Thursday, November 26, 2009

angah minta maaf..

salam.

saya terbangun dari tidur.
melihat sesuatu tiada di pandangan.
lantas keluar mencari sesuatu.
rupa2 nya adik sedang menggunakan.

saya terpinga.
tidak pasti apa yg ingin lakukan.
emosi bercampur.
saya memarahi adik.
abang memarahi saya.
"Allah akn tarik blk nikmat kalau mcm ni".

saya berfikir,
saya gagal melawan emosi.
saya gagal menggunakan akal untuk berfikir.
Astaghfirullahalazim.
apa yg saya sedang lakukan?
perlukah saya  memarahi adik hanya kerana perkara kecil sebegitu?
saya perlu meminta maaf.

 angah minta maaf,
abang dan adik.

Wednesday, November 18, 2009

masa itu emas, emas itu mahal.

bismillahirrahmanirrahim.

kalu emas itu mahal,
apa yg kita patut buat?
buat gelang?buat cincin?
betul jwpn kamu.
kita patut gunakan masa dengan sebaiknya.

tmbh2, sekarang ni musim cuti sekolah.
Alhamdulillah, dh hbs final.(selingan)
kita semua banyak masa lapang yang perlu kita isi dengan sebaik mungkin.
Sesungguhnya,
Dalam hadis Nabi ada menyebut,
ada 2 nikmat yang mana manusia selalu lupa utk meningati Allah.
iaitu, nikmat kesihatan tubuh badan,
dan juga nikmat masa lapang.


seharusnya,
masa lpg yang kita ada,
kita isikan dengan perkara2 yang mendapat keredhaan Allah.

ttp, fikir2 balik,
kita selalu memberi alasan,
tak nak solat berjemaah,
tak sempat nak mengaji, bezikir slps maghrib,
tak nak bersedekah,
tak sempat tolong mak abah di rumah,
kononnya tak cukup masa.

walhal,
masa yang diberikan oleh Allah SWT kepada seluruh hambaNya adalah sama.
24 jam sehari,
60 minit satu jam,
365 hari setahun,
tetapi yg menjadi bezanya adalah,
bagaimana kita menguruskan setiap masa untuk diisi dengan  perkara yg berfaedah.
kita yang menentukan masa kita.

masa ini tidak akan pernah menungu kita,(walaupun jam rosak)
bergerak seperti sungai yang mengalir,
oleh itu,
jangan biarkan masa meninggalkan kita,
kita yang seharusnya meletakkan diri kita seiring dengan masa.
supaya,kita sentiasa sedar untuk mengisi setiap saat kita dengan perkara yang mendapat redha Allah.

tidak salah untuk kita berehat,
kerana cuti inilah masa yang diperuntukkan untuk pelajar merhatkan minda.
namun,
usahlah berlebihan,
kalau dah bangun pukul 12,
makan, main game, tengok tv,date,
sambung tidur balik,
bermaksud,
kita gagal untuk mengisi masa kita dengan baik.
rehat juga perlu disusun waktunya.

kepada saya dan juga kamu,
gunakan masa cuti ini dgn sebaiknya,
tolong mak ayah,
berfikiran positif,
jaga ikatan antara adik beradik,
jadikan cuti pada kali ini sebagai satu cuti yg bermanfaat,
yang kita boleh ambil pengajaran darinya.

"Demi Masa,
sesunnguhnya manusia itu dalam kerugian,
melainkan,
yang beriman dan yang beramal soleh"

note : mengambil nshat seorg penceramah,
"Di celah2 masa, ada masa.
FIKIRKAN.

bangun dari mimpi

Salam alaik,
agak lama saya menyepi,
meninggalkan blog yg tidak diupdate,
bukan sengaja,
tetapi, ada urusan yang lebih penting yg perlu diselesaikan.
meminjam kata2 seorang teman,
"lakukanlah perkara yg lebih penting daripada sesuatu yang kita rasa penting, kerana sesuatu yg lbh penting itu sebenarnya lebih penting dari sesuatu yang penting"
(senyum)
banyak betul penting.

bukan untuk menulis mengenai penting atau kepentingan apatah lagi pening,
ttp hati terpanggil utk mengingatkan tentang satu perkara.

Expect the unexpected.
Jangka sesuatu yang tidak dijangka.

banyak pengalaman yg saya lalui menigtkan ttg perkara ini..
pertama :
saya gembira, seronok,excited, dan pelbagai lagi perasaan yang timbul untuk menghantar barang ke rumah sewa,
namun,
satu panggilan mengatakan lori yang disewa rosak di tengah jalan,
EXPECT THE UNEXPECTED

kedua :
saya gembira untuk pulang ke kampung dan berdoa agar selamat sampai di kampung,
di pertengahan jalan,
tayar bas yang dinaiki meletup di tgh2 highway,
EXPECT THE UNEXPECTED.

