Saturday, November 27, 2010

Istimewa

Bismillah, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

terkejut.
pelik?
jangan pelik.

betul la ni.
jangan betulkan skrin laptop anda.
kerana ini sesawang sebenar.
haha.

tiada lagi corak abstrak,
tiada lagi bumi yang dipercikkan air,
tiada lagi background hitam yang membuatkan mata terasa sakit.

kerana sekarang.
hanya awan dan langit yang cerah,
ciptaanNya,
yang menghiasi laptop kamu!

tak suka?
sukakanlah.
:)




terkenang.
teringat kali pertama terlintas untuk menulis.
tengah malam 11 Ramadhan 1430H,
saya terjaga dari tidur,
berfikir mengenai diri,
usia yang semakin meningkat,
bererti,
semakin hampir dengan kematian,

namun, 
saya fikir,
saya tiada usaha untuk memperbaiki diri,
apatah lagi mengejar amal,
hari-hari berlalu seakan kosong,
tidak membawa erti.

sama dengan sebelumnya.

saya tidak boleh untuk terus begitu.
saya tidak mahu dikatakan hamba yang lupa siapa Tuannya.
saya tidak mahu.

saya tidak mahu hari-hari saya berlalu tanpa erti,
tiada makna,
rutin yang tidak mengajar saya apa-apa,
saya tidak mahu.

saya mencari,
saya siapa.
apa tujuan hidup saya,
ke mana saya akan pergi selepas ini.

kamu tahu?
siapa kamu?
tujuan hidup kamu?

bukan hanya di sini.
tetapi ada kehidupan kekal abadi selepas ini.

penyelesaian.
saya perlu berubah,
malam itu juga,
saya mula menulis entri pertama.
(klik sini untuk baca)
*malu*
sebagai satu peringatan.
khusus buat saya,
dan kamu.
InsyaAllah.

setahun berlalu.
entri demi entri,
saya ingatkan saya,
tapi,
kita tidak sempurna
ada kalanya,
saya alpa.
saya lupa.

namun,
tidak bermakna tiada ruang untuk sedar kembali.
kita harus mujahadah,
dalam melawan nafsu.
Istiqamah.
dalam membuat perkara baik,
walaupun kecil biarlah berterusan.
InsyaAllah.

ok.
sekian.
terima kasih.

manggis sedap juga kan? :P


Friday, November 26, 2010

ter'delete' dan tulis baru

salam Jumaat yang penuh barakah.

saya tulis.
tulis.
tulis,
tiba-tiba ter'shut down'.

saya tak save.
tak dapat nak post entry tu.

sekarang.
ini bukan entry itu,
entry itu hold dulu.
(saja bg saspens)

Tahniah skuad hoki negara walaupun hanya bergaya dengan pingat Perak di Guangzhou!
cerita benar
saya masih menunggu.
untuk menaiki bukit, memasuki parking, dan membuat pusingan 3 penjuru.
(faham-faham sendiri di mana latar tempat cerita ini hehe)

matahari mula menunjukkan sinar,
letih menunggu makin dirasa,
tekak kian kering,
perasaan mula bertukar.
dari sabar menjadi....

disebelah,
kelihatan seorang kakak yang juga masih menunggu.
ada riak keletihan,
tapi masih mampu tersenyum.
 "kita nak apa-apa, bukannya senang, mesti rasa susah dulu"
kakak mula bersuara,
tepat terkena diri saya.
malu.
satunya ayat yang sangat menjelaskan keadaan sekarang.

saya lupa.
saya hanya inginkan kesenangan.
saya hanya fikirkan mudah,
sedangkan,
setiap kesenangan itu bermula dengan kesusahan.
Astaghfirullah.

dari jauh,
saya mula tertarik,
kelembutan tutur kata,
keperibadian,
saya mula memasang kata.

"kakak umur berapa?"
dengan senyuman,
dia menunjukkan angka empat pada jari.

"dah 40?"
saya bertanya dalam nada terkejut,
kakak masih kelihatan muda,
wajah yang tidak menggambarkan usia.
'awet muda mungkin'
hati saya berbicara, nakal.

ayah nama Ustaz Zali kan?"
kakak itu bertanya.

"eh, macam mana kakak kenal ayah saya?"

"ayah baik dengan abang dulu"

dulu?
saya curiga.
siapa abang? abang kandung atau......suami?

"errr..suami kakak ke?"

"aah, suami kakak dah takde sekarang. kanser usus"

Ya Allah,
rasa bersalah mula bersarang.

