Tuesday, January 25, 2011

bila malu mengatasi mahu

Assalamualaikum :)

saya nak beli Majalah Solusi,
saya teringin nak baca,
tapi,
nanti kawan-kawan saya kutuk saya.
mana pernah saya baca majalah macam tu.

saya teringin nak dengar nasyid,
tapi nanti kalau kantoi dengan diorang,
macam mana?
malu la wei.

saya rasa nak sembahyang jemaah kat surau,
dah lama tak pergi surau,
selain dari sembahyang Jumaat,sembahyang raya,
last saya pergi surau bila duk asrama dulu.
tapi kalau nak pergi sekarang,
mesti orang pelik kan?

saya suka juga tengok orang alim-alim.
walaupun saya ni macam jahil sikit pasal agama,
biar saya pernah kutuk diorang,
cakap diorang skema, takde life kononnya.
tapi jauh dalam hati saya,
saya teringin jugak nak jadi macam diorang.


bila baca-baca artikel dalam internet,
terbukak jugak pintu hati saya nak berubah.
tapi,
entahla..

saya pun nak jadi baik juga!
itu jeritan batin saya.

tapi,
mampu ke saya nak berubah?
boleh ke saya nak jadi macam orang-orang lain yang baik tu?
macam tak berapa layak je saya ni.

malam tu,
saya jumpa satu ayat ni.
"didik hati"

untuk didik hati,
kena buat slow-slow,

"kalau awak rasa awak nak buat apa-apa kebaikan, jangan ditangguhkan"

jangan tangguh!
buat je!

nak beli majalah Solusi,
nak dengar nasyid,
nak sembahyang berjemaah,
nak pakai baju longgar-longgar,
nak tutup aurat.

InsyaAllah,
lama kelamaan,
Allah akan buka pintu hidayah kepada kita untuk berada di jalan yang diredhaiNya.

bila awak dh biasa buat pkara-pkara baik,
apa-apa sahaja pkara yang dilarang,
akan ditinggalkan,
tanpa kita sedar.
(maksud Hadith)

InsyaAllah.

Penghijrahan Amir Ruffedge atau kini lebih dikenali dengan 'Amir Munaweer.'
Alhamdulillah :)

untuk didik hati,
jangan sesekali tinggalkan solat.
sembahyang 5 waktu WAJIB!
kerana solat itu asas bagi umat Islam.

didik hati 2,
dengan berzikir.

ada masa senggang sikit,
atas motor nak pg kelas.
dalam bas ke menara,
panjat tangga menara sampai level 11,
kita sama-sama ingat Allah,
selawat ke atas nabi.
paling kurang, kita beristighfar 9 kali selepas solat.
tak susah kan?

didik hati 3,
sentiasa baca kalam Allah,
jangan pernah miss,
walau pun sehelai muka surat sehari.
teringat satu hadis.
'kalau kita tak baca Al-Quran dalam sehari, kita akan tergolong dalam golongan yang lalai'
Astaghfirullah.

didik hati 4,
kita mesti banyakkan doa,
supaya Allah kurniakan hidayah kepada kita,
untuk berubah ke jalan yang lebih baik.
Amin.

jadi,
jangan malu untuk mulakan perubahan,
jangan mencipta berjuta alasan,
jangan bertangguh dengan perkara kebaikan,


tapi,
kita istiqamah dalam setiap amal kebaikan yang kita buat,
bersungguh-sungguh dalam kehidupan,
kerana hidup kita sebenarnya adalah untuk mati.


teringat nasihat teman,
"Tidak penting di mana kita bermula, tapi lebih penting di mana kita akan berakhir." 


sekarang,
jom.
kita start didik hati kita perlahan-lahan.
ok?
:)


note : keep asking ourselves, "kenapa kita hidup di muka bumi?"

Monday, January 17, 2011

drama epal hijau

Bismillahi walhamdulillah :)

'Telah dihalalkan epal itu'

Subhanallah, cerita yang sarat dengan pengajaran,
setanding Ketika Cinta Bertasbih,
(tafsiran saya)

aurat lelaki dan perempuan terjaga,
walaupun tiada adegan bersentuhan lelaki perempuan,
namun,
watak sepasang suami isteri,
ibu dan anak lelaki,
dapat dilihat,
malah dirasa.

sangat menyentuh hati.

