Saturday, September 25, 2010

speaker itu bergema

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

sudah puaskah kamu menatap entri beras?
*buat-buat tanya : sengih*
Subhanallah, Maha Suci Allah.


hari ini.
jam berdetik.
waktu 4.
menunggu waktu asar di sebuah surau.

"kau la pergi, kau la.."
"kenapa pulak aku, kau la..."

suara itu kedengaran dari ruang solat Muslimin.

kenapa agaknya?
apa yang mereka cuba lakukan?

"Allahuakbar..allahuakbar..
Ashadualla ila haillallah.."

oh..
mereka saling tolak menolak untuk azan rupanya.

tapi..

kenapa.....

"eh, yang tu bukan Iqamah ke?"

mungkin kawannya menegur.
Astaghfirullah.
mereka ini bermain pula.

jangan main-main dengan azan.
kerana azan itu lambang kepada syiar Islam.
hormati azan dengan berdiam diri.

jangan bergurau.
hayati setiap maknanya.
sesungguhnya Islam itu Indah.

kalau kita boleh berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku,
kenapa tidak kita senyap dan menjawab azan ketika azan berkumandang?


berbalik kepada cerita.
saya fikir,
masih ramai lagi yang tidak dapat membezakan azan dan iqamah.
bukan mereka sahaja.
kan?

tanya diri kamu.
boleh azan dengan baik?

takkan kita nak tunggu dapat anak baru nak hafal, kan?

kita hafal lagu Justin Bieber, tapi kita tak hafal azan dan iqamah.
kita ingat lirik Taylor Swift, kenapa kita lupa Surah Al-Quran.
kita tahu sejarah artis pujaan, tapi kita tak ingat Sirah Nabi dan Rasul.

kenapa ya?

muhasabah.
hidup ini perlu kepada peringatan.


kita nak jadi skema kan?
ikut skema Allah dan Rasul.

InsyaAllah.
Moga Allah permudahkan.

note:
sesibuk mana pun saya dan kamu tika ini, 
jangan kita lupa tanggungjawab sebagai hamba.
boleh?

Monday, September 20, 2010

ada apa dengan beras?

salam 'kembali ke sekolah selepas cuti raya'

sedikit petua;

"alang, kenapa letak hp angah dalam air?"
 "alang tak perasan, sorry angah"

sedih jugak.
masuk air.
terus tak bunyi sound dia.
sayangnya.

...........................................

abah tiba2 mencelah,
try angah letak dalam beras.
buang bateri, letak hp dalam tu.
.
.
.
.
.

beberapa jam kemudian,
Alhamdulillah, dah ok.
Dh boleh dgr sound kalau orang call.
Syukur.
Beras ini boleh dimakan lagi.


uda mula bercerita,
pendrive uda rosak masuk air,
letak dalam beras jugak.
Alhamdulillah, boleh guna balik.

ada sesiapa pernah cuba?

jom kongsi.


nasihat saya :
kalau ada jam,pendrive dan hp rosak masuk air,
try letak dalam beras.
*betul ni*

nasihat along :
boleh juga guna hairdryer untuk keringkan air dalam speaker hp.
*mungkin betul, hehe*


tapi kan,
kenapa beras?
haaa.
kata abah : dalam beras, panas. wap tu yang keringkan air.
*percaya ke tak? banyak teori abah ni, hehe*


selamat mencuba, InsyaAllah.

note : jangan membazir nak beli hp baru.

Sunday, September 19, 2010

buka jendela hati kita

Bismillah wal hamdulillah.
Oezil : Alhamdulillah.


"Hidayah itu Milik Allah"

satu ayat.
bergema di telinga.
mula2 dengar, bagaikan angin lalu.
tidak masuk ke hati.

namun,
semenjak kebelakangan ini,
sepotong ayat itu mula memberikan makna.
kepada saya.

"Iman tak dapat diwarisi,
dari seorang ayah yang bertakwa,
Ia tak dapat dijual beli,
Ia tiada di tepian pantai,
walau apa pun caranya jua,
engkau mendaki gunung yang tinggi,
engkau merentas lautan api,
namun tak dapat jua dimiliki,
jika tidak kembali pada Allah.
(Raihan -Iman mutiara)

dah2.
berhenti nyanyi.
suara kamu tak sedap.
*gurau2*

sambung balik.

kita tengok ayah pakai kopiah,
tak semestinya anak dia pun sama.

tengok anak hafaz Quran, tapi ayah keluar masuk kelab malam.
ayah emak bagi tazkirah, tapi anak berkepit dengan perempuan.

dulu dia baik, sekarang tudung dah makin singkat,
dia yang dulu ketawa terbahak-bahak, sekarang dah gemar join usrah.

pernah tengok situasi macam ni?

betul kan?
iman tu tak dapat diwarisi.

Allah akan bagi Hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya.
kerana.
Hidayah itu milik Allah.

Firman Allah SWT:

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam;
dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).
Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
(Al-An’aam: 125)

Ya Allah,
takut sekali.
jika hari ini Kau berikan cahaya,
namun esok,
ujian-ujian yang kau berikan,
buat aku lemah,
jauh dari cahaya Mu.


takut.
takut.
takut.


jadi,
sentiasa muhasabah.
adakah kita masih di atas landasan syariat Allah?
atau mungkin sedikit terpesong dek nikmatnya dunia yang sementara?
Astaghfirullah.
balik kepada realiti.
hakikat kamu diciptakan.

banyakkan berdoa.

