.

"ko nak tau tak, kawan aku cakap kan,
orang laki ni, kalau tengok perempuan tutup aurat, terutama yang pakai baju kurung, jubah ke,
daya imaginasi mereka lagi 'power'
mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membayangkan yang tak sepatutnya.


tapi kan, kalau perempuan yang tak tutup aurat, pakai baju ketat-ketat, seluar ketat,
 mereka tak kisah pun. sebab dah sedia nampak dari luar kan.."


amboi-amboi awak,
semangat benor duk bergosip ha.
kawan-kawan mereka dah start pandang-pandang saya dah.

'mungkin tengok saya pakai baju macam mana'
hati saya berbisik.

cakap siang pandang-pandang dik.

saya menunggu sebenarnya.
apakah kesimpulan yang mereka cuba ungkapkan.

ada dua kemungkinan.

yang pertama.

'so, kita tak payah la pakai tutup aurat kan, senang sikit. baru laki tak bayang lebih-lebih'

hahahaha.
gelak sikit.
pandai la awak cari alasan ye.
tak nak tutup aurat, lelaki yang dipersalahkan.

Astaghfirullah.
mengucap dik.
ini namanya orang bercakap yang tak mengaplikasi ilmu yang dipelajari.

kemungkinan kedua.

'so, walaupun lelaki macam tu, kita kena tutup aurat walau macam mana pun, sebab menutup aurat itu wajib'

ha,
yang ni baru betul.

'i am pleased when Allah pleased with me.'

kita kena faham.
kita kena tahu,
tujuan kita menutup aurat sebenarnya.

bukan semata-semata kerana redha manusia,
dah majoriti orang Islam pakai, so, kita kena pakai.
bukan.

tapi sebab,
Allah suruh kita tutup aurat,

'Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman agar menjaga pandangannya, memelihara kemaluannya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat.
Dan hendaklah mereka menutup kerudung ke dadanya...'
(An-Nur: 31)
kenapa saya letak Wardina? :)

jadi,
kawan-kawan saya.
jangan risau mata-mata lelaki yang memandang anda,


lelaki itu memang begitu.
imaginasi mereka mejangkaui batasan akal kita.
cuma yang bezanya,
bagaimana mereka mengawal perasaan, nafsu mereka.

oleh itu,
perlunya hawa untuk menolong mereka,
dengan menutup aurat dengan sempurna,
tidak merendah-rendahkan suara ketika berbicara,
atau bahasa kasarnya,
jangan gedik,
'...maka janganlah kamu tunduk (melembut-lembutkan suara) ketika berbicara sehingga bangkit nafsu orang
yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik'
(Al-Ahzab : 32)
jaga hubungan, batasan antara lelaki dan perempuan,
(ikhtilat)

supaya dengan cara ini,
kita tidak menambah dosa-dosa mereka.
kita tahu kan,
banyaknya dosa lelaki itu datangnya dari wanita.
Ya Allah, mohon dijauhkan.

bila memandang wanita,
sesetengah mereka mungkin ada yang sengaja,
memandang lama. tertarik barangkali.
'yang hang duk pakai fesyen lagu tu pasai apa?'

namun, sesetangah mereka yang lain mungkin terpengaruh dengan tipu daya syaitan.
Syaitan itu kan halus hasutannya.
adam, banyakkan beristighfar.

jadi hawa kawan-kawan saya,
sesungguhnya hanya pada Allah kamu berdoa,
semoga mereka menjatuhkan pandangan mereka.
seperti mana dalam Al Quran,

'katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya,
yang demikian itu lebih suci bagi mereka.
Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat'
(An-Nur : 30)
kita mohon kekuatan pada Allah,
supaya mereka sedar perbuatan mereka.

juga kita pohon kekuatan,
untuk terus melaksanakan perintah Allah SWT,
tidak terpengaruh dek hasutan jin dan manusia yang boleh melunturkan iman kita.

banyakkan berdoa.

ketika memakai pakaian,
kita mohon, "Jauhkanlah aku dari fitnah, Ya Allah"

InsyaAllah.
mudah-mudahan kita sama-sama memperoleh redha Allah.

"Wanita yang mulia tidak memandang dan dipandang"


p/s : tak sempat dengar kesimpulan budak-budak ni bergosip sebab dah selesai urusan meng'withdraw' duit dari ATM. :)

Sunday, March 20, 2011

bahagia seperti cinderella?

Assalamualaikum.

kita pohon bahagia,
kita ingin bahagia,
tapi bahagia itu di mana?