Alhamdulillah.
mesej yang dibawa tetap sampai.
:)

jalan cerita yang mencerminkan pemikiran masyarakat setempat,
dialog yang santai, penuh dengan nasihat,
penghayatan watak oleh pelakon-pelakon,

menjadi salah satu sebab kenapa drama ini wajib ditonton oleh anda semua!

tak percaya? tengok sendiri :)


tajuk yang sangat menarik,
menggunakan epal hijau sebagai 'trademark'.
berkisahkan tentang Halim,
yang ditugaskan menjaga Pak Cik Kudri, seorang orang kaya yang mempunyai 3 orang anak.
nak saya cerita ke atau nak tengok sendiri?
(tengok sendiri ye)hehe

tak dapat Tv Al Hijrah?
jangan risau.

klik sini untuk tonton
:)

semoga drama ini menjadi permulaan kepada produksi-produksi drama di Malaysia.
untuk menghasilkan drama yang memberi mesej dan selari dengan tuntutan agama,
InsyaAllah.

semoga Tv Al Hijrah akan terus menyiarkan drama bermutu,
dan dijadikan ikon dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat di Malaysia,
dan dunia am nya.
InsyaAllah.
Amin.


Tahniah kepada aktor dan aktres TDEI,
Tahniah warga Zeel Production!
Tahniah Tv AlHijrah!

note :
(ada macam baca surat khabar tak?)hehe

note-note :
OST drama ini pun sedap :)
Sabhi Sadhi - Jalan Pulang.

note-note-note : saya tak habis tengok lagi. 

Sunday, January 16, 2011

tak suka! tak suka!

Assalamualaikum :)

kaifa halukum?

bercakap mengenai khabar.

selalu kita tanya orang,

"awak sihat?"

sihat itu merujuk kepada fizikal.

tapi sekarang, kita tukar.

bagaimana iman kamu hari ini?
sihat?
hati kamu bagaimana?
bersihkah?

jangan ada kotor ya.

tapi kita,
selalu lupa.
ada perkara yang kita buat,
walaupun kecil,
mula mengotorkan hati kita.
tanpa kita sedar.

contoh.


"boringnye hari ni..tak tau nak buat ape"


"bowink la aq hr nie"
(tak faham betul orang yang tulis macam ni)

macam pernah jumpa ayat ni kan?
tapi kat mana eh....

try tengok  news feed dalam facebook.
ramaikan orang tulis macam ni.

mungkin kita pun pernah juga.

tolong jangan salahkan masa, tapi kita sebenarnya yang tak reti urus masa

boring sangat ke?

betul dah tak de keje nak buat?

solat dah?
kerja rumah, kerja sekolah, kerja pejabat,
dah siap?


menghebohkan perihal keboringan di dalam facebook.
perlukah?
sedangkan kita boleh guna masa yang ada dengan buat perkara lain,

buka internet ni untuk facebook sahaja kah?
untuk ber'tweet-tweet' sahaja kah?


yang duk buat status macam tu,
nak tarik perhatian atau....


bukankah banyak ilmu yang kita boleh capai melalui hujung jari.

website memotivasikan diri :
iluvislam.com,
langit ilahi,
genta-rasa.

kalau tak suka baca,

download nasyid,
video ustaz-ustaz mengajar.


takpun,
baca surat khabar online,
at least dapat tau isu semasa.

kan?


"ala, tak minat la mende-mende cani"

ok.
tak minat,
tutup internet.
buat perkara lain.


bukan apa,
kita menyuarakan betapa bosannya kita.
tanpa kita sedar,
kita sebenarnya sedang mengeluh.
walaupun bukan diluahkan dengan kata-kata,

tapi,
maksudnya tetap sama.

kita tidak bersyukur dengan nikmat masa lapang yang Allah Swt berikan
kepada kita.

Astaghfirullahalazim.

itulah.
ingat 5 sebelum 5.

sihat sebelum sakit,
muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sempit,
dan.
hidup sebelum mati.

(nyanyi sikit.hehe)

jadi,
lepas ni,
kena sentiasa peka,

tak yah la letak status macam tu lagi.
kalau tak de idea sangat,
tapi still nak update status,
letak maksud hadis ke,
firman Allah Swt,
tak pun,
ayat-ayat motivasi yang bagi manfaat kepada orang lain yang baca.

bukan ke,
"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain?"

lagi bagus.
dapat pahala.

InsyaAllah.
:)

note : jangan mengeluh.