"Innalillahiwaiinailihirojiun"

"Tabah nya kakak"
saya ekspresikan perasaan saya dihadapannya.

kakak hanya tersenyum.
dan mula bercerita,
tentang anak-anaknya.
anak kakak yang pertama OKU,
yang kedua masih bersekolah dalam tingkatan 3,
yang ketiga perempuan,
keempat berusia 7 tahun,
dan yang bongsu baru berusia setahun.

kakak masih tidak bekerja.
dan mengharapkan dengan adanya sekeping lesen P,
mampu memudahkan urusan mencari pekerjaan,
untuk menyara anak-anak.

perasaan saya ketika ini, pelbagai,
rasa sedih bercampur kagum,
kalau kakak tabah,
kenapa saya perlu menunjukkan air mata saya?

dalam hati,
saya berdoa,
tempatkan roh arwah suami kakak bersama-sama orang yang soleh dan beriman.
teguhkan hati kakak ini untuk terus redha dan sabar dengan ketentuanMu,
Amin.

redha dengan ketentuan Allah.
itu yang dapat saya simpulkan.
kakak tersangat faham,
"Allah tidak akan membebankan hambanya melainkan dengan kesanggupan hambanya"
kerana itulah.
lahirnya,
seorang kakak seperti dihadapan saya tika itu.

Alhamdulillah,
saya bersyukur.
kerana dipertemukan dengannya,
hari itu.
kerana dari itu,
saya belajar.
sesuatu.

"Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu berlaku tanpa hikmah"
kerana Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.

note : gambar langsung tidak ada kena mengena dengan cerita :)
*senyum*

Sunday, November 21, 2010

nama dia adalah...

Assalamualaikum.

tangan ini terasa rajin menulis.
kejap.kejap.

20 saat je. (ye la tu)


Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang dipunya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu ''

ini lirik lagu.
lagu siapa?
pastinya bukan Bieber,
bukan juga lagu Shahir,
tapi dia adalah.

Aunur Rofiq Lil Firdaus
atau 'Opick'.


lirik yang cukup memberi makna,
muzik yang kena dengan liriknya.
penghayatan terhadap lagu,
usaha yang murni dalam membentuk insan di dalam diri,
cukup saya gemari.

Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar.

antara lagu Opick ;

(klik untuk download)

1.Rapuh
2.Tiada duka yang abadi
3.nyanyian sepi
4.Andai waktu memanggil

dan banyak lagi.

ok.
dah.

note :
sebelum ni, siapa Opick pun saya tak tau,
cuma lagunya 'Alhamdulillah' yang jadi soundtrack dalam cerita Indonesia kat TV3 dulu je yang tau.
ingat lagi tak?

:)

-promosi album.

Saturday, November 20, 2010

surat ini bukan dari posmen

Bismillahhirrahmanirrahim.

hujan renyai-renyai.
kedengaran suara-suara Popeye dan Olive dari kaca televisyen.
tv9 mungkin.
adik..adik..
itulah aktiviti ketika hujan.
menonton tanpa henti.
(kamu masa kecik pun tengok jugak kan?)


tak nak cerita pasal popeye,
bukan juga cerita hujan,
tapi,
cerita ini.

saya terima sepucuk surat.
kepada : angah.
(jangan jealous). hehe


isinya berbunyi begini : setangkai cenderahati buat...........
ingin saya berkongsi.

bukan kad kahwin. :)

10 karakter utama wanita Islam.

1. Aqidah yang bersih. (jauh dari syirik)

2.Ibadah yang benar. (jauh dari bidaah yang menyesatkan)

3.Akhlak yang mulia. (dapat meyakinkan semua orang bahawa Islam adalah rahmat seluruh alam)

4.Fizikal yang kuat (mengatur kepentingan jasmani yang merupakan amanah Allah)

5. Fikiran yang luas dan berwawasan. (peka dengan perkembangan semasa)

6. Mampu berdikari.

7.Bersungguh-sungguh dalam jiwanya. (guna setiap kesempatan untuk kebaikan dirinya dan orang lain)

8.Cekap dalam memanfaatkan waktu.

9. Teratur dalam segala urusan.

10. Bermanfaat bagi orang lain.

dalam poin yang terakhir,
saya suka ayat ini,
"Kewujudannya akan menjadi kebahagiaan pada orang lain dan ketiadaannya menjadi kerinduan pada orang lain"
gadis bertudung bermata bulat menjadi penghias hujung kiri surat,
selesai membaca,
kertas hijau itu dilipat.
bersama harapan,
ciri-ciri ini saya cuba praktikkan,
InsyaAllah.

dan kamu juga,
(yang dah baca tu)
bukan hanya Hawa,
Adam tidak dilupa.
sama-sama kita amalkan.

