Monday, October 25, 2010

Pak guard dan dewan peperiksaan

salam minggu peperiksaan.

beberapa jam sebelum :

"apa perasaan awak Jah?"

"rasa macam bila duduk bilik pembedahan,
bunyi mesin macam ni;
_______________________________tttttiiiiiiitttttt...."

*ketawa*

awak faham?
perasaan apa?
bila?
kenapa?


sukar dirungkapkan.
pelbagai perasaan.
saya juga begitu.


Perasaan Menjelang Exam.

"cepat la habis exam"
"tak sabar nak jawab ni"
(antara perasaan mereka)


beberapa jam selepas :

"sekarang rasa apa?

"....perasaan di dalam tasik..."
tenang.
(jawapan budak sastera)

Alhamdulillah.

untuk saya dan kamu :

banyakkan berselawat,
sebelum masuk dewan,
semasa jawab soalan,
masa-masa yang terluang,

ringankan hati,
memuji Allah.

banyakkan bertakbir,
Allahuakbar!

tolong,
jangan katakan tiada masa untuk beribadat,
kerana,
Allah akan menolong hambaNya yang menolong agama Allah.

nasihat:
yang lepas,
jangan dikenang.
jadikan pengajaran.


fokus pada yang akan datang.
InsyaAllah.

Bittaufiq wannajah fi Imtihan,

*selamat belajar,
selalu solat hajat,
usaha seiring dengan tawakal + doa,
InsyaAllah.
kita boleh buat.

baca ini juga,
klik bawah. 

entri exam sebelum ini

note : dah ada pak guard jaga luar dewan, *hehe*

Thursday, October 21, 2010

manisnya bukan semanis epal

Bismillah walhamdulillah.

meluncur.
jatuh.
tangan terpisah.
cuba untuk  bangun.
ketawa.
tangan itu bertaut kembali.
erat.
kembali meluncur.


Subhanallah.
manisnya ukhwah yang dibina apabila
tujuannya kerana Yang Satu, Allah Azza Wajalla.

terasa sekejap masa itu berlalu,
hari merangkap petang,
matahari mula menundukkan sinarnya,
namun resolusi tetap diteruskan.


......................................................................................

setiap kali memandang tali tangan itu.
bibir tersenyum.
hati memanjat kesyukuran padaNya.
Alhamdulillah.

laptop dibuka.
kembali mengadap foto-foto.
jelas terbayang senyuman sewaktu bersarapan,
kesabaran menunggu bas,
keseronokan di atas ais,
kegirangan ketika jatuh,
keletihan setelah bermain,
keenakan pengisian di tepian tasik.

bait-bait kata mula berlayar di minda.

''Jika Allah mahukan kebaikan baginya, Allah akan memberi kefahaman kepada kamu dalam bentuk Addin''
Sabda Rasulullah SAW
 "Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri."
 (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
Jom.
kita saling sayang menyayangi antara satu sama lain.


Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka,
eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar,
Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu,
Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentang Mu,
dan jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran,
Engkaulah sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan kami.

(Doa Rabitah)

note : pertama kali ber'ice-skating'..terima kasih, kakak.
ada siapa nak ajak saya main lagi?
*senyum*

Saturday, October 16, 2010

saya sedih apabila dia sedih

salam study week.
ranking pertama carta game yang diminati siswi :))


buka buku.
terlelap.
buka laptop,
cerah mata.

*haha*
(ini mungkin saya)

kawan ajak pergi library,
berat je rasa hati.
kawan ajak pergi tgk movie,
terus angkat kaki.