"saya nak kerja dengan syarikat besar,
saya nak kahwin dengan boyfriend saya,
saya nak bawak kereta sport,
saya nak duduk rumah banglo,
saya nak ada anak-anak yang comel"

dan,
saya akan hidup bahagia, happily ever after.

ye ke macam tu?

hello, awak! bangun.

tu kisah dongeng cinderella boleh la.

kenapa nak tunggu sampai dapat semua tu baru rasa bahagia?
sekarang tak bahagia?

"err. entahla, sekarang biasa-biasa je."

"saya dah bahagia sekarang, saya ada ramai kawan-kawan yang faham saya, boyfriend2 yang sweet dan hensem,
keluar shopping sama-sama, family saya bahagia dan kaya, apa yang saya nak, semua dapat, 
so, saya rasa happy :)"

hmm,
bahagia kah begitu?
deep inside your heart,
tak rasa ada sesuatu yang hilang?



bahagia itu sebenarnya di mana?

nak rasa bahagia?
mungkin kena pindah Tanjung Rambutan.
oopss. terlepas. soorrrryyyyy.

dah.
jangan mengarut. sebenarnya nak cakap,
tak perlu nak tunggu semua impian awak tercapai baru rasa bahagia,
andai kata ajal menjemput sebelum kita kecapi impian yang berlambak-lambak tu,
bagaimana?

kita tidak akan dapat rasa bahagia ke?

ha,
tu la.
sebab bahagia itu bukan tunggu akan datang.
tapi SEKARANG!

bahagia itu kan datang dari jiwa,
jiwa yang tenang,
jiwa yang berpositif,
jiwa yang sedar hidup berTuhan.

bagaimana untuk rasa bahagia sentiasa?

dekat dengan Allah.
InsyaAllah, kita akan bahagia sepanjang perjalanan,
dunia dan akhirat.

kita semua tahu yang ini kan?
ingat Allah, hati akan tenang.

tapi kenapa kita masih begini?

peringatan demi peringatan,
kita tahu, tapi masih menafikan.

"YaAllah, kami pohon kekuatan dari Mu,
bukankanlah hati kami untuk menerima petunjukMu,
jauhkanlah kami dari maksiat yang akan menggelapkan hati kami,
hanya Engkau sebaik-baik sandaran, sebaik-baik penolong."

sentiasa tanya diri,
betul ke apa yang kita buat sehari-hari,
sama ada Allah redha ke tak,
ada sakitkan hati kawan ke tak,
ada buat Amar ma'ruf nahi munkar ke tak,

kerana itu muhasabah namanya.

InsyaAllah,
jom kita dekat dengan Pencipta kita,
untuk kita kecapi happily ever after,
hasanah fi dunya wal akhirah!


Bila susah tiada gelisah Bila miskin syukur pada Tuhan Bila sakit tiada resah di jiwa Bukankah Tuhan telah berfirman Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang 
(hakikat bahagia-UNIC)
 
note : happy je. :)

Sunday, March 13, 2011

tak nak geram2 dah tau.

Bismillahi walhamdulillah.

"eiii. geramnya aku rasa tengok dia ni,menyampah betul la.dia ingat dia bagus sangat.cerita bukan main letop,buat satu apa pun tak jadi.
ishhh...geramnyaa!!!"

haa,
pernah rasa tak macam ni?

tiba-tiba je,
kita rasa menyampah, geram kat orang,
padahal sebelum ni, kita ok je dengan dia.
tapi, entah kenapa,
datang angin tak kena, rasa menyampah je kat orang ni.

bila dah rasa geram kat orang,
habis semua orang yang ada kat sekeliling,
kena tempiasnya jugak,
tiba-tiba je jadi takde mood.

orang tanya, kita buat senyap.
buat tak tahu je.
muka jangan cerita la,
kalau boleh nak semua orang tahu yang kita tengah takde mood a.k.a badmood sekarang,

kawan-kawan pulak,
ada yang baik sikit, respon pun baik,
tengok kita takde mood,
dia faham. layan je la.

tapi kalau yang jenis melawan,
hah, 
terus dia pun masam muka jgk,
ye la,
antara effect badmood adalah orang lain pun rasa geram n takde mood jgk bila tengok muka yang masam kalah cuka tuh.
ish.ish.
teruk kan?

so macam mana tak nak bagi rasa geram kat orang?
macam mana nak hilang badmood?
macam mana nak jadi macam biasa je?

tak nak masam-masam. ;)

mustahil ke?

tak.
sebab,
segalanya berpunca dari JIWA.

kalau jiwa kita kotor,
banyak la serangga yang hinggap,
senang la lubang-lubang geram, hasad, benci untuk duduk dalam hati kita.

sebab tu rasa gelisah,
tak tentu arah,
benci sana, benci sini.

tapi,
bila JIWA kita bersih,
jiwa kita positif,
segala-galanya akan jadi positif,
dengan izin Allah SWT.

paling utama,
kita mohon kekuatan dari Allah.
sesungguhnya kita tiada daya, melainkan daya yang diilhamkan dari Allah.

