Friday, July 30, 2010

salah siapa?

assalamualaikum.

jam saya pecah,
pen saya hilang,
assignment salah buat,

perkara di atas berlaku serentak.sedih.

lebih2 lagi jam itu memiliki sentimental value yang tinggi.
tiba2 pecah.
salah siapa?
[kalut sangat nak pg DK, tu yang pecah]

pen itu juga.
terjatuh di celah-celah kerusi dalam bilik kuliah.
salah siapa?
[salah orang belakang yang pass kertas,tiba2 pen tu jatuh]

assignment yang mencecah 90% stage of completion,
tiba2 dapat tau, bukan itu yang Puan inginkan.
salah siapa?
[susah la nk jumpa Puan utk buat consultant]


saya juga kamu suka menyalahkan orang lain
gemar mencari alasan,
teringat satu cerita.


seorang suami tahu isterinya seorang yang pekak,ingin menguji sejauh mana tahap pendengaran isterinya.baca perbualan di bawah.

... jarak 20 meter...
S : Ayangggg..masak apa tu....?
  suami tidak mendengar sebarang respon.

...jarak 10 meter...
S : Ayangggggggg..masak apa tu..?
 suami masih tidak mendengar sebarang respon dari isterinya.

...jarak 5 meter...
S : Ayanggggggggggg..masak apa tu..?
tetap sama.tidak ada respon.

suami fed up dan terus berdiri bersebelahan isterinya sambil bertanya,
S: Ayanggg..awak memang tak dengar langsung ke saya tanya?

nak tau isteri kata apa?

I : Awak ni....dah 4 kali saya jawab, masak ayam..masak ayam..awak ke saya yang tak dengar??

berbalik kepada saya,
mengaitkan cerita dengan hakikat kehidupan.
sepatutnya suami tengok diri dia dulu sebelum cakap isteri dia pekak.
betul?
begitu juga saya,
sepatutnya saya nilai diri saya sebelum salahkan orang lain.
tapi kadang2, susah untuk buat keputusan yang betul semasa perkara itu sedang berlaku.
cakap memang senang,
tapi nk buat sesuatu yang positif,
mesti ada hasutannya.

Ya ALLAH,
Ampunkanlah dosa hambaMu,
Aku berlindung kepadaMu dari syaitan yang direjam.
Sesungguhnya, hanya Engkau yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.

Istiqamah,
cekalkan hati.
fikir positif,
betulkan niat.
kerana ALLAH swt.


note : peringatan buat saya dan kamu.
(terima kasih akak, sudi berkongsi cerita.)

Sunday, July 25, 2010

kita dalam pemerhatian Dia.

bismillahirrahmanirrahim.

terjaga dari tidur yang pendek.
secara tiba2, saya keluar dari bilik,
menghala keluar.
dengan perasaan yang tidak dapat diungkapkan.
kwn mula tercengang.
tidak tahu apa yang berlaku.

..........................................

tazkirah maghrib tadi berrmain di fikiran.
kenapa kita perlu sombong di bumi ALLAH?
sedangkan kita hanya peminjam di bumiNya.

ASTAGHFIRULLAHALAZIM.

kita takde ape2pun nak dibanggakan.
betul tak awak?
saya minta maaf atas apa yg berlaku.


sepatutnya,
saya kena sentiasa sedar,
saya harus beringat,
kita dalam pemerhatian dia.

oleh itu,
setiap saat kita menghirup udara di atas muka bumi ini,
kita harus bersyukur.
tepat sekali.