*haha*
(itu bukan saya)


study week = balik rumah = tengok cerita korea = habiskan novel = jalan2 shopping mall =main game= main PES
study?
.........................................................................................................
(sila isi tempat kosong di atas)


 
setiap sem,
begitulah perjalanannya.

walau apa pun nasihat yang diberi,
saya tahu,
itu cara kamu.
ini cara saya.
cara kita berbeza.

teruskanlah.
andai itu yang terbaik.

juga,
ingatkan diri saya dan kamu,
kawan sangat mudah terasa ketika hari menjelang exam,
diri mudah menyakiti,
hati mudah dilukai,
sedikit silap,panjang rajuknya.

tidak biasa?
inilah kenyataannya.

jadi,
jangan curahkan minyak ke dalam api.
sabar.
sentiasa bersangka baik.

doa kepada Allah SWT,
agar kita tidak seperti mereka.

setiap kesulitan pasti ada kemudahan yang Allah berikan.

sabarlah wahai hati.

note:
untuk mereka yang selalu menyakiti,
bayangkan kamu di situasi mereka.
adakah itu yang kamu mahukan?


note tambahan :
untuk mereka yang mudah terasa,
jangan terlalu sensitif,
tanya diri.
mungkin kita juga pernah melakukan perkara yang sama.

kesimpulan,
sentiasa muhasabah!
kerana itu yang terbaik!
InsyaAllah.

semoga kita kekal bersahabat sehingga ke Syurga, InsyaAllah.

*terima kasih, kakak*

Monday, October 11, 2010

.jom jadi skema.

Bismillah.

kejap eh.
nak tiup habuk.
Fuuuhhhhh...lama sangat tak tulis ni..
*hehe*

banyak nak kongsi.
satu persatu.

tadi.
semua terkejut.
pensyarah yang sentiasa senyum.
tiada diduga.
menahan kesal, marah, sedih.
kami gementar.
pengajaran buat saya dan kamu.
jangan menimbulkan curiga ketika peperiksaan.
saya turut terkesan.
Astaghfirullah.


firman Allah S.W.T: "…Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)


Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)




semalam.
Alhamdulillah.
ikatan hati kami bertaut lagi.


kita adalah penghutang tegar di muka bumi.


fakir.
hamba.
miskin.

mengapa perlu sombong?

modal kita dari Allah.
fizikal kita milik Allah.
udara milik Allah.
semuanya milik Allah.
Apa yang kita ada?

ganjaran kita juga dari Allah.

bagaimana kita memulakan perniagaan?
dengan melaksanakan perintah Allah,
kita dapat untung = Syurga


kalau kita berpaling dari ajaranNya,
kita juga yang rugi = Neraka

mana pilihan kita?
kita yang kena tentukan.



2 hari lepas.
drama oh drama.
sana sini drama.
nak hafal, nak berlakon, nak edit.
kena banyak bersabar.
permulaan sabar adalah pahit tetapi manis akhirnya.
kan?

bagi kamu yang masih ber'shooting',
nak pelakon ekstra? *hehe*


sekarang
walau banyak mana pun yang kita kena fikir,
kita kena lalui,
jangan pernah putus asa.
kerana kita perlu dan sentiasa yakin.
Allah ada bersama kita.



note : Allah itu Maha Adil. Berprasangka baik pada Allah SWT.

Monday, October 4, 2010

mereka cantik apabila senyum

salam alaik. (khas buat kamu)

                                         ha.. yang ni khas untuk iffah ya..

                                     "bagaikan permata.. di celahan kaca...

saya :
emmmm..
nak sambung apa ni..?

      "saya tak tau lirik..."
menahan gelak.
ketawa.

hampa ahli kumpulan. tapi mood kekal ceria.


inilah classmate saya.
game selingan semasa presentation.
'Jangan Lupa Lirik.'


pertama kali.
saya melihat. adanya satu keceriaan.
kegembiraan di setiap wajah mereka.
di bawah satu bumbung.

mungkin baru bermula,
satu ikatan,
persahabatan.
InsyaAllah.

.....................................................

mereka bagaikan mengerti
saya berada di tengah persimpangan.
ingin lari dari kesepian,
keceriaan didamba datang menjelma.


saya.
masih berfikir.


ketahuilah teman.
saya gembira,
bersyukur dapat mengenali kamu dan kamu dan kamu,
walau kita,
jarang bertegur sapa.


ingin sekali merasa.
kita bersatu.
dari empat menjadi satu.
tiada halangan antara kita.


mungkin harapan akan tinggal harapan.
mungkin harapan akan jadi kenyataan.
masa menentukan segalanya.



note : terima kasih untuk group PBL part 2 atas presentation tadi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...