InsyaAllah.
we are still and always learning.
to be a better person.
following His guidance.

''Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain"

note : terima kasih kakak. :DD

Thursday, November 18, 2010

pisau tajam, lembu hitam, dan Hari Raya

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. walillahilhamd.

takbir bergema di corong speaker masjid,
juga radio dan televisyen.

oh, sudah raya rupanya. ((kata mereka)
Hari Kemenangan umat Islam yang kedua.
Aidil adha.
atau.
Hari Raya Korban.

walaupun kehangatannya tidak begitu dirasa.
namun,
pengajaran. iktibar. penghayatan,
itu wajib kita amalkan.

...................................................................................................
yang pertama.
10 Zulhijjah.
liar,
ke sana ke mari walaupun diikat rapat.
sampai ketika,
rebah.
Bismillahirrahmanirrahim.
parang diacu, dipotong urat.
darah memancut keluar,
menggelupur.
daging dilapah.
dipotong,
diagihkan kepada umat Islam.

itu antara situasi di pagi raya.

Alhamdulillah.
yang kita harapkan.
pastinya bukan hanya bauan daging melekat di baju,
juga bukanlah untuk menikmati keenakan daging bakar atau daging panggang yang di masak ibu.
tetapi ganjarannya di sisi Allah SWT.


Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.

korban melatih ketahanan jiwa dan mental


ibadah korban.
sebagai manifestasi kepada rasa syukur,
rasa cinta kepada Pencipta.
melatih kita melakukan pengorbanan,
untuk menuju kebahagiaan.

bukan hanya menjurus kepada daging korban,
malahan lebih daripada itu,

apa gunanya mengorbankan seekor unta,
sedangkan jiwa tiada bezanya.

apa ertinya menyembelih kambing,
sedangkan hati masih ada rasa curiga.

kita.
perlu ada pengorbanan jiwa
itulah yang sebetulnya.
hati yang ikhlas,
jiwa yang sederhana.
sentiasa bersyukur,
tidak curiga dengan janji-janjiNya.

yang kedua
10 Zulhijjah.
jemaah haji berwukuf di padang arafah.
sebagai kemuncak ibadah haji.
sebelum melontar jamrah di Mina.
pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
mengutip batu-batu kecil di Mudzalifah,
untuk dilontarkan di Jamrah.

......................................................................................

itu.
antara dua elemen dalam Hari Raya Aidiladha.
ibadah korban, dan ibadah haji.

jom.
kita hayati sirah Ibrahim as.
Pengorbanan Ismail as,
kecekalan Siti Hajar,
sebagai contoh
untuk kita timbang tira kan.
dimana kita dibandingkan mereka.

jom,
kita tambah mana yang kurang,
kita isi mana yang kosong,
kita penuhkan mana yang separuh.

dalam konteks amalan menuju ke Akhirat.
dan.
supaya kita sama-sama memperoleh keredhaan dariNya.

Amin.
InsyaAllah.

note : Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H!
Semua tahu Sirah Nabi Ibrahim AS kan? :D

Monday, November 15, 2010

cerita kamu cerita saya

salam alaik.

sekejap. sekejap.

bosan baca entri saya?

takpe.

ini untuk peringatan saya.

tapi,

kalau ada yang sudi bagi cadangan,

nak komen? saya alu-alukan.

:)

cerita sambungan.


"angah dah ada pakwe?"

wahhh...
teeettttttttttttttt... *konon artis*

"emm..muda lagi.. angah nak belajar dulu"

"oh..kalau ada yang nak kenal, boleh?"

haa...

bab ni sy paling kurang gemar.

macam mana nk cakap ni?

nak sy berterus terang?

atau nk cakap berlapik?

fikir..fikir.. nak kena jaga hati orang tua.

dalam sy berfikir,

"alaaa...takpe.. bukan ape pun.. kenal je.. kawan dulu, lagipun dia ni orang yang jenis sembahyang...
dia dah kerja.. ada kereta.."
errrmmmmmm....

"dia cakap nak nombor hp angah. nanti angah bagi eh.." 
 saya serba salah.

seakan-akan mahu lari dari situ.

ingin menutup telinga.

bukan ini yang saya mahukan.

jeritan batin sy tidak didengari.

sembahyang atau tidak, bukan itu yang saya fikirkan.

namun, untuk menghulurkan salam persahabatan,

bukan ini caranya.

Allah telah meletakkan batas-batas antara lelaki dan perempuan,

tidakkah kau fahami?

bukan kerana jual mahal.

tapi,

tidakkah itu menjadi permulaan untuk mendekati zina?

Astaghfirullahalazim.