Ya Allah,
bantulah aku. jauhkan aku perasaan gelisah, jauhkan perasaan benci kepada orang ini, Ya Allah.

kerana segala-galanya yang berlaku di atas muka bumi,
adalah percaturan Allah.
jadi,
selayaknya kita untuk kembali kepada Allah SWT.

betul?

bila kita faham ini,
kita akan rasa,
hidup kita ini hanya lah 'lillahi taa'la'
semuanya kerana Allah.

bila rasa gelisah, rasa sedih, rasa sepi, rasa sunyi, rasa lapar,
usah risau, Allah ada untuk kita.
mintalah kepada Allah.
InsyaAllah, Allah akan tunjukkan jalannya.

bila kita diberi nikmat,
kita bersyukur.

bila kita ditimpa musibah, diberi ujian,
kita tak cepat melatah,
kita sabar,
kita redha,
terima aje.
itu ketentuan Allah.
Allah knows best.

"Allah Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" (2:30)

barulah kita rasa,
hidup berTuhan yang sebenar,

kat mana-mana pun kita,
di shah alam, frankfurt city, australia, jepun, uk, cairo,
semua tempat, setiap keadaan, setiap saat,
Allah bersama-sama kita.


jadi,
kita kena yakin dengan Allah,
setiap saat kita sedar Allah.


Iman itu PERCAYAKAN ALLAH,
bukan hanya sekadar percaya adanya Allah.

yakinlah dengan Allah,
kebergantungan kita hanya padaNya.

barulah kita akan rasa bahagia.
tidak ada benci membenci.

bahagia bukan terletak pada harta,
tapi bahagia sebenarnya pada JIWA.
bahagianya rasa bila kita semua hidup dengan syariaatNya. :D

jom,
sekarang, sedar diri kita,
sedar yang Allah sentiasa ada untuk kita,


sentiasa kembali pada Allah walau apa jua keadaan pun.

ok?
InsyaAllah.

note :
kita sebenarnya tidak akan pernah rasa bahagia selagi kita tidak kembali pada Allah SWT.

Tuesday, March 8, 2011

unik itu mereka.

Assalamualaikum :)

hari pertama:
mereka malu-malu. tersipu-sipu.
memandang dan tersenyum.
memandang lagi.

mereka sebenarnya bimbang andai mereka tidak diterima,
selama ini,
pergaulan mereka terbatas bersama suku kaum mereka sahaja.

namun,
kehadiran kami yang juga pertama bagi mereka,
beraktiviti bersama,
makan bersama,
bermain bersama.
meninggalkan seribu makna,
buat mereka.


majoriti dari mereka adalah bukan Islam,
semoga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT,
:)

walaupun mereka dilihat jauh ketinggalan,

tapi,
percayalah.
mereka punya kelebihan lebih dari kita,

fizikal yang kuat,
jiwa yang kental.
semangat yang tidak mampu ditafsirkan.
sekental nama mereka.
'Ranggis', 'Salom', 'Reman', 'Naila', 'Dickson', 'Atan'.

masuknya hari kedua,

malu mereka terhakis,
sedikit demi sedikit.

mereka begitu bersemangat.
menjerit sehingga sakit anak tekak mungkin.

mengemas juga,
bayangkan.
kita, untuk membersihkan tandas,
tunggu 2,3 kali orang suruh baru start nak buka pili air,
tapi itu bukan mereka.
bagaikan sudah sebati.
mereka memberus apa yang perlu,
setiap dari mereka ada tugasnya,
sekecil-kecil tahun1 sehingga sebesar-besar tahun 6,
bekerjasama,
langsung tiada yang culas.

terharu.

dalam bermain juga.
mereka begitu aktif,
berlari, letih, berlari lagi.
sehingga kami yang keletihan.
bagaikan tidak mampu dikawal.

adik-adik kakak,

mereka dahagakan perhatian.
yang perempuan,
tidak mahu berenggang bersama kami,
pasti baju kami ditarik, dipeluk dari belakang,
ingin sentiasa dekat dengan kami.

yang lelaki,
mengajak untuk berlari bersama mereka,
mereka datang mencuit pinggang,
dan kemudian, berlari,
tujuan hanya satu,
ingin kami mengejar mereka.