"Orang yang mengeluh tak akan pernah berjaya dalam hidup"
(dialog ayah Hani - Lestary Hani, TV3) :)

Wednesday, January 12, 2011

comel-lotey

Assalamualaikum.

kejap eh,
sikit-sikit tengok cermin.

"ok tak tudung hari ni?
baju ok?
ala, tumpah sos nuget pulak.
takpe2.
tak nampak sangat kotor,
ok, dah comel."
boleh start jalan balik.

perempuan.
macam tu la.

mula-mula cermin kat bilik,
lalu kat cermin kereta, pandang kejap,
tingkap gelap boleh jd cermin untuk tengok,
cermin di toilet, jangan cerita la.

hihi.

normal la tu kan,
perempuan.
nak nampak cantik.
biar orang lain tak kata cantik,
tapi kepuasan diri sendiri untuk nampak cantik memang sangat tinggi,

hah,
ambik kau ayat.

eh. eh.
lelaki pun sama.
ingat saya tak tau ke?
baju nak nampak kemas,
biar tak basuh untuk beberapa minggu.
(hiperbola ke?)
rambut mestila kena stylo.
lepas mandi sikat rambut,
bergaya depan cermin.
(kajian berdasarkan pemerhatian)

haha.

cantik ke kita sebenarnya?
saya cantik?
awak?

saya memang cute. :)


orang duk puji cantik, comel, cute, chubby, cun,
lelaki pulak, macho la ko hari ni.

betul ke semua tu?
ke nak ambik hati orang je kan?

hihi.

sebenarnya kita cantik.
cantik sebab,
Allah yang cipta kita.

"Allah tak mencipta manusia hodoh, tapi Allah menciptakan manusia dengan kecantikan yang berbeza-beza"

cantik itu kan subjektif,
bukan pada hidung yang mancung,
bukan pada kulit yang putih dan gebu,
bukan juga pada gaya fesyen yang dipakai.

tapi cantik itu bermula dari hati,
dan dipancarkan kepada luaran,
iaitu,
akhlak kita, 
pertuturan kita,
aurat kita,
peribadi kita.

bila hati kita bersih,
jauh dari maksiat,
terhindar dari nafsu,
InsyaAllah,
kita sebenarnya akan jadi cantik di sisi Allah Swt.

jangan peduli dengan pandangan mata manusia,
kerana biasanya kita menilai sesuatu dengan mata kasar,
bukan melalui mata hati.

kadang-kadang kita terlalu mendiskriminasi,
yang mana dilihat hodoh,
dipinggirkan.

yang mana 'hotstuff',
dijadikan kawan.
tumpang glamor mungkin.

haha.
kita.
selalu begitu.

bukankah mereka juga manusia?
dan semua manusia tidak sempurna?

kita ini sempurna kah?

kepada yang cantik dari pandangan manusia,
jangan sombong,
jangan megah dengan cantiknya kamu pada hari ini.

kerana kecantikan itu sebenarnya ujian buat kamu.
bagaimana kita bersyukur dengan nikmat cantik yang Allah berikan.
dan kena ingat,
Allah bila-bila masa je boleh tarik nikmat itu.
sebab semuanya kepunyaan Allah.

kepada yang kurang cantik di mata manusia,
jangan berduka cita,
ingat,
Allah itu Maha Adil,
diberi setiap kelebihan dan kelemahan.
kamu mungkin tidak cun, tidak manis seperti orang lain,
tapi kamu boleh jadi cantik dengan akhlak kamu.

sebenarnya,
yang orang kata dia cantik pun,
tapi bila pertuturan tidak terjaga,
kita mesti nampak sesuatu yang kurang padanya.

dan sebaliknya,
bila seseorang itu kurang cantik,
tapi dengan akhlak yang indah,
pertuturan yang baik,
aurat yang terjaga,
pasti,
akan ada aura cantik yang boleh menarik orang untuk sentiasa melihatnya.

walau sesiapa pun kamu,
cantik atau tidak,
kita kena sentiasa dan sentiasa ingat.
kita bukanlah sesiapa.
hanya peminjam di Bumi Tuhan.
Segala-galanya milik Allah,
bukan hak kita.

jadi,
Bersyukurlah dengan segala kurniaanNya.
say Alhamdulillah, Thank You Allah :)

praktikkan doa ini ketika melihat cermin,
dan untuk memohon akhlak yang baik :

"Ya Allah, sebagaiman Engkau mencantikkan kejadianMu, maka perbaikilah akhlakku."