ALL PRAISES TO ALLAH.
ALHAMDULILLAH.


note : kita kena sentiasa ingat, ALLAH ada bersama kita walau di mana kita berada.
with this reminder, we will not letting ourselves to do the wrong behavior, InsyaAllah.
(peringatan buat diriku)

*kredit utk along kerana angah telah meminjam ayat along*

Wednesday, July 21, 2010

cinta episod dua

assalamualaikum.


hihi.
cinta pandang pertama?
anda percaya?
atau mainan imaginasi sahaja?

tiba2 teringat pasal ni.
ada sorang kawan pernah tanya.
terketar-ketar saya nak jawab.
"emm..no.."
"for me, love at the first sight is never exist, because there is just the normal attraction between a man and a woman"

cecehhhh..lebih kurang macam tu jawapan saya.
dah la subjek english time tu.
lagi la saya menggigil.

balik rumah,
terus saya terfikir.
betul ke jawapan saya bg?
cinta pandang pertama?
wujud ke?
pasti ke kita perasaan kita tu bukan sandaran nafsu semata-mata?
atau kita lebih tertarik pada luarannya semata-mata?

biasala,
lelaki tertarik pada yang cantik2,
perempuan pun apa kurangnya,
tengok yang hensem sikit, start pasang angan2.

ingat ni,
kalau cinta kita kerana ALLAH,
kita pasti akan melaksanakan ibadah kepada ALLAH dengan lebih khusyuk,
tapi,
kalau cinta kita tu mendorong ke arah lebih banyak maksiat,
sah sah cinta kita tu hanya didorong oleh nafsu.


sesungguhnya,
Cinta itu datang dari ALLAH.
kawal sikit hati kita,
moga2 tidak terpesong kepada cinta palsu,
banyakkan berdoa kepada ALLAH.
supaya jodoh kita kelak boleh membimbing ke arah jalan yang diredhai ALLAH swt.
" Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"

AMIN.


kamu pula bagaimana?

selingan: rumah biru menang sukaneka! ALHAMDULILLAH.

Saturday, July 17, 2010

saya dan modul.

bismillah wal hamdulillah.

setelah beberapa minggu berlalu,
di bumi IPT tercinta, (betul, betul, betul)
rindu untuk menulis tidak dapat digambarkan,
namun,
kekangan masa, internet membuatkan kita sedar,
setiap yang dirancang tidak selalunya menjadi kenyataan.
ALLAH Maha Mengatahui segala sesuatu.

ingin berkongsi satu cerita.
hari ini modul semester ini berjaya dihabiskan.
bersama teman2 yang baru dikenali.
bayangkanlah.
bersyukur.sedih. gembira.

-sepanjang modul-
kita rasa,
mereka susah untuk memahami kita.
kita fikir,
mereka sisihkan kita,
kita mengandaikan,
mereka mempunyai satu gerakan anti golongan kita.

-satu saat semasa modul-
saya pohon,
'please give me a smile'
namun mereka langsung tidak begitu.

kamu pernah rasa apa yang saya rasa?

POSITIF.
itu perkataan yang terbaik.
saya harus nilai diri saya.
mungkin saya juga pernah melakukan hal yang sama,
sama ada sedar atau tidak.
when you hurt others, others will hurt you.
oleh itu,
jangan cepat menyalahkan mereka.
masukkan diri kamu dalam tempat mereka.
SABAR itu perlu.
sama2 kita perbaiki diri, Insya ALLAH.

*peringatan untuk saya*

selingan- kawan2, selamat bermodul on 31st JULY. seronok atau bosan? kamu tentukan.

Friday, July 2, 2010

ayuh,kembali ke sekolah

salam, bismillah.

menghitung jam.
untuk menaiki bas, pulang ke shah alam.

pelbagai perasaan muncul menjadi satu.
bercelaru.
bagaikan tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku pada waktu ini.
aduhh.
simptom 'taknak balik sekolah' yang diilhamkan oleh along mula menyerang.
*senyum*
kepala mula menunjukkan bintang-bintang,
mulut terasa berat untuk berkata-kata.
hanya hati yang berbicara.

angah-angah.
dh besar macam ni pun,
simptom tu ada lg ke?

YA ALLAH,
Kami memohon kepadaMu,
Permudahkanlah urusan kami,
Jauhkanlah kami dari tipu daya syaitan, Ya ALLAH.
Kurniakanlah kepada kami teman-teman yang membawa ke arah kebaikan,
bukannya ke arah kemaksiatan.
Hanya Engkau sebaik-baik sandaran dan memberi pertolongan.
Amin.

note : semoga sem baru ini akan membawa sinar yang bermakna dalam diri saya dan juga kamu.
rindu semua!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...