 Ya Allah,
Janganlah kau pesongkan hati kami,
setelah kau berikan petunjuk,
Sesungguhnya, Engkau Maha Pemberi.

Insya Allah.
pesan-memesan ke arah kebenaran.


note : lagu baru, lagu tema Syurgamu Ramadhan.



Wednesday, September 15, 2010

hanya entry biasa, Mercun

mengantuk.
namun tetap ku gagahi.

terasa ingin bercerita ;

batang mercun 20 das itu disuakan pada api lilin.
menunggu.
tidak meletup.

disuakan lagi.
masih begitu.
tidak mahu meletup.

"angah excited nak tengok, tapi tak jadi pulak"

kata along. mungkin masuk angin.

mungkin.

saya masih tidak berganjak.
ingin menyelami keseronokan bermain mercun.

tiba-tiba,
"eiuuuuu.....pom"

ha..dah jadi..
cantik.. (dalam hati, seronok jugak rupanya)
adik gembira.
abang juga.

terasa ingin bermain lagi.
*senyum*
adik..adik..
patutla semangat mereka untuk bermain mercun tidak pernah pudar.
walau dimarahi emak,
pandai pulak uda sembunyi mercun tu ye..

kata abah : baik bakar duit je macam tu..
tak kisah orang nk kata apa,
mereka tetap berazam nk beli dan main lagi.


Jangan bermain berdekatan rumah jiran anda.


kata saya :
mercun melatih kanak-kanak menjadi lebih berani.
berani untuk menanggung risiko.
tetap pendirian dan kuat keazaman untuk bermain.
tapi kena ingat,
jaga diri semasa bermain.
ingat keselamatan diri.
boleh adik?

berhenti setakat ini.
pesanan buat mereka yang tidak pernah bermain mercun, 
atau yang hanya bermain mercun bawang,
mainlah.
rasai apa yang kanak-kanak lalui.
:) *seronok*
tapi, jangan sampai tertangkap di encik polis.

Note-bukan mempromosi mercun.



 


Monday, September 6, 2010

duit raya atau biskut raya?

in the name of ALLAH,
the Most Merciful, the Most Beneficient.

sinari lebaran di tv3,
dam dum dam raya di TV9,
kenikmatan sejuta pengertian di RTM.

pernah dengar ini?

dari saya kecil,
sehingga sekarang,(macam dah besar je),
tv selalu pasang macam2 cerita,
raya pertama, raya kedua,
sehingga raya kesembilan, kesepuluh.
(adik-adik saya dulu suka salin cerita time Raya ni.)
bukan setakat filem-filem melayu,
malah dari negara luar juga.

kesannya?
raya di hadapan televisyen,
tidak ada maknanya lagi.
 hakikat Aidilfitri telah dieksploitasi untuk mendapatkan keuntungan semata-mata.

Raya
Hari Raya Aidilfitri,
merupakan hadiah bagi umat Islam,
sebagai tanda kemenangan,
kerana berjaya menyempurnakan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan,

umat Islam saling bermaafan,
kanak-kanak riang bersama duit raya,
juadah raya yang pelbagai, (sedapnya makan nasi impit cicah kelapa)
seronoknya raya.
ada siapa nak bagi saya duit raya??


namun,
perlu kita ingat,
kekalkan syariat dalam meyambut Raya,
bukan berlandaskan adat semata-mata.

besederhanalah ketika berbelanja,
pakaian raya yang menutup aurat,
muamalah antara lelaki dan perempuan perlu dijaga.

adakah kita mahu,
ibadah sepanjang bulan Ramadhan dicacatkan dengan perkara yang dilarang ketika berhari Raya?
sayangnya kalau ada yang begitu.

antara perkara sunat yang boleh dilakukan di Aidilfitri :
1.hidupkan Takbir Hari Raya sejak terbenamnya matahari Ramadhan sehingga takbir solat sunat hari Raya,

2.bangun awal pagi
mandi sunat Hari Raya

3.pakai baju baru yang bersih dan wangi (jaga aurat ye)

4.makan sedikit sebelum solat sunat Hari Raya

5.solat sunat Hari Raya dan mendengar khutbah

6.ziarah kubur (ingat mati)

7.saling bermaafan, ziarah menziarahi

8.melalui jalan yang berbeza ketika pergi dan pulang dari masjid

9.ucapan Hari Raya
Jubair bin Nufair berkata:"Apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu sesama mereka pada Hari Raya, mereka mengucapkan 'moga-moga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu semua' (ibn Hajar)
dan yang paling penting,
10.TIDAK mengabaikan amalan wajib kepada Allah SWT. (solat fardu jangan lupa)

jom,
kita sambut Raya tahun ni,
dengan penuh keberkatan,
bukan hanya berteleku di hadapan televisyen untuk menonton filem 'jangan tegur',
bukan juga dengan memakai pakaian yang nipis dan jarang,
dan bukan dengan bertepuk tampar antara lelaki dan permpuan bukan muhrim.

kita nak pahala kan?
jadi,
tepuk dada, tanya iman.

note: awal sangat ke post pasal raya saya buat?*senyum*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...