Moga Allah Redha.
:)

note : awak semua cantik !

note-note :

perasan tak,
bila kita tengok cermin sekali,
kita rasa kita dah cantik,

tapi bila kita tengok berkali-kali,
tenung cermin lama-lama,
mesti kita akan rasa ada yang tak kena,
or dalam bahasa mudah,
makin tak cantik.
jadi,
jangan tengok cermin lama-lama.
tak percaya, try eh.
:)
(boleh pulak macam tu)

Sunday, January 9, 2011

jangan membazir

Assalamualalaikum :)

al kisah cerita bermula,

saya duduk kampung.
air batu campur 1.50 pun dah kira mahal.

sekarang kat bandar.
ice lemon tea dah 4.50.
tak termasuk cukai lagi.

kat kampung,
makan mee guna garpu.
mee tak nak naik,
guna tangan je.
tak de siapa nak tengok pelik.

sekarang kat bandar.
kedai bagi chopstick.
nak pegang macam mana ni?
nak makan dengan tangan,
Malu.
control la kononnya.
haha.

apa yang saya nak cakap ni?

sebenarnya..

saya dah belanja dengan banyak dalam satu hari,
hanya untuk makan sahaja.

hidangan sampingan


abah, mintak maaf. :(


macam ni la kita.

lecturer suruh beli buku,
kalau boleh nak beli yang paling murah sekali.
"photostat boleh puan?"

tapi kalau handbag, kasut, baju,
takpe mahal pun.
yang penting kualiti.

ye la tu.
alasan je banyak kita ni.
kan?
.
.
.
.
saya tak nak macam tu dah.


awak pun.

tau?

membazir tu amalan syaitan.
kawal sikit nafsu,
belanja bila perlu je.

jangan demand sangat.
ingat kita ini siapa.

sederhana itu lebih baik.
:)

ok?



*peringatan untuk saya.

**teringat mak kata : angah kawin nanti tak yah la dengan orang kaya sangat. susah mak nanti.
:)

Saturday, January 8, 2011

hati yang kau sakiti

assalamualaikum.

saya tahu.
perempuan.
hatinya lemah.
mudah rapuh.
mudah kecewa.
mudah menangis.

tanpa saya sedar.
lelaki juga begitu.
anggapan saya lelaki tidak akan begitu.
tidak akan kecewa,
tidak pernah serius.
tidak akan sedih.

namun,
hanya kerana satu.
yang bernama Cinta.
tidak ada bezanya lelaki dan wanita.

kan?

awak,
jangan sedih.
memang.
kita akan rasa kecewa.
kita rasa,
kita dah jumpa orang yang terbaik untuk kita.

dia dah banyak ubah hidup kita,

dari seorang yang malas sembahyang,
kepada seorang yang sembahyang 5 waktu.

dari seorang yang mudah putus asa,
kepada seseorang yang bertambah yakin,

dari seorang yang malas belajar,
jadi semakin rajin,

dari seorang yang merokok,
kepada tidak merokok.

dari seorang yang keras kepala,
kepada seorang yang 'sweet'.
*hehe. perlu ke?*

tapi,
entah kenapa,
sekarang.
dia semakin jauh dari kita.

dia cakap,
dia dah ada orang lain.

sakit kan saat tu.
rasa sangat sedih.

kita dah rancang,
nak ambil dia jadi pasangan kita,
nak jumpa mak ayah dia.
tapi kenapa dia buat kita macam ni?


awak,
tau kan?
jodoh tu bukan kita yang tentukan.
biar seserius mana pun kita dengan dia,
tapi,
bila Allah tetapkan dia bukan untuk kita,
kita tak boleh tolak.
sebab kita hanya hamba.
kita tak ada kuasa.

awak kena redha,
awak kena sabar.

kalau setiap kali awak teringat dekat dia,

tengok McD, teringat time awak makan fries sama-sama,
tengok teddy bear, teringat awak pernah bagi hadiah time birthday dia,
tengok baju T, teringat baju yang dia bagi kat awak.

awak cepat-cepat Istighfar.
ingat Allah.
bukankah itu lebih baik?

jangan layan sangat perasaan rindu awak.
rindu pada orang yang belum tentu jadi milik awak.
sebab saya takut,
awak makin jadi tak tentu arah.
syaitan tu hasutannya sangat halus.

orang kata,
Cinta boleh buat manusia jadi gila.

saya tak nak sebab awak putus cinta,
awak tak dapat fikir dengan baik.
awak bukan macam tu kan?

virus merah jambu?