sepanjang di sana,
modul demi modul.
Alhamdulillah.
selamat diberikan dengan pendekatan yang berbeza,
asalkan objektifnya tercapai.
untuk memberi sedikit pendedahan betapa pentingnya ilmu buat mereka.


mencabar.
ingin memahami dialek mereka yang berbeza,
kadang-kadah terpaksa 'ha? apa dik?' banyak kali,
kesukaran dalam mengawal keaktifan pelajar,
tapi pengalaman itu yang mengajar untuk lebih bersedia pada masa-masa akan datang.

hari terakhir :
setiap program pasti ada penutupnya.
mural di bilik TV diabadikan,
dijadikan kenangan.
cop tangan mereka dilekatkan di situ,
tanda mereka bersama kami.

sebelum berpisah,
air mata kami tertitis jua.
sebak untuk meninggalkan,
namun, tugas fasi perlu diakui,
klien itu datang dan pergi,

walau sekejap cuma,
ikatan ini terjalin.
namun akan kekal di hati sehingga akhirnya.

sekarang :
bagai terngiang-ngiang suara 'cekgok' (panggilan bagi cikgu) di telinga,
nyanyian lagu 'kalau berpacaran' dan 'khalifah' yang dinyanyikan mereka,
wajah sebak mereka bersama cucuran air mata sewaktu bas kami bergerak pulang,

rindu itu menjengah.
sungguh,
kami rindu kalian.


semoga kita berjumpa lagi,
InsyaAllah.
:)


note  : 
*Program misi akademik : 'Kreatifnya anak peribumi' anjuran JPK Puncak Perdana :)
4-6 Mac 2011, SK Tun Abdul Razak, KKB, Hulu Selangor.*

terima kasih JPK, terima kasih Perfact. terima kasih warga SK TAR.

note-note : ce cite. ce cite. ;P

Tuesday, March 1, 2011

kenapa kakak pakai saya punya?

Assalamualaikum :)
"dik, masuk dik, 
tengok-tengok baju,
murah je baju ni.
kalau kat luar, akak jual 18.
tapi kat sini, akak bagi 10 je.
labuh baju ni.
adik pakai legging, pakai inner,
mesti cantik la dik."
haa?
apa kak?
legging?
errr.

terkejut dengar akak tu cakap.
istighfar panjang.
perasaan ingin cepat keluar dari situ.
kata kawan sebelah ,
"akak ni, agak2 la sikit nak cakap macam tu. tengokla kita pakai macam mane"
saya senyum sahaja.

kata orang :

eleh,
ko ni. kolot la.
legging pun nak kecoh.
dah orang pakai inner tu takpe pulak?
ok ape pakai legging pun,
baju dah labuh la..

kata saya:

hmm.
cantik ke pakai macam tu?
nampak habis apa yang tidak perlu dinampakkan,
hot ke?
bukan apa,
perempuan yang tengok pun dah rasa malu,
apatah lagi mereka yang bermata keranjang.

legging.
tutup aurat ke?


"tutup la. legging tu kire subtitute seluar la"

awak,
salah tu.
dalam Islam, kita disuruh menutup aurat,
bukan membalut aurat.
legging tu kan kira macam kita balut kaki kita je.
maknanya?
kita masih tak tutup aurat bila pakai legging.

akhir zaman ni,
macam-macam fesyen timbul.
demand sangat tinggi.
fashion keep changing.
very rapidly.

baby pakai nampak comel lagi, tapi kalau mak budak yang pakai?


jadi,
kawan-kawan saya yang saya sayang,
kita kena pandai pilih.
nak ikut fesyen mana.
nak buang fesyen mana.

tak salah ikut trend semasa,
tapi biarlah selari dengan tuntutan syariat Islam.
jangan ter'over' pulak. (tabarruj)

ok?

Rasulullah SAW dah pesan,
"bila tiba akhir zaman,
akan datang perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang"

tengok masyarakat sekarang,
kita muhasabah.

kita sudah berada di akhir zaman.
takkan kita masih nak bermain, berhibur dengan permainan dunia yang sementara?

jom.
kita ubah.
nak pakai legging?
fikir 2,3 kali dulu.

jangan mudah terpengaruh dengan 'musuh' kita yang kita tak nampak tu tau!

kita tutup aurat kita slow-slow.
InsyaAllah,
nanti kita akan tutup aurat keseluruhannya.

perubahan bermula dengan satu langkah pertama..
kita yang tentukan.
:)


p/s : kawan tanya, "errmm, camne sebenarnya nak pakai legging eh? tak susah ke?" ;)

p/s/s: awak cantik bila tutup aurat!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...