Alhamdulillah, saya slmt sampai di kampung walaupun agak lewat berbanding kebiasaannya.

saya terfikir,
manausia hanyalah merancang,
namun segala keputusan, ALLAH swt yang menentukan.
saya tidak perlu cepat melatah, menyalahkan sesiapa,
tetapi,
saya perlu jangka sesuatu yang tidak dijangka.
bukan bermaksud sy perlu berfikiran negatif,
namun saya perlu bersedia sekiranya apa yang dirancang atau diharapkan,
tidk berjalan mengikut perancangan.
saya perlu bersabar,
tidak menyalahkan takdir
kerana,
sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Allah Maha MENGETAHUI segala sesuatu.

note: rindu kamu!

Sunday, November 1, 2009

saya, CINTA, kamu

Bismillahirramanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

C.I.N.T.A,
seronokkan kalau cerita pasal cinta ni.
dengar lagu cinta,
terutama lagu 80an..jiwangla..
tengok pulak cerita cinta,
cerita korea, hindustan, western,melayu? emm,bolehla..
sekarang pulak tengah hangat dengan nur kasih..
cinta..cinta..
apa lagi yang seronok eh?

betul tak apa yg saya tulis ni?
salah?betul?
saya sama seperti kamu..
naluri cinta memang ada dalam diri kita,
rasa nak dimiliki dan memiliki,
rasa nak disayangi dan menyayangi,
rasa nak berpasangan,
kerana ini adalah fitrah semulajadi manusia..

tapi, fikirkan sejenak..
betul ke kita salurkan perasaan cinta kita tu?
sesungguhnya,
'tidak ada sebarang hubungan antara perempuan dan lelaki yang bukan mahram yang dihalalkan oleh syarak, melainkan nikah"

Allah SWT juga berfirman,
"La Taqrabuu Zina.."
janganlah kita mendekati zina.

mendekati zina ni macam mana eh?
antaranya ; ber-sms, tukar2 gambar, berdating,dan sebagainya.
kenapa ALLAH melarang kita mendekati zina?

kerana dengan perbuatan inilah, kita akan terjerumus ke arah kemaksiatan.
Nauzubillah.

Tak percaya?
saya juga sama seperti kamu.
Tapi, renungkanlah.
mula2, bertukar no hp, ber-sms tanya pasal hw lah, kerja persatuan,
kemudian bertukar kepada hal peribadi,
seterusnya, dapat birthday bonus,dah mula call2..(sayang nak call guna kredit sendiri)
lepas dah cakap2, tak best la tak tengok muka..
ajak makan pulak, tengok wayang,
bagi2 hadiah..
bila dah makin rapat,
perasaan dibuai-buai dan rasa dunia ini penuh dengan bunga2 percintaan aku dan dia..
wahhh..seronok..
kemudian,bila dah berdua,
yang ketiga adalah.....iblis laknatullah..
sesungguhnya,
syaitan akan merosakkan anak Adam sehingga ke Akhirat..
kita akan rasa gembira buat maksiat,
menghalalkan perhubungan antara boy and girl atas dasar 'percintaan islamik'.
Astagfirullah..

tapi, kawan2 semua dah ada couple,
nanti orang kata tak laku la..takde market..
takkan nak merasa ada pasangan pun tak boleh?
kebiasannya, perasaan ingin merasa itulah yang menyebabkan kita hanyut dengan percintaan duniawi ini.
INGAt,
tujuan kita untuk menuntut ilmu ke jalan Allah,
dekatkan diri kita padaNya..
saya meminjam pesanan along:
"jika kita berikan sepenuh hati kita kepada Allah,
Allah akan berikan pemilik terbaik untuk hati kita"

Ya Allah,
Aku mohon padaMu,
Jauhkanlah aku dari maksiat,
Tetapkanlah aku di jalanMu..


untuk yang masih belum pernah ber'couple',
hindarilah dari cinta plastik ini..

bagi yang sedang pula,
fikirkanlah,
adakah perhubungan cinta itu diredhai oleh Allah swt.
kita yang menntukan diri kita sendiri.



sedarlah,
cinta itu tidak salah,
tapi, kita yang bersalah kerana tidak mengawal perasaan suci itu..
jgn biarkan cinta merosakkan diri kita..

note: peringatan utk diriku.
berpesan-pesan ke arah kebenaran.

*saya suruh mak yang carikan=p*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...