awak,
saya rasa tersangat la elok,
awak dekatkan diri awak dengan Dia.
awak hulurkan cinta awak pada yang Berhak dulu.
kita sama-sama semaikan rasa CINTA kita yang suci tu,
pada ALLAH swt,
baru kita akan rasa nikmat cinta yang sebenar,
InsyaAllah.

setiap yang berlakukan terselit hikmah.
"Allah nak bagi kita jumpa orang yang salah, sebelum kita jumpa orang yang betul-betul terbaik buat kita"

kalau awak ingat balik,
Allah sebenarnya nak bagi kita peluang,
untuk kita bersihkan hati kita dari dosa-dosa yang kita pernah buat.

berangan-angan tentang si dia,
dating berdua-duan dulu,
ber-sms, ber'calling' sampai larut malam,
pegang-pegang tangan,
lambat sembahyang sebab pergi tengok wayang sama-sama.
dan lain lain lagi.

semua tu kan tak boleh, awak.
awak dengan dia tak ada ikatan yang sah lagi.


awak jangan duduk sorang-sorang,
baik awak pergi ambil Wudhu,
Baca Love Letters from Allah.
InsyaAllah.
awak akan rasa lebih tenang.

dapatkan sokongan dari kawan-kawan awak,
buat something yang awak suka,
makan ais krim, main bola, bowling, main PES, baca novel? (err..)
supaya perhatian awak akan teralih dari asyik teringat kat dia 24 jam.
*bunga bukan sekuntum kan. hihi.



dah. dah.
tak nak tengok awak sedih lagi.
bangkit dari rasa kecewa.
bangkit dari rasa lemah.

saya nak tengok senyuman awak.

jangan risau,
kita banyakkan doa,
semoga jodoh kita nanti,
bersama dengan orang yang melabuhkan cintanya kepada Pencipta juga.

Ya Allah,
tetapkanlah orang yang mencintaiMu, mencintaiku.


ok?

ni nasihat saya.
kalau awak tak nak terima,
saya minta maaf.

mesti awak kata,
"kau boleh la, cakap memang senang.
cuba rasa bagaimana perasaan putus cinta, mesti dah tak berani cakap lebih-lebih"

haha.
terpulang awak nak cakap apa.
mana yang baik, kita jadikan teladan.

Moga kita sama-sama mendapat redha Allah Swt.

*note : pengalaman itu mengajarku. :)

Thursday, January 6, 2011

bulan 6, 2011

assalamualaikum :)

saya sihat.(tak tanya pun.)

fikir.
fikir.

apa yang saya nak sebenarnya?

1.
pengalaman kerja?
-pengalaman memang penting. at least, kalau kita tak buat kerja berat2 sangat, kita dapat belajar 'something' kan.
2.
elaun bulanan?
-perlu. untuk memotivasikan diri untuk buat kerja.
3.
dekat dengan famili?
yang ni...erm, bergantung jugak kan.
kalau kita duduk rumah dan boleh bantu mak ayah,ringankan beban mereka, lagi bagus kita duduk rumah.
tapi, kalu duduk rumah, dan susahkan parents, fikir lagi sekali ye. ;)
4.
dekat dengan kemudahan pengangkutan?
sangat perlu.
saya takde Mini coopers dan scooter dan driver lagi.
5.
kos sara hidup rendah?
bergantung jugak. kalau bandar bandar besar seperti KL, Shah Alam, belanja lebih sikit..
tapi, bandar bandar kecil seperti Kuala Terengganu, sewa rumah jauh lebih murah. ;)
6.
senang nak dapat kerja nanti?
orang kata,bila employer dengar praktikal dekat Big4(contoh), mesti mereka akan ada higher expectation sikit. high probability untuk dapat kerja. betul ke?

atau

nak cari calon suami?
(bukan serius)
err...

hehe.

salah satu big 4. 


Praktikal.


Internship.

bunyi macam tak sabar-sabar.
tapi,
saya sendiri belum menemui keputusan.

tetapkan prioriti kita di mana,
apa yang penting,
niat mesti ikhlas.
baru kita akan dapat keberkatan dalam pekerjaan,
InsyaAllah.



awak?

dah tau apa yang awak nak?

kat mana?

hehe.

note utama : minta pentunjuk dari Allah. Dia yang Maha Mengetahui ;)

note : 12hb ni dah ada perjumpaan dengan ko ordinator :(
*siapa yang dah ada pengalaman? boleh bantu saya?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...