Ya Allah,
Aku berlindung denganMu dari segala godaan syaitan.
Jauhkan aku dari maksiat,
Peliharalah diriku agar sentiasa dibawah lindungan keredhaanMu..


aku hambaMu yang lemah.
bantulah aku,
Ya Allah..


itulah.

fenomena setiap kali pulang ke kampung.

saya tekad.

perkara ini perlu diperjelaskan.

ini sebagai peringatan untuk saya juga.

InsyaAllah.

Semoga mereka memahami.

"Saya nak bercinta dengan ALLAH dulu"

saya yakin dengan janjiNya,

Semuanya telah ditetapkan Allah.

InsyaAllah. kalau ada jodoh.....


note : kan best kalau mak ada time hari tu. boleh mak tolong cakap, " mak yang nak tolong cari untuk angah"

:)

Thursday, November 11, 2010

cerita saya cerita kamu

Alhamdulillah.

itu tanda kesyukuran kita.

bukan yeay! exam dah habis!
(tak salah kata macam tu)

tapi sebaiknya,
lafaz syukur dahulu.
walaupun hanya terluah di dalam hati.
*peringatan untuk saya*

emmm,

nak cerita, banyak.
tapi ada org nak dengar?
takpe.
baca je eh.

cerita satu.
peperiksaan tadi.
debaran terasa berbeza.
kenapa ya?
bg saya,
 mungkin tempoh 'senyap' antara lecturer membaca exam regulations dan masa menjawab soalan terlalu lama.

senyap.
dewan peperiksaan.
DSB-02.05 pm

ada yang cuba membelek.
ada yang terkumat kamit membaca doa.
ada yang berpandangan antara satu sama lain.
tidak kurang juga yang cuba me'recall' beberapa kes.

*ada masa untuk mencuri pandang :)* hehe

walau apapun,
kini.
berTAWAKKAL pada Allah.
banyakkan berdoa.
supaya keputusan nanti setimpal dengan usaha yang kita lakukan.
InsyaAllah.

Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.

satu lagi.
jangan berhenti dari bergantung kepada Nya.

saya terfikir.
kita pandai kan.
bila susah je,
cari Allah.
banyak masa spend untuk beribadat.

tapi kemudian.
sembahyang entah ke mana.
Quran letak balik dalam almari.
enjoy ke sana dan ke mari.
lupa siapa diri.
masa terhabis dengan sendiri.
sedang kita hanya memerhati.

Astaghfirullahalazim.

Istiqamah dengan perkara mahmudah.
jauhkan perkara mazmumah.
InsyaAllah hidup kita mendapat barakah.

lalalalalalalalalala.
(selingan)

cerita 2.

esok sambung.
:)

Thursday, November 4, 2010

melangkah setapak

Bismillah.

"Setiap manusia pada dasarnya baik"

kata Nabila, watak dalam Cinta dan Anugerah.

betul.

semua orang pasti ada nilai kebaikan dalam diri mereka.

kerana itu fitrah.
Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah.

cuma,
diserlahkan atau tidak sahaja.

tapi,

.
.
.
.
.
.

dilihat baik?
mungkin hipokrit
bermuka dua.
hanya hati yang tahu..

mereka mengaku,
Islam agama mereka.
Syurga impian mereka.

tapi pelik.
mengapa mereka masih menidakkan perintah Yang Maha Esa.

bercakap,
perjuangkan bangsa.
pertahankan rakyat,
tidak mahu kami sengsara.

tetapi agama?

bukankah Islam itu cara hidup kita?

Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. 

(Ali-'Imran :18-19)

kita negara Islam kah?

mengapa takut laksanakan sistem perundangan Islam?

mengapa pandangan Tok Guru dipandang hina?

mengapa tidak mewajibkan rakyat beragama Islam menutup aurat?

mengapa?

banyak lagi yang boleh disoalkan.


kononnya kubur kita adalah berbeza,
sedikit teguran,
alasannya berjela.

menagih simpati,
dengan wang semata.

kami bukan boneka.

untuk terus menjadi hamba dunia,

sedang kami tahu,

Akhirat kekal selamanya.



Penamaan Calon Pilihan Raya N45 di Galas
Siapa pilihan kamu?



note : 

agama dan politik tidak mungkin dipisahkan.

pilihan di tangan kita.

kita yang mencorakkan masa depan negara.

Membangun bersama Islam.

InsyaAllah.

note tambahan :
kata Abah, 
tiada istilah kalah dalam perjuangan Islam, cuma tidak menang lagi.


betul, abah.
InsyaAllah. Islam akan kembali bersinar satu hari nanti.


*Terima Kasih buat semua petugas-petugas PRK di Galas dan Batu Sapi*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...